ads

Thursday, September 30, 2010

JikA iNgin mEngunGkapkan kAta....

eRm...aku pun tak pasti kenapa 2 posting sebelum ni sangat meluahkan rasa...hehehe...sangat emorsional..entah lah..tapi nak kata posting selepas ni akan aman tak juga kut sebab ni pun nak luahkan apa yg aku rasa n apa yg aku boleh keluarkan pandangan..Bukan niat utk mengeji atau menyokong atau membangkang mana2 pihak..cuma aku rasa luahan rasa aku ini perlu kut utk kita sama2 fikirkan atau sekurang2nya jadikan panduan pada sesiapa yg rasa boleh dijadikan petunjuk la....

cerita ni dari semalam lagi aku nak keluarkan tapi internet kat umah plak macam musibat...so aku terpaksalah amik masa sket kat opis ni dengan alasan buat report padahal ...(sendiri mau ingat..)..

kenapa aku nak keluarkan sangat posting ni sebab aku terbaca di Harian Metro semalam seperti yg terlampir dibawah ni lah....
Aper yg aku sibuk2 kan nih???????....dari pemahaman aku baca artikel dibawah, tuan menteri kita meminta agar pengundi2 Dun Galas supaya memperbaiki kesilapan kerana sebelum ini yg memilih calon dari parti pembangkang memerintah instead of Parti Kerajaan skang ini...

Kenapa aku nak ulas menatang nih????...pada aku sangat tidak wajar pak menteri kita menuding jari kepada rakyat....NEGARA MALAYSIA berlandaskan DEMOKRASI yg mana memberi sepenuhnya kuasa kepada rakyat utk memilih siapa pemimpin yg dirasakan wajar utk mentadbir dun, parlimen atau negara....jika pak menteri kita meletakkan kesalahan dibahu rakyat maksudnya pak menteri kita sendiri menolak hukum demokrasi itu sendiri....

Pada aku..KESILAPAN yg dinyatakan pak menteri tersebut harus ditujukan kepada pemimpin2 yg dipilih..atas apa kesilapan yg membuatkan rakyat tidak memilih mereka berbanding dengan pemimpin lain dari parti yg berlainan..aku rasa bende ni wajar difikir dan renungkan oleh barisan kepimpinan yg diatas sana..lagi skang ni yg rajin PM kita war2 kan..RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...

KENAPA aku highlightkan bende nih?? sebab,...keputusan pilihanraya sebelum ni dah memberi satu tanda yg pengundi2 skang ini tidak memandang kepada sejarah lampau atau kenangan2 lampau...pengundi2 skang ini melihat masa hadapan dan ingin melihat perubahan sperti yg di gembar-gemburkan...tiada lagi istilah manis mulut...skang masa utk pemimpin menyinsing lengan bekerja utk kemajuan bersama rakyat....

aku bukan lah bijak pandai dalam bidang politik n sebagainya...aku bercakap sebab aku ada hak selaku pengundi berdaftar dinegara ini...dan pada aku jika pak menteri meletak kesilapan atas bahu pengundi seperti aku...aku marah kerana aku ada hak...begitu juga pengundi di Galas..mereka ada hak...dan jika pemimpin yg diplih gagal itu bukan kesilapan diorang tapi PEMIMPIN ITU YG TIDAK AMANAH kerana gagal utk menjalankan kewajipan dan amanah yg diberi....

so fikir2kan lah.....



nota hidung kembang aku: satu jari menuding kelain, 4 jari lagi menuding kearah diri kita sendiri....

Sunday, September 19, 2010

sOaL haTi?????

eRmm..dah agak lama wall ni berabuk tanpa sebarang nukilan yg terhasil...nak kater sibuk kerja, bleh tahan ler tapi tak der la sampai tak leh nak jengah2 blog nih...nak kater sibuk raya tak jugak sebab aku hanya sibuk pada hari sebelum n sehari selepas tu jerk..selebihnya aku banyak habiskan masa di rumah... entah kenapa aku rasa raya tahun seperti kosong...mungkin sebab usia dah bertambah kut..tapi bila intai2 kawan2 nyer facebook mak aii..meriah sakan...

tapi kenapa aku tak????...Susah nak kater ler kenapa..ada yg berlaku kut..

Apa yg berlaku????...entah, aku pun tak paham..tapi apa yg nyata syaitan telah menjalankan kerjanya semula...

Nak salahkan syaitan ker????...ok fine..nafsu manusia n sifat manusia tu sendiri yg tak perfect...

Boleh ker camtu????....nak kater boleh ke tak boleh, terpulang ler...sebab yg menyebabkan bende2 ni berlaku pun manusia gak...apa yg nyata, sifat ego n amarah manusia tu sendiri yg membuatkan perkara kecil menjadi besar...

Tak cuba utk selesaikan????...memang aku tak cuba langsung...

Sebab????...dah penat kut...penat sebab marah2..n ada perasaan macam nih...n aku let go jer lah..tengok la sampai bila bende ni berterusan....

Kenapa camtu plak????...bagi peluang kut..pada diri masing2 utk menilai sejauh mana perasaan dalam diri...menilai kelemahan diri..n mencari ketenangan sendiri...

Kan kau sendiri kata manusia tu tak perfect, tapi kenapa tak cuba utk perbaiki masalah tu sendiri????...entah lah..macam aku cakap awal2 tadi..aku dah penat...aku dah penat kerana asyik dipersalahkan...apa jua keadaan aku kena mengalah dan menerima kesalahan..memang aku akui, kadang2 banyak perkara yg aku lakukan tak semua orang suka..banyak yg dibenci..tapi aku juga ada hak utk nyatakan apa yg orang lain lakukan aku tak suka...kenapa mesti setiap keadaan yg berlaku aku kena terima kesukaan orang lain sedangkan orang lain tidak pernah terima apa yg aku suka...

Kau rasa tak adil????...bukan aku rasa tak adil...Cuma..perlu ke setiap perkara aku yg kena mengalah...memang sifat aku utk tidak mengeruhkan sesuatu perkara tu..n aku diajar supaya api jangan dilawan dengan api atau kau suka2 tingkatkan kandungan oxygen kat situ...jika api mesti dilawan dengan air, co2 n aper2 jer lah yg boleh kurangkan kemarakan api tuh...

Then..apa yg kau nak lakukan lepas nih???...entah ler der...aku biarkan dulu la..bila n sampai bila aku tak pasti...jika dia mengerti n sudi menerima kelemahan aku dia akan cari aku kembali...tapi jika dia rasa aku yg bersalah dalam hal ini dan aku penyebab berlakunya perkara macam nih..terpulang lah...

Kau tak rasa kerugian ker????...ada...saper cakap takder...dalam bulan yg penuh kegembiraan nih...aku tak gembira..kan ker rugi tuh...sedangkan cuti yg panjang nih patutnya aku jadikan minggu yg gembira...tapi kesudahannya...entah lah...

...yg kau banyak soal ni kenapa??? Kau nak tolong selesaikan masalah aku ker??? Aku rasa tak rasa camtu sebab kau hanya memanipulasi kan apa yg ada dalam fikiran aku masa nih...kalau kau tak memberikan sebarang bantuan ada baik aku undurkan diri sebelum aku sendiri yg undurkan diri...aku nak shutdown pc...lantak kau ler....



nota hidung kembang aku: tanpa ungkapan yg mampu aku zahirkan..

Saturday, September 04, 2010

kEteNanGankU diUji....

eRmm....arwah mak aku pernah pesan dulu...dalam apa juga situasi yg kau hadapi, pilihlah jalan yg tidak menjurus kepada perkara2 yg memungkinkan perselisihan paham atau pergaduhan akan terjadi....kata2 tu aku pegang sampai skang...
entahlaa...tapi semalam hari yg sungguh menguji kesabaran aku..bermula dari pagi sampai ler ke tengah malam..ada jek bende yg seakan2 menguji hati+kesabaran+ketengangan dalam diri aku...

kalau aku nak cerita satu2 rasanya tak berbaloi kut...tapi tu lah dier kan...takder saper yg akan jaga hati kau kalau bukan diri kau sendiri...so terpaksa la telan semua bende tu walaupun pahit dan pujuk hati sendiri utk tak bertindak diluar kawalan+kewarasan aku....

entah laaa....


nota hidung kembang aku : kEsabaran aku juga ada batasnya....Ya Allah, tenangilah hatiku....