ads

Friday, July 31, 2009

KhaLifah....CinTaku Dewi KamaLa....

hi Assalammualaikum....

Khalifah-Cintaku Dewi Kamala (tekan sini utk melayan...)

Enggey Mala wonggey Mala
Padamu si gadis manis genit jelita
Wahai mala sini Mala
Takku sangka dalam diam ku jatuh cinta
Pada Mala sama Mala
Anak gadis yang jelita dari India

Siang ku rasa malam rasa siang
Pejam celik ku terasa adanya dia
Tepi telaga dalam hutan rimbaKu tak hirau
walaupun ku berdepan si ular sawa
Kerana cinta sayangku Mala
Biar apa pun juga ku redahkan jua
Daku tak kira dirimu ku cinta

Chorus:Bersinar purnama di bawah pohon mangga
Sambil ku menyanyi lagu lalalalalalala
Lagu cinta…wahai Dewi Kamala
Cintamu luar biasa
Hingga tergoda semua pria yang ada
Aduh Mala…

Yinggey Mala wonggey Mala
Kalau kau tinggalkan aku rasa kecewa
Sini ada sana pun ada
Semuanya hanyalah palsu cinta sementara
Percaya padaku Dewi Kamala
Jangan peduli apa pun orang nak kata
Aku tak kisah dan aku tak kira

Solo
Ulang Chorus

Kerana cinta hati dah suka
Biar apa jua mesti ada batasnya
Memang cinta itu buta
Cinta tak memandang kulit atau pun paras rupa
Kalau hati sudah suka
Semuanya rasa bagai indah belaka
Dalam bercinta dua dunia
Cintaku pada Dewi Kamala

ni nak promo sket la (promo ek..jangan salah baca ker porno plak...) n untuk Awen...(ni lagu terbaru diorang..tak tau la lu dah dengar ker tak...layan beb...), skang aku tengah melayan lagu ni. Lagu dari kumpulan Khalifah, Cintaku Dewi Kamala.... lagu ni aku dah dengar lama kat radio tapi susah giler nak dapatkan album diorang...lagu ni pun aku dapat setelah berbulan2 mencari akhirnya dikongsikan oleh rakan alam maya aku....thank you guys..... tapi maybe ramai yg tak dengar lagi lagu ni walaupun agak popular di radio berteraskan KERAJAAN..sebab radio diorang jer lah yg agak sudi memutarkan lagu anak tempatan ni..radio lain yg berteraskan swasta n globalisasi katernyer lebih mementingkan lagu2 luar especially dari seberang la...bukan menidakkan atau membandingkan karya luar dan tempatan tapi hakikatnya lagu2 anak tempatan ni banyak yg bagus2....(pergh serius giler utusan aku ni...hahahhha..lantak ler kalau ader yg nak banned aku....ni pendapat peribadi aku ler....pendapatan orang lain, sendiri mau ingat la...)

Pengenalan sket...Kumpulan Khalifah wujud setelah penyanyinya..Yabang dan gitaris Harry (dier ni ler diantara yg mencipta lagu Kasihnya Laila....mantap lagu lu bro...) kluar dari kumpulan Jinbara atas sebab perselisihan paham sesama mereka,..yg mana aku sendiri pun tak faham...(sayang ler beb...Yabang suara lu pada gua dah seiring n sejalan dengan muzik Jinbara ni....tapi nak buat camner kan....hidup kena diteruskan...).. Sebab pada aku..tone suara Yabang ni unik n kebolehan dier untuk berQhasidah dengan baik amat sesuai untuk muzik2 sebegini (contoh lagu Kasihnya Laila, Siapa Laila, Kita Kawan..sekadar menyebutkan beberapa lagu...)...Kira rock diorang ni (Jinbara n Khalifah..) lain dari yg lain ler.

So atas inisiatif Yabang untuk terus hidup di arena muzik tempatan beliau menubuhkan kumpulan Khalifah... Lagu ni (Cintaku Dewi Kamala) kalau tak silap aku adalah single terbaru diorang dari album kedua yg turut menjadikan tajuk lagu ni sebagai judul album terbaru..setelah mengeluarkan album pertama KELAHIRAN yg popular dengan lagu Siapa Laila....

apa pun..untuk kawan2 korang layan jer lah lagu ni.....pada Yabang n rakan2 Khalifah, Chepot n rakan2 Jinbara teruskan perjuangan korang dalam industri ni..aku as peminat akan menyokong and support korang dari belakang...

Wassalam....

(p/s: pergh..sempat aku hantar posting ni sementara tunggu contractor pasang heated line kat site...Fairul, lu kalau baca ini posting tolong jangan sebarkan pada Ivan n Henry....hahahhaahaha..masak aku nanti....)

Thursday, July 30, 2009

biCarA aWal...




Assalammualaikum.....

pergh...terjebak juga ku akhirnya dalam kancah belog-membelog ni walaupun aku tau hanya beberapa kerat jer lah orang yg akan baca belog ni... hahaha..benda ini bukan nya baru dalam diri aku sebab dah hampir setahun aku dan kawan2 hidupkan www.gb4bmeru.blogspot.com (kalau ada masa..lawat2 la ek...)

tapi sebab ramai sangat perangsang (perangsang ker...ntah ler, cam seronok plak buat menatang ni....hehehe) yg membuatkan aku skali lagi menambahkan kerja tambahan dalam hidup aku ni....dulu aku ada gak pasang impian untuk buat diari aku sendiri tapi sampai skang harram semua tu tak berlaku pun..mungkin penulisan aku yg teruk dan tatabahasa melayu aku yg agak hampeh so hasrat untuk buat diari sendiri tue berkubur camtu jer lah...So dengan adanya technology terkini dengan perhubungan hidup yg makin mudah skang ni...so aku lahirkan laaaa putrametal aku.metal.hidup

Why putrametal????
1) aku dah guna nick ni lama sangat dah, dari zaman aku kenal mirc lagi...(hahahaha)
2)Metal salah satu cabang muzik rock yg aku gemari...pada aku muzik ni ada pegangan dia sendiri, cuma selalunya disalahtafsirkan oleh orang yg susah nak paham...(n tugas aku pun bukan senang untuk pahamkan orang lain...hanya aku.metal.hidup jer yg faham..hehehehe)
3)putrametal adalah aku...aku adalah putrametal...(lantak korang la nak gelak ker hapa....hahahaaha..sebab aku pun tengah gelak sendiri baca tulisan aku ni hah....)

So..aku harap kehadiran aku.metal.hidup ini diterima seadanya...

wassalam....