kAdang2 agak susah utk seorang abg (bukan aku sorang jer kut yg rasa camni...) meluahkan apa yg dia rasa dalam diri...menzahirkan setiap permintaan dalam masa yg singkat dan memuaskan hati semua orang...ads
Wednesday, June 30, 2010
oLder bRotHer...
kAdang2 agak susah utk seorang abg (bukan aku sorang jer kut yg rasa camni...) meluahkan apa yg dia rasa dalam diri...menzahirkan setiap permintaan dalam masa yg singkat dan memuaskan hati semua orang...Friday, June 25, 2010
kAdaNg2 gUa peLik nGan dUnia hiBuraN ni.....
Hal prinsip Shahir Hal prinsip Shahir
JUJURNYA, masa orang sibuk bergosip pasal seorang artis baru nama Shahir, Marilyn tertanya-tanya, siapa mamat ni? Mukanya pun Marilyn tak dapat bayangkan macam mana, jauh sekali lagunya. Tapi bila Marilyn kata Marilyn tak kenal siapa Shahir, geng gosip yang duduk di hadapan Marilyn minggu lalu kata Marilyn ni macam katak bawah tempurung. Mereka kata, Shahir ini tengah meletup sekarang lepas jadi juara Akademi Fantasia 8 (AF8) baru-baru ini.
Marilyn kata pada mereka, sorrylah Marilyn memang tak hafal budak-budak AF yang terlalu melambak. Jadi Marilyn memang tak dapat kenal Shahir ke siapa ke.
Cuma yang Marilyn tertarik nak jentik Shahir sikit sebab geng gosip Marilyn meluat dengan prinsip dan peraturan yang dibuat Shahir. Kata mereka, Shahir ni macam nak tiru prinsip Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi yang ada peraturan bila bergambar. Shahir boleh bergambar dengan perempuan, tapi tak boleh mesra. Tak boleh juga bergambar rapat-rapat.
"Kami bukan nak suruh cium ke peluk ke dukung ke. Kami minta gambar mesra dari segi mimik muka saja atau letak tangan atas bahu. Tapi dia tak mahu. Kami hormatlah," kata seorang geng gosip Marilyn yang juga dapat pesanan berjuta kali tak benarkan gambar mesra Shahir dengan artis perempuan dirakamkan.
Dia pun tak nak pakai seluar pendek walaupun di bawah lulut. Ada yang melawak mungkin Shahir tak ada bulu kaki sebab tak nak pakai seluar pendek.
Paling Marilyn kelakar, teman Marilyn yang membuat liputanRakaman Aidilfitri Lebaran Diva Datuk Siti Nurhaliza yang menjemput Shahir sebagai penyanyi undangan memberitahu rakaman duet Siti dan Shahir terpaksa diulang kerana kedudukan Shahir dan Siti terlalu jauh.
"Sampai Siti terpaksa melawak, Datuk K tak ada di sinilah," kata teman Marilyn.
Tak cukup dengan itu, ada lagi geng gosip Marilyn kata, sewaktu ditanya tentang pendiriannya, Shahir lebih kurang berkata dia tak akan buat benda yang dia tak suka dan tak pernah buat.
Oh, macam tu ke Shahir. Marilyn tak kisahlah dengan prinsip Shahir. Tak ada masalah. Cuma Marilyn rasa, Shahir lupa agaknya, masa di dalam AF, dia kena juga bersentuhan dengan pelajar wanita sewaktu persembahan. Ada juga adegan mesra-mesra.
Satu lagi, Shahir kan tak pernah ambil gambar dengan media untuk promosi dulu. Jadi kenapa buat sekarang? Jadi sajalah artis, tak payah nak buat promosi sebab kerja ni pun Shahir tak pernah buat dulukan. Tak gitu Shahir?
Tapi Marilyn tak tahulah kalau prinsip Shahir ini juga 'dibantu' oleh pihak pengurusannya. Mungkin pihak pengurusan nak jaga agar Shahir kalis gosip, tapi mereka lupa, prinsip-prinsip seperti inilah yang akan membuat orang mengata artis anda.
Lagipun Marilyn percaya, pihak pengurusan sepatutnya sudah cukup masak dengan ragam dunia hiburan sebab ini bukan artis pertama yang dijaga. Sudah melambak. Marilyn harap pihak pengurusan atau Shahir tak melenting dengan teguran ini. Marilyn cuma tulis bagi pihak teman-teman media lain yang rasa sedikit meluat dengan prinsip dan pesanan-pesanan daripada 'penaja'.
Marilyn:Kalau semua tak boleh, jangan masuk AF, tapi masuk pencarian Imam Muda. Gerenti tak kena pakai seluar pendek atau ambil gambar dengan perempuan.
aKu kuarkan citer ni bukan sebab aku peminat Shahir atau peminat AF atau aper2 lagi ler...apa yg aku cuba nak sampaikan kat sini adalah KENAPA MESTI BENDE2 ALAH MACAM NI YG MEREKA2 (WARTAWAN HIBURAN) NAK KUARKAN DI AKHBAR2 DIORANG.....
"Cuma yang Marilyn tertarik nak jentik Shahir sikit sebab geng gosip Marilyn meluat dengan prinsip dan peraturan yang dibuat Shahir. Kata mereka, Shahir ni macam nak tiru prinsip Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi yang ada peraturan bila bergambar. Shahir boleh bergambar dengan perempuan, tapi tak boleh mesra. Tak boleh juga bergambar rapat-rapat.
"Kami bukan nak suruh cium ke peluk ke dukung ke. Kami minta gambar mesra dari segi mimik muka saja atau letak tangan atas bahu. Tapi dia tak mahu. Kami hormatlah," kata seorang geng gosip Marilyn yang juga dapat pesanan berjuta kali tak benarkan gambar mesra Shahir dengan artis perempuan dirakamkan."
HaL bergambar sesama artir berlainan jantina..kan ke elok prinsip penyanyi lelaki nih nak buat..apa wartawan hiburan ni suka agaknya anak2 melayu kita yg sah2 ISLAM bergambar berpeluk2kan...memang tak dinafikan yg kebanyakan artis kita ni kalau kat akhbar amik gambar punyalah sopan tapi kat belakang berpeluk cium bagai...tapi itu urusan dia dengan ALLAH...kita berbalik pada artikel kat atas, kan bagus kalau kita menyokong tindakan artis ni yg ingin menjadi contoh kepada anak muda generasi skang yg semakin kurang sifat KEMALUAN dalam diri...setiap orang ada cara mereka utk berdakwah n menerapkan nilai2 murni dalam kehidupan sebab diorang ni public figure dah sah2 menjadi tumpuan dalam setiap gerak geri diorang...
"Dia pun tak nak pakai seluar pendek walaupun di bawah lulut. Ada yang melawak mungkin Shahir tak ada bulu kaki sebab tak nak pakai seluar pendek."
ni satu lagi ayat mangkak yg kluar dari penulisan diorang, samada sluar pendek tu bawah lutut atau atas lutut, bila duduk atau mencangkung dah sah2 akan nampak gak lutut tu kak oii....aduyai..jahilnya lah diorang nih..patut la bila ada artis yg bergambar dedah sana dedah sini pakat2 buat senyap jek...
aku rasa dah penat kut utk aku ulas bende macam nih, setiap orang ada prinsip dan cara hidup tersendiri. hanya sebab terjun ke dunia glamour sementara nih kau kena korban prinsip n nilai2 murni yg dah sah2 mak ayah terapkan, so kita kena hanyut jugaklah...patutlah sekarang AGAMA kita seperti ditunjal2 oleh agama lain sebab penganut agama ALLAH ni sendiri yg meletakkan kedudukan nya utk dikeji..
dah lah..gua dah rasa JELIK..buat kurang pahala aku jer harini sebab marah2 n mengeji orang2 yg camnih...
adios...
Tuesday, June 22, 2010
mEtaLaSia......kAt mAna sKang eK????
aku tak sempat beli album nih, sebab masa tu aku nyer minta lebih kepada heavy metal muzik n establish band jek..(tapi sebenarnya..aku masih jahil lagi pasal muzik masa tuh..hehe)
so dari album ni lah aku terjatuh cinta ngan muzik Power Metal nih, walaupun ada dengar rungutan dari wartawan yg cover konsert ni mengatakan yg gabungan 3 lead guitar pada band nih termasuk CD Khanzab (lead guitar kumpulan Sil Khannaz) terlalu penuh n vocal tak dengar...pada aku itulah yg menarik tentang muzik Heavy metal atau Power Metal nih sebab bukan vocal yg kita pentingkan tapi Muzik itu sendiri dah memberitahu kita tentang 'perasaan yg ada dalam lagu tuh'...
masa kelahiran album ni, diorang buat promosi dengan mengadakan concert percuma yg diadakan di PWTC kepada pembeli2 album nih...n you know what, i'm the lucky ribuan peminat yg ada masa tuh..terima kasih pada awen n eddy yg ada skali masa tuh...dah la sesat2 nak gi PWTC, almaklumlah orang jahil jalan KL..tp still enjoy....dari live performance yg aku nampak, memang line up MEtalasia nih antara yg terbaek dalam negara nih...Thursday, June 17, 2010
cEriTa wOrld cUp 2o10...
ada juga alasan yg timbul akibat dari bunyik bingit vuvuvela yg menjadi tradisi di afrika selatan..aku kat sini pun naik hangit dengar bunyik nih, apa ntah lagi player2 kat situ kan..tapi patut ke benda ni jadi alasan kepada kegagalan mereka utk menyerlah...Tuesday, June 15, 2010
mAafKankU....
disini aku ingin mengambil segenap peluang utk memohon maaf kepada sesiapa pun yg terasa atau terkecil hati dengan penulisan aku dalam ni...maafkan segala kekhilafan dalam komen2 aku...Sunday, June 13, 2010
kEnanGankU....
masa tuh, sementara tunggu kawan nak gi kelas..aku bedal dulu twiggies ni sebijik, skang hanya jual 2 bijik jek, dulu dier jual satu paket 4 biji...
ini lah menu utama aku..nasi lemak ayam double ngan telur atau kerang...korang bayangkan la..kalau tiap2 malam melantak menatang nih jam 12 malam keatas..n bila balik umah terus tido sampai tengah hari, bangun sbb mak panggil makan..rutin ni berlangsung sepanjang aku kat UPM..so hasilnya....Friday, June 11, 2010
wOrLd cUp 2o1o...
kUrang dari 24jam sebelum sepak mula piala dunia tahun ni yg julung2 kali diadakan di benua afrika...aku cam biasalah, diantara berbilion peminat bola yg akan bersengkang mata melayan menatang nih..cuma mungkin aku tak macam sesetengah dari mereka yg akan layan every kesemua 64 perlawanan.
pilihan utama aku utk tahun ni aku rasa brazil mampu utk mengembalikan maruah diorang yg terjejas dalam kempen 4 tahun lepas..satu antara punca naper aku cakap camni sebab brazil atau team amerika latin sangat menyerlah bila world cup berlangsung diluar eropah..kalau tak caya korang boleh kaji selidik sendiri...aku dah buat cuma malas nak kongsi jek..
iTaly...aku masih lagi sokong team nih since tahun 2000 setelah diorang tewas ngan france kat euro..cuma tahun ni aku rasa diorang akan pulang lebih awal berbanding 4 tahun lepas..walaupun dilatih semula oleh Marcelo lippi yg membawa kejuaraan kat diorang sebelum ni..tapi skuad kali ni boleh dikatakan sebagai team kuda tua, kederat cannavaro, zambrota, buffon, camoranesi, pirlo, guttuso masih menjadi pilihan...aku tak terkejut kalau diorang hanya mampu pergi sampai suku akhir jek..bukan tak yakin ngan kemampuan pemain berpengalaman ni, tapi bola sepak moden mementingkan kepantasan dan aku tak nampak cannavaro mampu utk bertindak macam mana dia buat 4 tahun lepas hingga muncul Pemain terbaik dunia.....apa pun Forza Italiaaa.....
bElanda..walaupun pernah jajah bumi melayu nih..tapi sebab the beutiful of football menyebabkan aku pilih diorang...holland memang terkenal diantara negara yg mengamalkan corak permainanan menarik n skill individu yg tinggi selain dari brazil..cuma diorang ni selalu tak bernasib baik...cuma nasib sedikit malang bila robben plak injured..satu petanda yg kurang bagus utk team nih...
n the last team...England..skali lagi negara penjajah ni gak yg aku pilih..napa???sebab aku dah kenal hampir keseluruhan team nih...lagipun diornag dah terlalu lama tak pegang piala dunia nih yg pertama n terkakhir yg diornag pegang tahun 1966 tu pun sbb main kat england...cuma utk tahun ni diorang memerlukan LUCK sangat2 sebab sebelum2 ni diornag tewas akibat dari kesilapan pemain n kekalahan dari penentuan penalti...
cuma yg menjadi sedikit masalah bila team ni kekurangan pemain penyerang yg berkaliber..hanya mengharapkan pada sentuhan magis rooney..tapi yg bagus ngan team nih adalah general2 kat tengah padnag yg sangat penting dalam bola sepak..diorang ada, gerard, lampard, barry, carrick, joe cole, milner n beberapa nama lain lagi lah...
yg nyata..antara sebab kenapa aku rasa england mampu pergi jauh sebab kredibiliti capello..dier diantara coach/pengurus yg sangat bagus dan ada karisma sendiri..Sunday, June 06, 2010
LagEndA bUdaK sEtan

ada beberapa sebab kenapa aku n isteri nak layan cerita nih, 1st sebab tertarik dengan novel tu sendiri..saper tak nak tengok wei, novel yg dianggap paling laris skali dipasaran...2nd sebab tertarik dengan trailer movie ni, tertarik dengan cinematografi filem ni yg pada aku dalam kelas tersendiri...3rd sebab tengok barisan pelakonnya...Friday, June 04, 2010
bOss....
what if your boss said this words to you????Wednesday, June 02, 2010
pErasAan Lelaki????

