ads

Wednesday, June 30, 2010

oLder bRotHer...

aKu pernah dengar dan saksikan sendiri pengorbanan seorang abg yg sanggup mengenetepikan kebahagiaan diri sendiri semata2 utk membahagiakan adik2nya...aku pernah lihat dan dengan seorang abg sulung yg sanggup hidup tanpa seorang teman bergelar isteri selagi tidak melihat adik2nya berjaya dalam hidup dan selamat dibawah jagaan orang lain...

aKu sedar, aku bukan seorang abg yg sempurna sifatnya...banyak keperluan adik2 aku yg gagal aku penuhi permintaannya...namun, hati seorang abg, walaupun sekeras2 sifatnya still ada kelembutan dalam diri...

hati kecil aku tersentuh seketika bila melihat kegagalan seorang adik utk mencapai apa yg dihajati setelah puas berusaha....serius, aku hampir susah utk lelapkan mata mengenangkan wajah kecewa yg terbit dari air mukanya jika tidak kerana kepenatan terlampai...berkali2 aku nyatakan pada isteri perasaan aku nih..
dAn...bertambah kecewa lagi bila dia mensalah tafsirkan niat aku utk membantu dia mencapai apa yg dia inginkan hanya kerana salah faham dalam mentafsir kata2 aku kepada adik seorang lagi...

dimasa yg sama, aku turut tersentuh hati menerima sms dari adik aku yg aku sifatkan sebagai pertama kali dalam sejarahnya dia menghantar isi sms yg macam tuh...
kAdang2 agak susah utk seorang abg (bukan aku sorang jer kut yg rasa camni...) meluahkan apa yg dia rasa dalam diri...menzahirkan setiap permintaan dalam masa yg singkat dan memuaskan hati semua orang...
aku bukan seorang abg yg suka mengungkapkan alasan pada setiap perbuatan aku pada adik2...AKU LEBIH RELA DAN SANGAT2 GEMBIRA JIKA MEREKA TIDAK BERTERIMA KASIH KEPADA SETIAP BENDA YG AKU LAKUKAN UTK MEREKA ASALKAN MEREKA MEMAHAMI APA YG AKU LAKUKAN...

entahlaa...kadang2 penat utk memuaskan hati orang, lagi2 kepada orang2 yg berada dalam lingkungan orang2 yg tersayang..dah jadi tanggungjawab aku bila lahir selaku ABG SULUNG utk memastikan setiap keperluan dan permintaan ahli keluarga dapat dipenuhi...

aku harap korang paham satu hari nanti....

adios...

Friday, June 25, 2010

kAdaNg2 gUa peLik nGan dUnia hiBuraN ni.....

mAlam tadi emosi aku agak terganggu sket, mungkin sebab badan dah terlalu penat ditambah lagi ngan kekalahan Italy yg sangat memalukan lagi la bertambah2 aku nyer hangit satu badan..then bukak internet ingat nak baca la berita2 akhbar arus perdana sebab tak berkesempatan langsung nak baca...selak punya selak, terpandang satu artikel yg aku sifatkan atau aku rasa sangat PELIK atau lebih tepat lagi JELIK ngan penulisan wartawan2 hiburan kat malaysia nih...

bErita nya bukan la gempar sangat tapi isi yg cuba disampaikan pada aku adalah sangat2 JELIK...

korang baca la dulu artikel kat bawah ni pada sesiapa yg tak berkesempatan utk baca semalam...

Hal prinsip Shahir Hal prinsip Shahir

MENYAMPAIKAN lagu duet Ketika Cinta Bertasbih, Shahir berdiri jauh daripada Siti sehingga terpaksa merakamkan semula lagu tersebut.

JUJURNYA, masa orang sibuk bergosip pasal seorang artis baru nama Shahir, Marilyn tertanya-tanya, siapa mamat ni? Mukanya pun Marilyn tak dapat bayangkan macam mana, jauh sekali lagunya. Tapi bila Marilyn kata Marilyn tak kenal siapa Shahir, geng gosip yang duduk di hadapan Marilyn minggu lalu kata Marilyn ni macam katak bawah tempurung. Mereka kata, Shahir ini tengah meletup sekarang lepas jadi juara Akademi Fantasia 8 (AF8) baru-baru ini.

Marilyn kata pada mereka, sorrylah Marilyn memang tak hafal budak-budak AF yang terlalu melambak. Jadi Marilyn memang tak dapat kenal Shahir ke siapa ke.

Cuma yang Marilyn tertarik nak jentik Shahir sikit sebab geng gosip Marilyn meluat dengan prinsip dan peraturan yang dibuat Shahir. Kata mereka, Shahir ni macam nak tiru prinsip Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi yang ada peraturan bila bergambar. Shahir boleh bergambar dengan perempuan, tapi tak boleh mesra. Tak boleh juga bergambar rapat-rapat.

"Kami bukan nak suruh cium ke peluk ke dukung ke. Kami minta gambar mesra dari segi mimik muka saja atau letak tangan atas bahu. Tapi dia tak mahu. Kami hormatlah," kata seorang geng gosip Marilyn yang juga dapat pesanan berjuta kali tak benarkan gambar mesra Shahir dengan artis perempuan dirakamkan.

Dia pun tak nak pakai seluar pendek walaupun di bawah lulut. Ada yang melawak mungkin Shahir tak ada bulu kaki sebab tak nak pakai seluar pendek.

Paling Marilyn kelakar, teman Marilyn yang membuat liputanRakaman Aidilfitri Lebaran Diva Datuk Siti Nurhaliza yang menjemput Shahir sebagai penyanyi undangan memberitahu rakaman duet Siti dan Shahir terpaksa diulang kerana kedudukan Shahir dan Siti terlalu jauh.

"Sampai Siti terpaksa melawak, Datuk K tak ada di sinilah," kata teman Marilyn.

Tak cukup dengan itu, ada lagi geng gosip Marilyn kata, sewaktu ditanya tentang pendiriannya, Shahir lebih kurang berkata dia tak akan buat benda yang dia tak suka dan tak pernah buat.

Oh, macam tu ke Shahir. Marilyn tak kisahlah dengan prinsip Shahir. Tak ada masalah. Cuma Marilyn rasa, Shahir lupa agaknya, masa di dalam AF, dia kena juga bersentuhan dengan pelajar wanita sewaktu persembahan. Ada juga adegan mesra-mesra.

Satu lagi, Shahir kan tak pernah ambil gambar dengan media untuk promosi dulu. Jadi kenapa buat sekarang? Jadi sajalah artis, tak payah nak buat promosi sebab kerja ni pun Shahir tak pernah buat dulukan. Tak gitu Shahir?

Tapi Marilyn tak tahulah kalau prinsip Shahir ini juga 'dibantu' oleh pihak pengurusannya. Mungkin pihak pengurusan nak jaga agar Shahir kalis gosip, tapi mereka lupa, prinsip-prinsip seperti inilah yang akan membuat orang mengata artis anda.

Lagipun Marilyn percaya, pihak pengurusan sepatutnya sudah cukup masak dengan ragam dunia hiburan sebab ini bukan artis pertama yang dijaga. Sudah melambak. Marilyn harap pihak pengurusan atau Shahir tak melenting dengan teguran ini. Marilyn cuma tulis bagi pihak teman-teman media lain yang rasa sedikit meluat dengan prinsip dan pesanan-pesanan daripada 'penaja'.

Marilyn:Kalau semua tak boleh, jangan masuk AF, tapi masuk pencarian Imam Muda. Gerenti tak kena pakai seluar pendek atau ambil gambar dengan perempuan.






aKu kuarkan citer ni bukan sebab aku peminat Shahir atau peminat AF atau aper2 lagi ler...apa yg aku cuba nak sampaikan kat sini adalah KENAPA MESTI BENDE2 ALAH MACAM NI YG MEREKA2 (WARTAWAN HIBURAN) NAK KUARKAN DI AKHBAR2 DIORANG.....

"Cuma yang Marilyn tertarik nak jentik Shahir sikit sebab geng gosip Marilyn meluat dengan prinsip dan peraturan yang dibuat Shahir. Kata mereka, Shahir ni macam nak tiru prinsip Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi yang ada peraturan bila bergambar. Shahir boleh bergambar dengan perempuan, tapi tak boleh mesra. Tak boleh juga bergambar rapat-rapat.

"Kami bukan nak suruh cium ke peluk ke dukung ke. Kami minta gambar mesra dari segi mimik muka saja atau letak tangan atas bahu. Tapi dia tak mahu. Kami hormatlah," kata seorang geng gosip Marilyn yang juga dapat pesanan berjuta kali tak benarkan gambar mesra Shahir dengan artis perempuan dirakamkan."

HaL bergambar sesama artir berlainan jantina..kan ke elok prinsip penyanyi lelaki nih nak buat..apa wartawan hiburan ni suka agaknya anak2 melayu kita yg sah2 ISLAM bergambar berpeluk2kan...memang tak dinafikan yg kebanyakan artis kita ni kalau kat akhbar amik gambar punyalah sopan tapi kat belakang berpeluk cium bagai...tapi itu urusan dia dengan ALLAH...kita berbalik pada artikel kat atas, kan bagus kalau kita menyokong tindakan artis ni yg ingin menjadi contoh kepada anak muda generasi skang yg semakin kurang sifat KEMALUAN dalam diri...setiap orang ada cara mereka utk berdakwah n menerapkan nilai2 murni dalam kehidupan sebab diorang ni public figure dah sah2 menjadi tumpuan dalam setiap gerak geri diorang...

"Dia pun tak nak pakai seluar pendek walaupun di bawah lulut. Ada yang melawak mungkin Shahir tak ada bulu kaki sebab tak nak pakai seluar pendek."

ni satu lagi ayat mangkak yg kluar dari penulisan diorang, samada sluar pendek tu bawah lutut atau atas lutut, bila duduk atau mencangkung dah sah2 akan nampak gak lutut tu kak oii....aduyai..jahilnya lah diorang nih..patut la bila ada artis yg bergambar dedah sana dedah sini pakat2 buat senyap jek...

aku rasa dah penat kut utk aku ulas bende macam nih, setiap orang ada prinsip dan cara hidup tersendiri. hanya sebab terjun ke dunia glamour sementara nih kau kena korban prinsip n nilai2 murni yg dah sah2 mak ayah terapkan, so kita kena hanyut jugaklah...patutlah sekarang AGAMA kita seperti ditunjal2 oleh agama lain sebab penganut agama ALLAH ni sendiri yg meletakkan kedudukan nya utk dikeji..

dah lah..gua dah rasa JELIK..buat kurang pahala aku jer harini sebab marah2 n mengeji orang2 yg camnih...

adios...







Tuesday, June 22, 2010

mEtaLaSia......kAt mAna sKang eK????

dAh lama aku tak dengar tentang band Metal yg satu nih..Metalasia...kemana diorang menghilang ek, haritu ada gak dengar ura2 tentang band nih nak bua album tapi sampai skang senyap jek..mungkin ada kena mengena ngan keadaan muzik kat malaysia skang nih..

Ni contoh band yg berteraskan Power Metal..camner bleh jadi power metal instead Heavy Metal, apa yg aku boleh bagitau, power metal lebih kurag sama dengan heavy metal tapi ianya dilajukan lagi muziknya, dari segi guitar work and structure heavy metal muzik tetap sama dan Power Metal lebih mementingkan solo yg laju n berskill tinggi...

oK..kita soroti lah serba sket tentang band nih...mereka wujud pada tahun 1997 dengan line up yg diketuai oleh Saudara King Shah (lead guitar), Ritz (lead n 2nd guitar), Sam Maya (Bass/Drum), n cocalist undangan Cd Sil Khannaz (vocal n guitar)..mereka menghasilkan album pertama yg berjudul Khalifah Alam Maya, so pada kawan2 aku yg pernah dengar aku sebut tentang khalifah alam maya nih, dari sini la tercetusnya ayat tuh...
aku tak sempat beli album nih, sebab masa tu aku nyer minta lebih kepada heavy metal muzik n establish band jek..(tapi sebenarnya..aku masih jahil lagi pasal muzik masa tuh..hehe)
ni line up terkini Metalasia yg aku tau lah...
dari kiri:King Shah(lead Guitar), Sam Maya(Drum), Muix (vocal), Zen(bass) n ritz (2nd Guitar)

Aku hanya sempat berkenalan ngan band ni bila aku tergerak nak beli album Live AT Metal Wars, masa ni kalau tak silap aku adalah gabungan band2 heavy metal terbaek kat malaysia masa tuh..yg ada tak silap aku XPDC, Rusty Blade..ada 2 band lagi tapi aku tak hingat...
so dari album ni lah aku terjatuh cinta ngan muzik Power Metal nih, walaupun ada dengar rungutan dari wartawan yg cover konsert ni mengatakan yg gabungan 3 lead guitar pada band nih termasuk CD Khanzab (lead guitar kumpulan Sil Khannaz) terlalu penuh n vocal tak dengar...pada aku itulah yg menarik tentang muzik Heavy metal atau Power Metal nih sebab bukan vocal yg kita pentingkan tapi Muzik itu sendiri dah memberitahu kita tentang 'perasaan yg ada dalam lagu tuh'...

tHen pada tahun 2002, mereka mengeluarkan Album Silantra...Bermulanya Sebuah Epik yg mana telah sahkan dalam Guiness Book of Record Malaysia selaku artis/band pertama yg mengeluarkan album berbentuk penceritaan yg mana setiap lagu yg terhasil dari track pertama hingga akhir adalah chapter2 sebuah komik...memang susah..tapi hasilnya TERBAEK.....
masa kelahiran album ni, diorang buat promosi dengan mengadakan concert percuma yg diadakan di PWTC kepada pembeli2 album nih...n you know what, i'm the lucky ribuan peminat yg ada masa tuh..terima kasih pada awen n eddy yg ada skali masa tuh...dah la sesat2 nak gi PWTC, almaklumlah orang jahil jalan KL..tp still enjoy....dari live performance yg aku nampak, memang line up MEtalasia nih antara yg terbaek dalam negara nih...

tapi tulah lepas jer album ni kluar, sampai skang diorag tak kluarkan apa2 album pun..yg ada hanya lah single Puspasari Penawar Puteri duet bersama Ning Baizura...

so pada King Shah n the geng..bila lagi nak kluar album baru..n aku pasti, aku antara orang terawal yg akan beli album lu orang....

so utk tatapan kawan2 semua..layan jer lah klip kat bawah ni..mungkin korang akan paham apa yg aku maksudkan dengan Band nih....


adios..

Thursday, June 17, 2010

cEriTa wOrld cUp 2o10...

eRmm...semalam tamat perlawanan pertama bagi kesemua 32 team yg beraksi utk piala dunia edisi kali nih...ada beberapa cerita menarik yg berlaku....apa kata kita survey sket...

dari pengamatan aku, hanya Germany n Argentina sahaja yg membuktikan status mereka selaku pasukan pilihan di piala duni kali ini..yg lain2 seperti Holland, England, Portugal, Brazil masih tercari2 lagi momentum terbaik bagi mengesahkan status mereka..dan yg paling mengejutkan pastinya kekalahan mengejut pasukan Spain yg dianggap antara pasukan yg sepatutnya tiada masalah utk menjejaki peringkat kalah mati..

sElain tu, edisi kali ini seperti sedikit suram dengan jaringan gol, hanya German n Belanda sahaja yg menang lebih dari satu gol, yg lain.erm...belum panas kut...

tapi yg pasti, dari pengamatan aku..kebanyakan juruletih bagi pasukan2 yg berstatus underdog n pengacau nih mereka mengamalkan permainan yg boleh dikira sebagai.."jika tidak menang..seri sudah memadai..." jadi atas alasan ini lah mungkinb menyebabkan peratus jaringan utk edisi kali ini sedikit kecil...

ada juga alasan yg timbul akibat dari bunyik bingit vuvuvela yg menjadi tradisi di afrika selatan..aku kat sini pun naik hangit dengar bunyik nih, apa ntah lagi player2 kat situ kan..tapi patut ke benda ni jadi alasan kepada kegagalan mereka utk menyerlah...

tapi memang sedikit mengganggu la..bende ni perasan dari piala confiderasi tahun lepas lagi..

alasan kedua yg kluar plak..berkaitan dengan bola rasmi world cup kalini..jabulani...
memang dari pengamatan aku memang sedikit pelik pergerakan bola nih, and bouncing dier pun sedikit kuat berbanding bola2 sebelum nih..
tapi tu lah yg thrill nyer pun..takkan nak yg sedap n senang jer diorag nih..kater pro kan..

benda ni mungkin terjadi akibat dari ketidak sediaan pemain2 utk bermain dalam keadaan ber altitud tinggi.memang banyak bezanya...

dan dari siri alasan2 ini,..maka ada 2 siri kesilapan berprofil tinggi yg dilakukan oleh keeper
England dan keeper Algeria...hrmmm...akan ada kejutan utk edisi kali ini..






so malas nak cerita panjang...bola itu bulat..jadi...adios...

Tuesday, June 15, 2010

mAafKankU....

sEbelum ni pernah ada yg tanyer aku...naper aku bukak blog ni??? n apa tujuan sebenar yg membuatkan aku memilih utk mewujudkan blog nih...sejujurnya..aku bukannya insan yg dipilih oleh Allah SWT dengan bakat penulisan yg baik..cuma aku suka meluahkan sesuatu..dari dulu lagi aku cuba utk adakan jurnal aku sendiri, yg mana aku boleh luahkan, aku boleh nyatakan, aku boleh kongsikan agar di hari kemudian sekurang2nya kalau bukan orang lain baca mungkin anak cucu aku akan baca apa yg terjadi dalam hidup seseorang yg sangat menyayangi diorang...

dan bukan tujuan aku utk hasilkan blog ni utk meraih pendapatan atau utk menjadi seseornag yg dikenali...DAN BUKAN TUJUAN AKU UTK MENGHASILKAN SESUATU POSTING DALAM BLOG INI UTK MENYAKITI HATI ORANG...

betulla la apa yg orang2 tua cakap, semakin banyak yg kita cakap semakin banyak kekhilafan kita yg akan kelihatan....

disini aku ingin mengambil segenap peluang utk memohon maaf kepada sesiapa pun yg terasa atau terkecil hati dengan penulisan aku dalam ni...maafkan segala kekhilafan dalam komen2 aku...

aku sedar tidak semua orang akan memahami apa yg aku cuba sampaikan atau mentafsirkan sesuatu itu kepada benda yg aku tak maksudkan langsung...jadi..maafkan aku...

sesungguhnya apa yg terhasil dari blog ni hanyalah luahan rasa dan interpretasi aku sahaja dan tiada niat utk menyakiti hati sesiapa pun...

mAafKan aKu.....

Sunday, June 13, 2010

kEnanGankU....

bila aku melayan bola masa2 musim2 world cup nih, mulut confirm tak berenti kena sumbat dengan makanan ringan yg langsung tak menyihatkan malahan memudaratkan lagi adalah...tapi nak buat camner kan, makanan yg menyihatkan hanya datang dari air tangan mak jek...dah aku tinggal sorang so makan jer lah apa yg senang kan...

bercerita mengenai makanan...aku teringat zaman aku memiliki perut 6pack dulu berbanding skang nih perut yg 6 in 1 pack..hukhuk...seingat aku, zaman aku kat matrik adalah zaman yg paling kurus aku pernah ada dalam hidup, sori bukti tak dapat nak di letakkan sebab kamera dulu semua analog ler...mana ada istilah 3gig ker 4 gig ker 256mb ker hapa ker..yg ada kamera kenyit mata sebelah...

masa zaman tuh, aku ingat lagi belanja harian kat kolej utk sehari tak melebihi rm7..kalau lebih tu dah makan tahap dewa...skang nak dapat harga camtuh??? HARRAM...makan tengah hari jek dah 7hinggit...
masa tuh, sementara tunggu kawan nak gi kelas..aku bedal dulu twiggies ni sebijik, skang hanya jual 2 bijik jek, dulu dier jual satu paket 4 biji...
makan zambil ditemani ngan secawan milo 3 in 1...makan camni aku bleh kenyang sampai tengah hari...

pastu makan tengah hari seadanya n makan malam...tu jek rutin masa tuh..kalau nak makan lebih time hari sabtu atau ahad jer lah..so dari segi makan memang terjaga sangat la masa tuh, jika nak di bandingkan dengan
skang nih...hahaha...salah satu sebab masa tu masih aktif lagi, petang2 gi jogging 2 round KMPP tu hah..adalah dalam 3km...pastu pepagi sabtu atau ahad jogging atau ada game bola atau game takraw..memang menjalani hidup yg sangat sihat ler...(macam tak percaya jek aku buat semua tu dulu...)

sEgala2nya berubah bila aku masuk UPM...napa berubah sebab dapat rakan sebilik yg kurang gemar beraktiviti luar nih...pastu bila malam jek time lapor2 ada plak kawan2 yg rajin nak temankan aku makan...ni semua pengaruh luaran nih...(seperti biasa, berdalih itu lebih senang dari mengakui kelemahan diri...hukhuk...)..satu lagi kenapa aku tak aktif masa kat UPM sebab time nak main bola, padang hanya bersaiz utk 15 orang jek tapi yg datang bawak kasut dekat 50orang..nak main bola kebendanya..main kaki ader ler...

pastu nak main takraw???....segan wei...ada killer malaysia tuh..Azman nasaruddin tu college mate aku tuh...mana mampu nak main nagn diorang nih...so tengok jer lah...petang2 sama ada layan makan atau layan tidor jek...tapi yg nyata, kat UPM memang sumber makanan2 sedap tu sangat banyak..pagi, tengah hari, petang, malam semua nyer ada port masing2 la...tambah2 lagi harga murah ler plak,..tu yg tak bleh tahan tu..bedal jer ler..

pastu bila hujung minggu plak, time balik jumpa kawan2 kampung confirm melantak adalah agenda utama..bayangkan dah kul 11malam, aku dah siap sedia kat bilik nak tido tetiba dapat panggilan puaka dari kawan2 ajak lepak maplei...apa lagas...
ini lah menu utama aku..nasi lemak ayam double ngan telur atau kerang...korang bayangkan la..kalau tiap2 malam melantak menatang nih jam 12 malam keatas..n bila balik umah terus tido sampai tengah hari, bangun sbb mak panggil makan..rutin ni berlangsung sepanjang aku kat UPM..so hasilnya....

6 in 1 pack lah...

(sebaik masa nih dah ada awek...hahaha...kalau tak tau la ada yg nak ke tak...)

huishh...skang nih bila nak belajar utk mengurangkan sket nafsu makan pun dah agak payah..

so kepada mereka2 diluar sana...kawal2 la cara pemakanan anda agar tidak menyesal dikendian hari...

adios...

Friday, June 11, 2010

wOrLd cUp 2o1o...

kUrang dari 24jam sebelum sepak mula piala dunia tahun ni yg julung2 kali diadakan di benua afrika...aku cam biasalah, diantara berbilion peminat bola yg akan bersengkang mata melayan menatang nih..cuma mungkin aku tak macam sesetengah dari mereka yg akan layan every kesemua 64 perlawanan.

memang dah habit aku, layan bola kepada pasukan yg aku sokong atau perlawanan tumpuan jek..cuma sedikit ralat la sebab setiap 4 tahun kejohanan ni, still tak nampak lagi bila kelibat team Harimau Malaya kita nka beraksi sama, sama macam diorang gelarkan Blue Samurai kepada Jepun..kan best kalau tetiba diornag review team kita n sebut Harimau Malaya dalam pelat mat saleh..haha..entahlah....

sEtiap kali berlangsung nya temasya nih, aku akan set 4 team sebagai team pilihan aku utk muncul sebagai juara..kena pilih 4??? ntah senang kata kalau pilih 4 nampak senang sket team yg aku pilih berkemungkinan utk juara, kalau pilih satu payah tuh...hehe

ok utk tahun ni aku pilih THE AZZURRI, THE SAMBA BOYS, THE THREE LIONS n THE ORANGE...
pilihan utama aku utk tahun ni aku rasa brazil mampu utk mengembalikan maruah diorang yg terjejas dalam kempen 4 tahun lepas..satu antara punca naper aku cakap camni sebab brazil atau team amerika latin sangat menyerlah bila world cup berlangsung diluar eropah..kalau tak caya korang boleh kaji selidik sendiri...aku dah buat cuma malas nak kongsi jek..

cuma team ni agak kurang popular dari segi pemain bintangnya, berbanding sebelum2 ni yg rata2 bermain diliga eropah..team kali ni hanya Kaka, Robinho, julio cesar n beberapa jer yg aku kenal..yg lain aku tak pasti...

iTaly...aku masih lagi sokong team nih since tahun 2000 setelah diorang tewas ngan france kat euro..cuma tahun ni aku rasa diorang akan pulang lebih awal berbanding 4 tahun lepas..walaupun dilatih semula oleh Marcelo lippi yg membawa kejuaraan kat diorang sebelum ni..tapi skuad kali ni boleh dikatakan sebagai team kuda tua, kederat cannavaro, zambrota, buffon, camoranesi, pirlo, guttuso masih menjadi pilihan...aku tak terkejut kalau diorang hanya mampu pergi sampai suku akhir jek..bukan tak yakin ngan kemampuan pemain berpengalaman ni, tapi bola sepak moden mementingkan kepantasan dan aku tak nampak cannavaro mampu utk bertindak macam mana dia buat 4 tahun lepas hingga muncul Pemain terbaik dunia.....apa pun Forza Italiaaa.....

bElanda..walaupun pernah jajah bumi melayu nih..tapi sebab the beutiful of football menyebabkan aku pilih diorang...holland memang terkenal diantara negara yg mengamalkan corak permainanan menarik n skill individu yg tinggi selain dari brazil..cuma diorang ni selalu tak bernasib baik...cuma nasib sedikit malang bila robben plak injured..satu petanda yg kurang bagus utk team nih...

n the last team...England..skali lagi negara penjajah ni gak yg aku pilih..napa???sebab aku dah kenal hampir keseluruhan team nih...lagipun diornag dah terlalu lama tak pegang piala dunia nih yg pertama n terkakhir yg diornag pegang tahun 1966 tu pun sbb main kat england...cuma utk tahun ni diorang memerlukan LUCK sangat2 sebab sebelum2 ni diornag tewas akibat dari kesilapan pemain n kekalahan dari penentuan penalti...

cuma yg menjadi sedikit masalah bila team ni kekurangan pemain penyerang yg berkaliber..hanya mengharapkan pada sentuhan magis rooney..tapi yg bagus ngan team nih adalah general2 kat tengah padnag yg sangat penting dalam bola sepak..diorang ada, gerard, lampard, barry, carrick, joe cole, milner n beberapa nama lain lagi lah...

yg nyata..antara sebab kenapa aku rasa england mampu pergi jauh sebab kredibiliti capello..dier diantara coach/pengurus yg sangat bagus dan ada karisma sendiri..

cuma tulah yg aku boleh cakap..team ni memerlukan sangat2 LUCK...


so kepada peminat bola..layan2 gak tapi jangan sampai ramai yg ponteng kerja..hahaha..n aku pasti sangat gejala mc akan bertambah n EL pun akan bertambah gak...

adios...

Sunday, June 06, 2010

LagEndA bUdaK sEtan

aHadiat aKashah salah satu penulis peberet aku zaman skolah dulu..(ayat pembukaan ni jer dah menelanjangkan sifat diri yg dalam hati ada taman2 kristal kaler pink...) tapi aku pelik sangat, mahakarya die yg satu nih haram aku tak pernah baca pun..kewujudan buku di alam maya ni dalam tahun 84/85 camtu tapi sampai dah jadi filem pun, aku tak pernah baca..erm...mungkin dah tua kut aku nih...

aKu admire cara penulisan ahadiat nih..sebab apa yg dia tampilkan dalam watak2 cerita novel2 dier kebanyakannya senario yg ada dizaman sekolah dan kolej masa tuh...aku pun dah lama sangat tak membaca novel2 penulis skang..ntah la..dah kurang minat utk membaca novel2 meruntun jiwa ni kut..
entah lah...

sEmalam, aku dan isteri berkesempatan utk melayan movie Lagenda Budak Setan(LBS) ni di pawagam..sampai ke Alor Star aku layan..kebetulan aku gi melawat isteri kat sana, so nak mengempiskan dompet aku yg sedia kempis, kitorang layan la movie ni..
ada beberapa sebab kenapa aku n isteri nak layan cerita nih, 1st sebab tertarik dengan novel tu sendiri..saper tak nak tengok wei, novel yg dianggap paling laris skali dipasaran...2nd sebab tertarik dengan trailer movie ni, tertarik dengan cinematografi filem ni yg pada aku dalam kelas tersendiri...3rd sebab tengok barisan pelakonnya...

aku tak memberi harapan yg terlalu tinggi sangat kat filem nih sbb sebelum2 ni bila aku letak harapan yg menggunung tinggi utk filem Melayu, apa yg aku dapat lepas kuar panggung..KECEWA...so utk filem ni aku sekadar meletakkan diri aku sebagai penonton yg kuar ke shopping kompleks nak layan movie pastu dah tak tau nak tengok cerita per sbeab cerita yg nak ditengok fullhouse..pastu sebab kat dompet ada duit lebih rm10 yg abah pagi tadi pastu kalau tak guna sayang plak, so nak habiskan dengan cepat aku beli jer tiket wayang nih...(melampau tak alasan nih..aperaderhal..aku nyer blog..hehe)

saat kluar jer list nama2 mereka2 dibelakang tabir filem nih..

aku boleh letakkan filem ni sebagai BERBALOI UTK KORANG KUARKAN RM10 UTK TENGOK FILEM NIH...so adik2..akak2..bro2..der2.. yg lahir sebelum tahun 1985 rasanya korang patut spendkan masa utk layan cerita nih...

sekadar berkongsi apa yg ada dalam kepala aku lepas habis layan cerita nih...

apa yg boleh diharapkan sangat utk movie berdurasi 1jam40minit ni berbanding novel asal yg tebal 1000++ page..pasti sangat sukar kan..bagi aku yg tak pernah membaca novel ni mungkin boleh terima lagi filem ni, namun pada mereka yg memang admire ngan novel nih n mereka2 yg dah hafal susur galur watak2 kasyah, ayu, azmi n even katerina mungkin akan rasa sedikit kecewa la..

pada pendapat aku lah..filem ni patut dihasilkan dalam 2 part, part 1 adalah pada zaman kolej n 2nd part utk selepas ayu berkahwin..napa aku sebut bende nih sebab,dah tajuk filem LAGENDA BUDAK SETAN tapi perilaku setan yg kasyah n the geng lakukan hanya berjaya diterjemahkan tak sampai 3 scene dalam filem nih..pada aku sangat sayang la sebab penghasilan awal novel nih berteraskan pada perasan memberontak seorang lelaki yg membesar tanpa ibu dan ayah n kejadian silam yg meyebabkan dia anti perempuan...
Movie ni pada aku tersangat la laju...kat sini yg rasa sayang sangat, sbb mungkin filem ni akan lebih menarik jika watak kasyah n lelain dikembangkan...ini pun pendapatan peribadi aku lah yg cukup2 makan utk aku n isteri dan tak berapa tahu sangat pasal filem nih..maklumlah tengok movie pun kalau ada duit lebih bapak bagi....hahaha..

yg paling aku puji adalah watak kAsyah dari farid kamil n Azmi dari Que haidar...lakunan korang sangat superb..2tumbs up aku bagi...farid kau berjaya jadikan watak kasyah ni hidup dan buat aku percaya wujudnya lelaki yg sangat setia pada cintanya...kira cinta agung tahap dewa nih..
utk Que plak, aku rasa kau dah boleh la gantikan pelakon2 lelaki senior yg lain..kau berjaya mengubah expresi lakunan dari watak seorang yg cool n secara tiba2 boomm..meletup n kemudian menangis kekesalan..memang terbaek dari ladang watak kau nih...n aku percaya kau boleh menang pelakon tambahan lelaki terbaik utk anugerah akan datang...watak2 lain bukan tak berjaya tapi sangat berjaya contohnya watak katerina lakunan Nurfazura walaupun sekejap tapi impact dier sangat kuat, tapi 2 watak dari farid n que terlampau terbaek...keep it up...

so malas nak panjang2kan cerita, korang just pergi panggung sana n layan..tak rugi per pun...


***ada beberapa perkara yg aku rasa ralat sangat sepanjang aku berada kat panggung tu semalam..
pertama..susun atur kerusi kat panggung ni yg meletakkan tangga di tengah2 panggung..sedangkan kat situ lah view paling terbaek utk layan movie..dah la movie ni mula tepat pada waktunya yg pada ketika itu tengah ramai orang lalu lalang cari seat..sangat terganggu...
second..2 3 budak perempuan belakang kitorang yg sangat annoying...sepanjang layan movie tu,.ada jer yg tak kena pada mata diorang..ada jer bende yg nak dikomen..tolong la weh..jangan jadi macam orang tak pernah masuk panggung..bende tu sangat mengganggu, even perut pelakon pompuan dalam filem tu pun korang nak komen..macam la korang tuh perfect sangat...kalau ikut nafsu amarah syaitan dalam hati aku mau aku tempeleng barang sekeping 2 kat diorang nih..sebaik aku layan kat tempak hangpa..kalau hangpa mai sini mau aku tabuh..

akhir kata...
sembang kemaih..kencin beteraboq...

adios...

Friday, June 04, 2010

bOss....

what if your boss said this words to you????

"...frankly speaking to you....if this "site"(middle of nowhere) takder or doesn't give a business to us, it is mean YOU takder keje kat sini..you're nothing here...???

bila kena dekat aku..speechless...serius.. sangat sakit hati..seperti apa yg aku buat sebelum nih boss tak pandang pun..aku keje bersengkang mata atau lupakan waktu happy hour aku kat luar macam takder penghargaan pun...hanya sebab kesalahan yg aku rasa boleh settle dengan satu panggilan phone sahaja....

Senang kan jadi boss...
..ada lesen utk menyakiti hati pekerja tanpa rasa bersalah n tak perlu utk memohon maaf kembali...apa yg dia tau, esok keadaan akan kembali seperti biasa..no heart feeling..

pada mereka (boss2)..masalah ini pekerja akan lupakan dengan berikan bonus n increment setiap hujung tahun...

tapi tu lah dier kan..dah nasib orang makan gaji cam aku nih...semua tu kena telan walaupun pahit..dier yg bayar gaji kita, kalau tak suka cari kerja lain...

entahlah...

Wednesday, June 02, 2010

pErasAan Lelaki????

2 3 hari ni aku sempat belek2 balik posting2 lama aku...tak sangka plak dah lebih 50 posting yg aku keluarkan kat blog ni. tapi bukan itu yg aku nak highlightkan kat sini.. dari kebanyakan posting yg aku keluarkan, aku perasaan pembukaan ayat aku mesti pasal 'kecelaruan fikiran' dan 'ketensenan' aku..rasa macam dah jadi satu signature plak atau lebih kepada klise yg kepoyoan terlampau...

jadi..apa kena mengena pembukaan aku yg diatas dan yg sebelum2nya berkaitan dengan title posting kali ni????

jawapannya...TIDAK ADA LANGSUNG...(macam harram pun ada gak jawapan ni??? arghh lantaklah...yg baca pun aku sendiri....)

ok..berbalik kepada perasaan seseorang yg bernama LELAKI yg pada lahiriahnya nampak macho diluaran (ataupun bahasa budak2 skang nih..HOT la kunun...pigidah...) padahal hanchor didalam..(aperader hal...dah nama pun lelaki...)..yg mana still...

LELAKI pun ada perasaan,

kalau tak takkan la ada perempuan yg sanggup bergaduh sebab rebutkan seorang lelaki, ini menunjukkan lelaki ada perasaan ingin berkasih sayang...
kalau tak takkan la ada kes penderaan fizikal, mentaliti and sexualiti kalau lelaki takder perasaan amarah dalam diri...
(sekadar amik beberapa contoh la kan...saja jer kasi yg buruk2 kat lelaki sebab perempuan memang suka baca bab2 yg macam ni..kalau boleh segala puji2an harus dihadirkan utk wanita sahaja...hukhukhuk...)

aku pernah ditanya atau yg lebih tepat kita boleh klasifikasikan kepada 'kenyataan' oleh seorang yg bernama WANITA yg mana antara lain mereka menyatakan...

"aku hingatkan LELAKI macam korang ni tak reti nak amik hati...."

merujuk kepada pernyataan diatas ni, aku boleh beri satu kesimpulan awal mengenai WANITA yg mana, mereka ini yg dikatakan hati serapuh roti tisu, perasaan seperti berlari sambil membawa semangkuk penuh air yg mana harus dipastikan tidak akan ada setitis air yg tertumpah...TIDAK MENGAMBIL BERAT LANGSUNG TENTANG PERASAAN LELAKI....

macam ni lah cik kak, cik adik yer..,
lelaki biasanya ada polisi pendirian tersendiri...bende ni tak ada dalam akta pekerja 1955 malahan dalam akta hasutan sekalipun...polisi prinsip ini memang semulajadi ada dalam diri kami yg mana kami meletakkan HAD2 tertentu dalam sesuatu sebelum mengambil sebarang tindakan selanjutnya...
dalam kes diatas terjadi adalah hasil dari polisi prinsip hidup kami yg sebelum ini memberi cukup ruang utk bergurau senda, cukup ruang utk mengenali tahap limit amarah kami dan cukup ruang utk memperbaiki KECELUPARAN mulut dari seorang yg kami sayangi iaitu WANITA...
(aku pun tak pasti..korang paham ke tak dengan apa yg aku nak sampaikan nih...)

Yg nyata, limit2 diatas ini juga bergantung kepada keadaan seseornag itu juga..seperti wanita yg mana akan ada dalam sebulan hari yg penuh moody, begitu juga kami..dan nasib anda adalah tidak baik jika mengandaikan yg kondisi fikiran dan kewajaran fikiran kami adalah sama seperti semalam, adalah sama seperti sebulan atau sama sepanjang masa..

senang cerita...

"masuk kandang kambing mengembeekkk...masuk kandang buaya..Pweewiitt (bunyi ni terhasil bila cikgu masa aku form 5 dulu minta buat bunyi haiwan, n kitornag lelaki sependapat untuk menggayakan bunyi buaya seperti bunyi diatas)...."

adios...