ads

Wednesday, June 02, 2010

pErasAan Lelaki????

2 3 hari ni aku sempat belek2 balik posting2 lama aku...tak sangka plak dah lebih 50 posting yg aku keluarkan kat blog ni. tapi bukan itu yg aku nak highlightkan kat sini.. dari kebanyakan posting yg aku keluarkan, aku perasaan pembukaan ayat aku mesti pasal 'kecelaruan fikiran' dan 'ketensenan' aku..rasa macam dah jadi satu signature plak atau lebih kepada klise yg kepoyoan terlampau...

jadi..apa kena mengena pembukaan aku yg diatas dan yg sebelum2nya berkaitan dengan title posting kali ni????

jawapannya...TIDAK ADA LANGSUNG...(macam harram pun ada gak jawapan ni??? arghh lantaklah...yg baca pun aku sendiri....)

ok..berbalik kepada perasaan seseorang yg bernama LELAKI yg pada lahiriahnya nampak macho diluaran (ataupun bahasa budak2 skang nih..HOT la kunun...pigidah...) padahal hanchor didalam..(aperader hal...dah nama pun lelaki...)..yg mana still...

LELAKI pun ada perasaan,

kalau tak takkan la ada perempuan yg sanggup bergaduh sebab rebutkan seorang lelaki, ini menunjukkan lelaki ada perasaan ingin berkasih sayang...
kalau tak takkan la ada kes penderaan fizikal, mentaliti and sexualiti kalau lelaki takder perasaan amarah dalam diri...
(sekadar amik beberapa contoh la kan...saja jer kasi yg buruk2 kat lelaki sebab perempuan memang suka baca bab2 yg macam ni..kalau boleh segala puji2an harus dihadirkan utk wanita sahaja...hukhukhuk...)

aku pernah ditanya atau yg lebih tepat kita boleh klasifikasikan kepada 'kenyataan' oleh seorang yg bernama WANITA yg mana antara lain mereka menyatakan...

"aku hingatkan LELAKI macam korang ni tak reti nak amik hati...."

merujuk kepada pernyataan diatas ni, aku boleh beri satu kesimpulan awal mengenai WANITA yg mana, mereka ini yg dikatakan hati serapuh roti tisu, perasaan seperti berlari sambil membawa semangkuk penuh air yg mana harus dipastikan tidak akan ada setitis air yg tertumpah...TIDAK MENGAMBIL BERAT LANGSUNG TENTANG PERASAAN LELAKI....

macam ni lah cik kak, cik adik yer..,
lelaki biasanya ada polisi pendirian tersendiri...bende ni tak ada dalam akta pekerja 1955 malahan dalam akta hasutan sekalipun...polisi prinsip ini memang semulajadi ada dalam diri kami yg mana kami meletakkan HAD2 tertentu dalam sesuatu sebelum mengambil sebarang tindakan selanjutnya...
dalam kes diatas terjadi adalah hasil dari polisi prinsip hidup kami yg sebelum ini memberi cukup ruang utk bergurau senda, cukup ruang utk mengenali tahap limit amarah kami dan cukup ruang utk memperbaiki KECELUPARAN mulut dari seorang yg kami sayangi iaitu WANITA...
(aku pun tak pasti..korang paham ke tak dengan apa yg aku nak sampaikan nih...)

Yg nyata, limit2 diatas ini juga bergantung kepada keadaan seseornag itu juga..seperti wanita yg mana akan ada dalam sebulan hari yg penuh moody, begitu juga kami..dan nasib anda adalah tidak baik jika mengandaikan yg kondisi fikiran dan kewajaran fikiran kami adalah sama seperti semalam, adalah sama seperti sebulan atau sama sepanjang masa..

senang cerita...

"masuk kandang kambing mengembeekkk...masuk kandang buaya..Pweewiitt (bunyi ni terhasil bila cikgu masa aku form 5 dulu minta buat bunyi haiwan, n kitornag lelaki sependapat untuk menggayakan bunyi buaya seperti bunyi diatas)...."

adios...

Wednesday, May 19, 2010

aPa yG pAra sUami hArapkan...

lama dah aku biarkan ruangan ni kosong utk diisi..namun coretan yg ingin dinukilkan hanya berada dalam lingkungan daya imaginasiku dikala penumpuan ku seharusnya diberikan sepenuhnya kepada jalan raya..tapi disaat jari jemari menyentuh petak2 kecil bertemankan screen lebar yg menyilaukan nih, semuanya jadi kaku dan gelap..otak aku kosong umpama gas detector yg baru aku calibrate semalam..hahaha..(ajer giler nyer ko ayat pembukaan nih..)

bercakap mengenai institusi kekeluargaan..seringkali kesalahan akan terus dilemparkan pada sang suami..memang tak dinafikan, kegagalan sang suami utk mengemudi bahtera rumah tangga menjadi segala punca benda nih....(tapi bukan ini yg aku nak nukilkan..)

di office..aku mendengar luahan rasa mengenai kelemahan, kebangangan, ketidak sempurnaan sang suami...
di blog..aku membaca rintihan pilu sang isteri akibat dari ketidakfahaman sang suami dalam mentafsir hati2 para isteri...
di tv..tatkala melayan adamaya(kantoi..aku bleh layan citer nih..hukhuk..lepas ni nak tukar tagline blog nih..pada putradalamhatiadataman...)..melihat contoh2 ketidaksempurnaan dan kegelojohan sang suami..(sebaik kau adam menyelamatkan maruah lelaki..hukhuk..)

....(ini ker yg aku nak cerita..????)

Luahan rasa Lelaki....

..kami tak sempurna sayang2 sekalian...walaupun luaran nya gagah, tapi kami bukan malaikat yg tidak berbuat dosa dan salah..kami masih manusia biasa..sering lupa n lalai..even kadang2 bila kami berseorangan dan bermuhasabah dengan diri kami, kami sering merasa sangat kecewa dengan apa yg kami dah lakukan..bukan sahaja pada orang sekeliling sahaja, tapi apa yg telah kami lakukan utk diri kami sendiri...

..berilah kami peluang dan ruang utk memperbaiki kelemahan dan kekhilafan dalam hidup ini,..seharusnya, kehadiran isteri dalam hidup kami adalah utk menjadi pendukung dan pemangkin kepada kekuatan kami..

..kadang2 keegoan kami yg menyebabkan kelemahan yg ada lam diri kami terpapar dihadapan mata kamu semua..tapi kena ingat, kerana keegoan ini jugalah yg membolehkan kami memilih dan mengambil kamu2 sebagai peneman dalam hidup kami...

nota betis kaki besar aku:..cerita nih tak habis lagi..nanti2 la aku sambung..sebelum tu aku nak tengok gak feedback nya..tak pasal2 aku kena banned plak nanti...

apa pun...adios..

Thursday, May 06, 2010

kOnsErt - mAsaLah bErgaNda cAriAn n sAyaP....

mAsa layan konsert sEarch dIawan biru dulu aku ngan awen ada bertukar pendapat n mempersoalkan..kenapa takder pihak yg sanggup menaja konsert gabungan dua lagenda rock nih Search n Wings, pasti gempak gila sambutan yg diorang akan dapat...

dan impian aku ngan awen terlaksa gak pada 1 Mei yg lepas..walaupun posting nih agak ketinggalan tapi aper aderhal...lantak aku ler nak kuarkan awal ker lambat pasal posting nih...dah nama pun blog aku bukan blog orag lain..hahaha..(aper yg ko mengarut ni man oii..cuba straight to the point kan senang....)

wAlaupun agak lewat gak kitorang dapatkan tiket atas kesibukan urusan harian, namun dah tertulis rezeki kitorang kan...ok tinggalkan pasal tiket tadi tu, cara camner kitorag dapat tak perlu nak huraikan lah,.dah sah2 gambar kat atas u tiket original kan, tak main la tiket2 black market nih...apa barang...
aGak lewat gak kitorang keluar dari rumah, terfikir juga akan berlaku kesesakan dan kepayahan utk parking kereta tapi tak terfikir yg kitorang akan hadapi kesesakan yg lagi worst dari yg lepas...setengah jam hanya sekadar utk kitorang cari parking jer, dah tu kena menapak plak 3 kilometer ke stadium tertutup, nak memburukkan keadaan hujan ler plak..hadoyai..sebaik semangat n kekentalan dalam diri kuat.. huhuh...(tengok jer lah aksi gambar diatas n gambar dibawah nih..tak nampak jalan pun wei...penuh n padat..)...
masa tengah melepak sambil tengok2 keadaan sekeliling..tak sangka plak shahril arsat n isteri dier ada skali petang tuh..pemain bola pun minat rock..haha..aper aderhal..janji layan..
dalam pada tu..awen bisik something kat aku..

awen: man, kau rasa aku ngan shahril ni ada iras2 tak???
aku : hah..erm...ader ler kut.. napa???
awen:sebab budak2 sekolah aku dulu selalu ckp muka aku cam dier..
kalau aku amik gambar ngan dier ok tak..
aku:belasah jer lah wei..

korang rasa seiras ker???ntah la..ader kut..pada ketinggian tuh..hahaha..
lepas jer dari pemeriksaan security, tengok keadaan kat pintu masuk..hamik kau..padat sepadat2nya...budget tak masuk lagi..so lepak jap ler sambil snap2 gambar sekeping dua....
skalinya hamik kau...gambar kat atas nih keadaan dalam stadium masa tuh..3suku stadium dah penuh..n pada pengamatan aku kat luar yg masih beratur kat luar tuh sama banyak yg kat dalam nih..pergh...muat ker stadium nih..(dalam hati dah menyirap dah..kenapa la takder pihak yg nak bwk konsert ni kat tempat yg lagi luas..ni bg kump dari seberang buat kat bukit jalil..sedangkan...)...
no komen pada diskriminasi yg berlaku....(kau pun wen cam tak puas hati jek...)
masa nih baru kul 8..ismahalil tengah mengomel utk membangkitkan semangat konsert sambil2 melihat beberapa peminat yg diusung kuar kerana pengsan..hadoi....(dalam hati dah cuak..aku bleh tahan ker nih...).. aku rasa kehadiran malam tuh mencecah 20000 gak ler..sebab aku dengar ramai lagi yg tak dapat masuk...sian...
countdown time...10...9..8..7..6..5..4..3..2..1.....
boommm...bergegar der dengan gabungan Search n Wings nih...bayangkan 2 drummer (yazid n black), 2 bassis (nasir n eddy)..3 gitaris (din, kid n joe) n 2 vokalis (amy n awie)...meremang jap bulu roma..Lagu opening yg pada aku sedikit kejutan kerana aku budget lagu berhantu duet diorag Gemuruh akan dijadikan lagu penutup nanti..tapi selambakodok jer jadi opening act...caya lah...

search n wings silih berganti dan saling iring-mengiringi seperti wings mengiring Amy utk lagu Balada Pemuzik Jalanan n Search iringi Awie ngan lagu Opera Hidup...memang terbukti diorag nih adalah gabungan terbaik dan setakat nih pada aku takder pengganti yg setaraf dengan diorag nih...

kebanyakan lagu2 yg dipersembahkan malam tu adalah dari album Double Trouble seperti Gema dinderaLoka, Mabuk 7 lautan, analogi puisi merdeka, paranoid..(jangan tanyer aku, ader gak antara lagu2 nih aku baru dengar skali..)haha...

sedikit sejarah la camner bleh wujudnya DT nih...pada tahun 1993, bila Tok Mat kita yg juga Menteri Penerangan masa tu menguatkuasakan sekatan dan pengharaman kepada kump2 rock yg beridentitikan rambut panjang melebihi paras bahu...maka mereka yg menjadi pelopor ni akur utk memotong rambut dihadapan jutaan peminat yg menyaksikan melalui kaca tv..(masa tuh ader ker LCD semua nih..takder rasanya..)..maka atas beberapa perkara yg jadi kat mereka mereka kuarkan album Double Trouble sebagai mengenang 2 kumpulan yg ada masalah yg sama..haha..lebih kurang la kan...nak tahu lebih gi arkib negara sana...
Namun..pada aku..moment paling terbaik adalah bila 9 orang nih bergabung n silih berganti menyanyikan lagu2 berhantu seperti, Rozana, Taman Rasyidah Utama, Gadisku, Semalam yg hangat, misteri mimpi syakila meniti titian usang n Nurnilam sari..bergema satu stadium..tu belum lagi lagu wajib Isabella yg pada amy seperti lagu Negaraku gak la utk search....pada aku nih lah aura 2 kumpulan lagenda nih...

lagu2 lain, immenuelle, sejati, isi atau kulit, Kau Masih Berdegil, cakap memang mudah...n closing plak mereka pilih lagu RnR Lu Punya Suka dan Pasti...memang terbaek dari ladang.
rasa cam tak puas jerk..kenapa la diorang tak extend barang 2 3 lagu lagi..sesekali belanja, apa salahnya...
muka penat n puas hati bila dapat tau..permit utk konsert nih hanya sampai kul 12 siap kemas wei..giler keji..diorag habis konsert pun dah kul 11.45 malam..nak kuar dari stadium pun amik masa sejam..ajer tak ker giler nyer tuh...
penat berdiri n menghidu asap...tapi puas hati la...
berangan macam la dier yg buat konsert..hahaha
double yg tak la berapa nak trouble...
satu snap dah la...lebih2 plak...
'jap ye bang..orang ramai tuh tak leh nak kuar'...antara petikan alasan bila security guard dah arahkan kuar dari stadium sebab kuda semua mogok tak nak tido selagi kitorang tak kosongkan lapang sasar diorang...

Utk korang...aku tinggalkan klip rakaman ikhsan dari awen pada ketika Search mendendangkan lagu Isabella...rasakan la gegaran nya...


Alhamdulillah..dari segi kepuasan aku boleh cakap mencapai tara ****...yg satu bintang aku nak komen bab ketinggian pentas yg agak rendah..kesian pada mereka2 yg agak loward..sedangkan aku yg berketinggian standard bagi masyarakat Malaysia pun turut terseksa dan mengharapkan pada screen layar utk tahu apa aktiviti diatas pentas...

Tak munasabah utk kita membandingkan 2 group nih memandangkan kedua2nya bermula pada era yg berlainan dan berbeza aliran muzik walaupun pada dasarnya ditunjangi Rock...Search yg merupakan perintis kepada muzik rock bermula awall 1980 bertunjangkan aliran Rock n Roll..manakala Wings bermula 1987/88 menerapkan unsur Blues dalam rock mereka..apa yg menjadi kepastian gabungan mereka sangat hebat...

dari segi showmanship plak...Wings mendominasi dengan lagak Awie yg lebih bertenaga,Amy superb seperti biasa cuma mungkin masalah kesihatan menyebabkan seperti ada gangguan pada Amy...manakala Joe..lu memang superb, Gibson les Paul memang sangat serasi dengan jiwa lu...sound Joe juga sangat superb berbanding Kid..aku tak pasti adakah ada masalah teknikal atau memang gadget Joe lagi superb dari Kid..benda ni kita boleh lihat apabila sound Wings yg bermain 3 pieces seimbang dengan Search yg menampilkan 2 gitaris..dari sklill ketiga2 gitaris seimbang...drummer plak..dah sah2 Black lagi bertenaga berbanding Yazid, satu faktor sebab yazid seperti sedia maklum baru keluar dari hospital penyakitnya..yg palibng ketara adalah perbezaan umur mereka la..

nota betis kaki : pada mereka yg berada diselatan, nantikan la kemunculan diorang ni distadium larkin pada 17Jun nih...

Tuesday, May 04, 2010

aKhirNya kAu pUn pErgi jUa...

kIta tinggalkan la dulu posting pasal pengalaman aku melayan konsert paling gempak n sangat2 aku nantikan, konsert DoubleTrouble Search n Wings...masih ada gambar2 lain yg aku takdapat lagi so tunggu la dulu...(wen, apa lagas jangan malu2 hntr gambar)..

Sebenarnya posting ni dah lama aku pendam dalam kepala hotak aku nih..cuma masalah internet yg cam harram nih membuatkan hajat aku utk masukkan citer tergantung camtu jek..so malam ni (pagi dah nih..) aku nekadkan gak la utk teruskan niat suci murni

dah 3 minggu satu lagi harta 'kesayangan' aku pergi meninggalkan seribu satu kenangan dalam hidup aku n family...kEreta pertama yg aku beli tahun 2003 telah selamat mendapat owner yg baru..sedih??? confirm la aku sedih...harta pertama yg aku beli setelah menjual motor sekadar utk mendapat kan modal utk bayar downpayment...

kenapa aku jual??? ntah la..kecewa pun ada gak bila satu2 masalah yg timbul..so aku berpendapat dah tiba masanya aku lepaskan dier utk berkhidmat dengan tuan yg lain...banyak kenangan aku dengan kereta tu..ialah lebih dari 7 tahun aku hidup ngan kereta tu mesti la banyak kenangan yg timbul..n sedikit ralat bila tak banyak rupanya gambar yg sempat aku abadikan dengan kereta nih..terkilan pun ada gak...takpe lah dah bukan rezeki aku utk teruskan hidup bersamanya...(giler babas jiwag tahap dewa...hukhuk..)
kenangan paling indah kut dengan kereta nih..masa ni second time join konvoi jelajah sempena Hari Merdeka...masa ni jelajah selangor-perak-penang-kedah-perlis...sampai gak ngan keta nih..hukhukhuk...
kenangan ngan bakal isteri(masa ni lah..skang dah jadi isteri pun..)..masa nih konvoi pertama yg diuruskan sendiri...jelajah selangor-n.sembilan-melaka-johor...
ni plak geng 3 jahanam lepas balik dari family day ke PD...

apa pun..kepada WJX1409...terima kasih kerana berkhidmat dengan baik pada aku..isteri..kuarge ku...kawan2 ku...dan kepad sesiapa jer lah yg merasa naik kereta nih..

tErima kAsih...

aDios...

Tuesday, April 27, 2010

pOlitik dipEjabat???? aDa kEr???

bEnda ni aku hanya fikir terjadi pada syarikat2 yg besar jerk..yg mempunyai pekerja melebihi 50orang yg mana ada bermacam2 department dan ada berbagai kerenah2 ketua2 department masing2,,(braper punya banyak 2 nih...)

aku tak sangka yg aku sendiri akan menghadapi dengan menatang nih...ingatkan company kecik cam company aku nih, benda2 ni aku tak perlu la hadapi..tapi still ada juga..

itu lah orang2 lama ada cakap..kita manusia rambut sama hitam, tapi hati lain2..dan hati yg lain2 ni lah yg paling bahaya sebab kita tak tau agenda tersembunyi dalam diri masing2...aku sebenarnya malas nak berhadapan dengan benda2 alah nih..faedah akhir yg akan dapat adalah BOSS kita sendiri sebab pekerja2 dia dah jalankan kerja utk dia...dia hanya dengar n amik tindakan..at the end, relationship yg ada dalam office tu semakin jauh..

yg paling mendapat kreadit adalah syaitan2 yg sentiasa mengekori kita..menatang nih dah berjaya mengubah hati manusia dari putih kepada hitam...

akhir kata..aku kecewa n sakit hati jika perkara2 nih jadi..sepatutnya kita sama2 berganding bahu utk memajukan diri masing2 bukan dengan MEMIJAK KEPALA ORANG LAIN UTK NAIK KETINGKAT ATAS..kan bagus kalau guna anak tangga naik satu tingkat ke tingkat seterusnya..semua orang happy...

sampai bila wei???????????????

Friday, April 09, 2010

cEriTa dAri sAbaH....

setelah 4 hari menghirup udara borneo di tawau sabah, harini aku sampai ke pondok buruk yg kesunyian nih..badan n kepala penat sebab masalah system yg ntahapantah...nak kater ada banyak citer dari sabah pun tak juga, nak kater takder cerita pun tak leh gak, takkan la 4 hari kat sana takder cerita kan??...kalau aku nak cerita pasal kerja aku confirm korang dah tekan tanda pangkah kat sebelah kanan atas tu kan, sebab takder aper yg menarik tentang kerja aku pun, even isteri aku sendiri pun boleh bantai tido dengar aku cerita pasal kerja...(aper yg aku membebel ke laut nih...)



Cerita pertama yg aku nak kongsi..erm..kat sini (sabah) aku mempelajari apa yg dinamakan ENTERTAIN CUSTOMER..dulu aku sekadar dengar cerita dari abg2 senior time buat praktikal dulu dan aku berharap aku tak berhadapan dengan bende nih..tapi kini aku dah pun MENGHADAPINYA...yg aku paham mengenai ENTERTAIN adalah bawak makan, n gelak2 jer lah, sekadar mengeratkan hubungan antara customer n supplier..tapi apa yg aku hadapi di Sabah jauh berbeza dengan apa yg aku paham..memang aku kena belanja makan n minum diorang tapi bukan kepada AIR KENCING SYAITAN..dan aku hampir2 menjadi mangsa pujukan diorang utk cuba benda tuh..nasib baik la diorang ni pun ada rasa hormat tentang pegangan aku..walaupun aku sendiri kadang2 ada rasa sangsi dengan makanan yg masuk dalam badan aku nih tapi aku takkan sekali2 menyentuh MINUMAN tuh..dalam gelak2 n borak2 tuh diorang boleh habiskan 6 botol sedangkan aku terpaksa membatalkan puasa AIR BERKABONAT yg hampir sebulan bertahan, giler..terpaksa aku order air coke walaupun kena gelak n kena kutuk jer ngan GRO2 kat situ...argghh...pi lantak la dengan kutukan diorang asalkan bukan Yang Maha Esa kutuk aku sudah...(diakhir cerita, aku bernasib baik sebab aku takperlu bayar kos minuman diorang. diorang bayar sendiri mungkin sebab tak sampai hati tengok aku yg seperti rusa masuk kampung..)



cerita kedua plak still berkisar ditempat ENTERTAIN CUSTOMER tadi...sedikit ralat kat aku bila ada diantara customer yg ikut aku adalah ORANG ISLAM n kesemua GRO yg ada kat situ boleh aku katakan ORANG MELAYU..dan dengan selamba meneguk AIR KENCING SYAITAN...dan nak menambahkan ilmu pengetahuan dari aku bila MUMMY yg uruskan GRO2 nih cerita kenapa tak datang semalam (means hari sebelum kitorang datang ler..) sebab ramai BULAN n BINTANG (cewek2 lah...) n kebanyakan diorang adalah belasan tahun dan ada yg akan amik SPM tahun nih..alasan gadis2 nih buat part time kat tempat tuh sebab KALAU DIORANG TAK KERJA KAT SITU DIORANG AKAN BERPELESERAN DENGAN PAKWE MASING2 N DARI DIORANG HABISKAN BERGELI2AN DENGAN PAKWE YG DAH TENTU2 TAK BERAPA NAK LOADED BAIK DIORANG BERGELI2AN DENGAN CUSTOMER KAT SITU, AT LEAST ADA BAYARAN..YER LAH DARI BAGI ORANG RASA SECARA PERCUMA BAIK 'ORANG MEMBERI KITA DIRASA'..bila aku dengar camtuh, aku speechless..tak tahu nak komen per..apa yg aku buat sekadar amik air tin coke aku n minum pelan2 supaya tak habis cepat..


ni lah realiti yg jadi kat bandar sekecil Tawau..apa agaknya yg ada kat bandar sebesar KUALA LUMPUR ek???????


adios...

Sunday, April 04, 2010

bOlaSepAk iTu kEjam....


malam nih agak mengecewakan n sedikit mengganggu emosi hidup aku..semuanya mengenai nasib pasukan bola sepak sokongan ku...

memang benar kata2 orang yg BOLA SEPAK ITU KEJAM...

malam nih 2 pasukan sokongan ku tumbang..yg plaing mengecewakan ialah keputusan melibatkan saingan Piala FA antara Selangor dan Negeri Sembilan..yg lebih mengecewakan adalah kemenangan yg diraih hanya sekadar penyedap mata melihat keputusan,,hakikatnya selangor gagal utk layak ke final atas tiket jaringan gol ditempat lawan..
yg lebih mengecewakan aku atas kelemahan pengadilan dalam liga malaysia nih..tidak manis utk meletakkan kesalahan atau kegagalan setiap pasukan itu kepada pengadil semata2..

tapi inilah yg dinamakan KEKEJAMAN dalam bola sepak...bila pengadil gagal utk menjalankan tugas dan memberi setiap keputusan dengan tepat maka akan ada pihak yg kecewa dan terpaksa menerima kekalahan..BENAR, selaku pengadil, mereka hanya ada beberapa saat sahaja utk membuat keputusan berbanding dengan kita yg menyaksikan dirumah yg ada ulang tayang 4 5 kali..tapi dalam kes perlawanan malam tadi, semua penyokong yg berada distadium sendiri menjadi saksi takkan la 2 org pengadil tidak dapat melihat dan membuat keputusan yg benar..dan jika keputusan itu diambil mungkin keputusan akhir akan berubah...

nak buat camner kan..kena la terima kekalahan..kita kena terima hakikat tahun ini bukan tahun selangor utk menjulang piala fa...dan sepatutnya selangor kena melihat kepada kelemahan pasukan sendiri sebelum meletak kesalahan kepada bende lain atas kegagalan ini...

so..adios...

Wednesday, March 31, 2010

akHirnYa diA pErgi jUa....

sEmalam hari yg agak mandom utk aku...huhuhu..bermula dengan sangkut jalan jam nak masuk opis dari site, pastu sangkut skali lagi masa balik dari opis sampai cancel nak gi stadium...then Selangor n Man U pun kalah gak semalam...huhu..sroott..srroott...ditambah dengan satu lagi berita yg amat menyedihkan aku...

kenapa???? kenapa???kenapa waktu ni kau pergi meninggalkan aku...kenapa bila masa aku memerlukan seorang teman kau tinggalkan aku bersendirian...huwaaaa...huuwaaaaa...

balik dari kerja semalam...spt biasa aku akan tegur kawan karib aku kat umah..Mr Tommy..huhu..selalunya dia akan menyahut dengan palingkan muka kearah aku..tapi semalam, beberapa kali aku panggil dia tak menyahut pun..tubuhnya kaku...dia telah pergi meninggalkan aku n mimi utk selamanya...tommy..tommy...

akhirnya kau pergi jua...
keadaan awal bila aku nampak tommy semalam....
setelah disahkan pergi...huhuhu
selamat tinggal tommy....

tommy..kau dalam kenangan dan tiada galang ganti utk kau...terima kasih kerana memenuhi kesunyian ku dirumah..terima kasih kerana menjadi peneman n keluarga dalam hidup aku dan isteri...

adios..