ads

Sunday, February 28, 2010

seLamaT dAtanG aNgka 28...


tak banyak yg aku nak kongsikan kat sini sebab taknak nanti ada yg perasan kepoyoan ku ini..erm..apa pun aku bersyukur, tahun ini ulangtahun kelahiranku jatuh pada hari yg sama Hari Kelahiran Junjungan Besar ku dan umat islam Nabi Muhammad S.A.W..

takder apa yg istimewa tentang kelahiran ku ini..cuma aku berterima kasih kepada isteriku yg sudi membuat kejutan untuk aku yg menukarkan dari hari biasa kepada hari yg istimewa..aku tertipu sebenarnyer, mati2 dier cakap yg dier tak balik minggu ni sebab ada program kat sekolah dia..last minit baru bagitau yg dia nak naik flight dah otw balik sini..sebaik aku tak balik lagi dari opis..<---rupanya dia dah tempah lama dah tiket flight balik ni..ceh...tertipu gak aku...

apa pun terima kasih la sayang sebab sudi buat surprise untuk abg sempena hari kelahiran abg nih...hukhukhuk...
hadiah per yg aku dapat???<---itu yg kita tak tahu tu..hahaha

Wednesday, February 24, 2010

haDiaH uLangTahun KeLahirAnkU...

semalam bukan hari yg bahagia atau sekurangnya hari yg biasa bagi aku...ianya bermula dari pagi bila gi site walaupun berjaya setelkan kerja aku tapi boss still tidak berpuas hati ngan aku nyer kerja sebab system lain yg tak termasuk dalam jadual kerja aku semalam ada masalah..aku tak salahkan dier sebab dier boss so dier ada hak untuk mempersoalkan hasil kerja aku..tapi dah aku nyer stail kerja fokus pada target haritu..kalau target untuk setelkan installation so siapkan dulu..perkara lain tolak tepi..tapi istilah ni takder dalam kepala n minda boss aku sebab pada dier, no customer complain n customer always right eventhough kau mati kering kat site..hahaha..kejam kan dunia ini...

so benda ni berlarutan sampai petang (malam sebenarnyer bila ada selisih faham ngan isteri...tu tolak tepi la...tak yah panjangkan cerita ini..).. n klimaks kepada hari penuh masalah untuk aku ialah dengan memerhatikan gambar dibawah...malas nka ulas lagi pasal bende nih...
rupa paras hasil impact dengan kelajuan kurang dari 50km/j...hasilnya,,bumper yg aku baru tukar sebulan yg lepas pecah..bonet kena tukar..n memburukkan keadaan, radiator aku pecah..semua itu memerlukan berhelai2 kertas yg ada muka Agong n note 50 beserta dari bank negara...(ada sesapa yg sudi buat derma kilat tak untuk aku..hukhukhuk...)
kereta yg berjaya membuatkan aku sedikit kering pada hujung bulan nih (<--poket sebenarnyer memang dah kering dah...)
kecederaan ringan pada dahi..mungkin luka sebab terhantuk ngan cd2 lagu yg ada kat atas kepala..(ada 2 ke 3 cd awen sebenarnyer..haha..nanti aku pulangkan bro...)

so..inilah hadiah ulangtahun kelahiran aku tahun nih...

adios..

Sunday, February 21, 2010

aPa TaLenT yG aKu aDa??????

lama dah blog ni senyap sunyi jek...wife aku pun start tanyer naper takder entri baru lagi..dah takder ker luahan hati lelaki2 lagi?? hahaha..ni semua pasal entri lepas ler nih...entahlah..kalau ikutkan banyak bende yg ada dalam kepala ni cuma tak sampai ke hujung jari jer untuk type kat sini.
sebenarnyer ader beberapa persoalan lagi yg dilampiaskan kepada aku, tapi aku rasa lain kali ler aku letak kat dalam nih..kali aku nak tanyer n lampiaskan soalan mudah kepada sesapa yg baca posting ni..bende ni pun aku dapat on the way aku balik dari kenduri kawen kawan sekolah n jiran aku dulu...

aku teringat masa sekolah dulu, masa mengikuti kem motivasi ker moti basi camtu lah..fasilitator ada tanyer satu soklan kepada semua peserta...dier tanyer..

APA KELEBIHAN ATAU BAKAT YG ANDA ADA?????

masa tu aku tak tau nak jawab per..sebab aku tak nampak apa kelebihan yg aku ada...even sekarang pun bila aku terfikir pasal soalan ni aku tak dapat nak bagi aper2 jawapan pun..

apa kelebihan aku ek???puas aku fikir..sebab kalau salah cakap boleh disalah anggap sebagai membangga diri dan mempoyo kan diri..tapi apa sebenarnya talent yg aku ada???

aku rasa, apa yg aku boleh buat ada ramai lagi yg mampu buat lebih dari apa yg aku boleh lakukan...as footballer...aku rasa ramai lagi kawan aku yg cakap aku main cam sampah, walaupun aku rasa dah hebat snagat aku main..hukallo...

menyanyi??? aku ada bakat menyanyi ker??setakat melalak dalam bilik air n kat dalam keta sorang2 tu boleh la..paling kuat pun menyanyi kat karaoke jamban jek..hadoyai....

memasak??? aku rasa baik aku serahkan tugas ni kat isteri atau orang lain jek..sebab takder aper yg baik pun dari hasil tangan aku kat dapur tu hah....pergh...

pandai berkawan atau mesra alam???? erm..berapa kerat sangat pun kawan aku..itu pun ada gak yg marah ngan aku..terasa hati ngan aku..benci aku...jadi mana kelebihan aku kat sini..aku pun tak tau...

pandai menulis???..time sekolah dulu esei ler subjek paling aku malas sekali nak buat..time kelas hanya buat entri setiap tajuk jerk,, pastu start berborak sampai habis waktu, esok nya time cikgu minta kerja sekolah aku selalu koyakkan n cakap saya tak datang sekolah la time esei ni cikgu...hehe..(cikgu2 bahasa melaysia n english time sekolah dulu tolong maafkan anak murid mu ini....)..kalau kornag baca posting2 dalam blog ni pun korang tau kan tahap mana aku nyer penulisan kan..hahaha..hampeh...

jadi aku rasa soalan ni tak sesuai untuk aku..jadi aku nak tanyer kat korang ler..tu pun kalau korag perihatin la ngan persoalan nih...

APA BAKAT/TALENT/KELEBIHAN KORANG?????

Monday, February 01, 2010

gUa mAsiH Lagi bErfiKir..?????


kesentalan aku minggu ni agak kronik juga ler..lebih2 lagi bila check kat bank takder pertambahan nilai pun atas baki akhir yg kluarkan minggu lepas..<----situasi yg agak parah nih...

dan kesentalan aku mencapai tara klimax pada hujung minggu semalam bila berseorangan dan bersendirian kat umah..banyak benda yg berlegar dalam kotak fikiran meliputi segala organ dan saraf dalam otak aku nih...bukan bertujuan untuk menjadi seorang pemikir cuma takder benda jer yg aku nak buat masa tue dan atas sifat kemanusian yg telah didik dalam diri untuk tidak menggangu hidup kawan2 lain untuk meluagkan masa bersama keluarga masing2...hukhukhuk...

So..ketika fikiran terawang2...aku terkenang kembali kepada beberapa persoalan yg dilampiaskan kepada aku..aku pun tak paham kenapa soklan2 camni diorang bleh tanya kat aku..sedangkan kehidupan aku pun pnuh dengan persoalan..kira ok ler tue, bila diorang bertanya bermaksud diorang percaya dan yakin dengan aku..<---ayat seperti merendah diri...tapi nampak mempoyokan diri itu lebih lagi... soklan pertama..
Kenapa lelaki lebih mementingkan kawan2 n keluarga dari isteri masing???

Jawapan ikhlas aku....kenapa ek??? cuma yg aku boleh cakap ler..ini untuk perhatian isteri2 khususnya laa..kehidupan lelaki ini penuh dengan istilah TANGGUNGJAWAB...confirm akan disalah ertikan sebagai klise dan salah satu agenda untuk melarikan diri dari persoalan diatas..tidak...sebenarnya kehidupan lelaki setelah berkahwin terbahagi kepada 3..satu bahagian untuk keluarganya...satu bahagian untuk kawan2 sepermainan nya..dan bahagian terakhir kepada isteri dan keluarga mertuanya...
lelaki bukan seperti wanita yg bila dah berkahwin seluruh jiwa raga akan diserahkan kepada suami masing2..itu memang lahiriah hidup wanita dan wanita jangan la mempersoalkan benda yg sama kepada lelaki..walaupun sudah berkahwin..tanggungjawab seorang lelaki kepada keluarga tetap seperti dahulu..makan minum pakai keluarga nya tetap diambil tahu..<---so persoalan kenapa lelaki kena dahulukan keluarga terjawab disitu...

untuk persoalan kenapa lebihkan masa untuk kawan2..kenyataan ini silap kerana..aku amik contoh hidup aku ler..(sebab ianya dekat ngan aku...)..dalam seminggu kita ada 7 hari yg mana aku peruntukan 2 malam sahaja untuk kawan2..satu malam untuk layan bola kat stadium dan satu malam untuk main futsal..kenapa bende ni penting..kerana hanya ada 2 malam ni jer yg aku akan tahu perkembangan kawan2..masa ni lah untuk tahu perkembangan kawan2 dan mengeratkan hubungan...sebagai contoh la kan..kalau kita meninggalkan kawan2 setelah berkahwin...kawan2 confirm akan pulaukan kau ler kan.. tiba2 satu hari berlaku kemalangan, xnak kemalangan ler..kita letak kerosakan kereta..saper yg kau nak minta bantuan??? minta bantuan dengan isteri?? confirm kereta tu takkan bergerak kemana2 pun kan.. so dekat sini lah peranan kawan2...<---kawan2 tolong bagi kreadit lebih sket kat aku pasal jawapan nih...


Soklan kedua....kenapa bila satu2 perkara yg disuruh oleh isteri akan diambil mudah dan dilewat2kan penyelesaianya???/

Jawapan tak berapa ikhlas aku....ini aku tak bleh nak kater per lah..mungkin bukan semuanya camni tapi kebanyakan nyer yg aku nampak camni..kalau korang pernah peratikan berapa cepat respon anda kepada sms atau call kawan2 berbanding dengan respon bila isteri suro gi kedai beli belacan atau betulkan mentol lampu bilik air yg terbakar???hahaha..jawapannya confirm korang akan jawab n balas sms member2 dulu ler kan..mentol tu biasa ler..esok2 lusa bleh tukar..kalau gelap pun bukannya tak bleh buang air kan..pastu hal belacan..tu semua masakan melayukan..takyah belacan pun bleh makan per..huhuuhu...
jawapan diatas bukan alasan tau tapi cuba korang (isteri2...) fikir..sebenarnyer lelaki dah dahulukan hal isteri lama dulu..masa bercinta dulu lelaki dah korbankan masa n tenaga untuk wanita..kalau awek cakap kul 10 kat umah, 9.59 korang dah sengal tunggu awek anda yg masih lagi bersiap..kalau tetiba awek memalam nak makan tau fu fa, even cuaca masa tu tengah ribut petir, confirm lelaki akan carikan juga la..tu semua pengorbanan tue, so kalau skang korang persoalkan tentang hal nih, lain kali jangan suro lelaki buat perngorbanan dulu ekk...hahahha<---- atas jawapan ini, confirm isteri aku akan pelangkung aku dengan baldi warna merah kat bilik air tu nanti...


hahaha..tu diantara soklan yg berlegar dalam tempurung kepala hotak aku minggu nih..banyak lagi sebenarnyer..tapi aku hanya berkesempatan untuk jawab 2 tu jer lah..lain kali ler aku kuarkan lagi dalam harddisk kepala aku nih...

adios..