ads

Wednesday, July 28, 2010

LaGi2 fB.....

eRmm....pagi td otw gi site terdengar kat radio luahan rasa seorang suami yg mengesyaki isterinya ada hubungan terlarang yg terjalin akibat dari laman2 sosial..especially nya FB ni ler...then last week one day after my last articles juga ada luahan rasa seorang suami yg turut tidak senang dengan gelagat isterinya ber-FB2 ni ler...

aku tak salahkan FB atau laman sosial yg lain..cuma yg aku salahkan adalah penggunanya sendiri...sebab pada aku banyak gak kebaikan dari FB nih walaupun aku tak menyokongnya dulu la..disamping menjadi medan kepada kita utk mencari kenalan2 yg dah lama kita tak berjumpa atau ada sebahagiannya yg menggunakan utk sebarang bidang perniagaan (yg ni aku tak berapa sokong sbb menjadi mang kluar duit adalah aku..ceh....)...

tp nak buat macam mana kan..dah sifat manusia dengan sedikit pengaruh syaitan maka akan hanyutlah pada sesiapa yg lalai...
dalam kes pagi tadi, ada seseorang tu meluahkan perasaan bagaimana dia cuba utk tidak mengatakan yg isterinya CURANG tapi naluri kejantanan nya menyatakan kemungkinan berlakunya perkara2 yg menjurus ke arah itu yg menyebabkan dier bertindak menyiasat dan yg mengezutkan apabila dia dapati isterinya berMSG2 dengan kenalan lama dengan cara msg yg rasanya hanya sesuai jika suami dan isteri sahaja gunakan...

bergitu juga cerita yg aku dengar minggu lepas apabila si suami yg merasa pelik tentang perubahan tingkah laku isteri yg asyik melayari laman sosial..dan bila dia berjaya mendapatkan username n password n bila buka jer FB dier dapati gambar2 isteri tercinta yg ada dalam gallery photo sangat mengaibkan dan ada jantan2 lahanat lak yg komen berbaur lucah DAN yg tak best nyer lagi, si isteri ni makin di komen makin lupa daratan plak...

aku??? terkejut n geleng kepala jek..sebelum ni bila kita cerita tentang kecurangan hanya yg ada dalam kepala adalah LELAKI yg lakukan..tapi dalam zaman yg serba moden ni aku dah banyak dengar tentang kecurangan si isteri...erm..saper nak salahkan ek??? (malas aku nak pikir buat masa nih...)
Kalau lelaki curang mungkin aku boleh cakap disebabkan oleh nafsu lelaki tu sendiri laa dan memang dah jadi sifat lelaki kan yg KASIH SAYANG dalam diri terlalu banyak..so kena la kita distribute kan kepada wanita2 lain...hehehe..(minta2 la isteri aku tak baca part yg nih...hahaha...bukan takut isteri tapi dier jer yg tak berapa nak takut ngan aku...)

tapi dalam zaman yg serba moden nih, rasanya bende yg dulu mustahil skang dah jadi perkara biasa plak kan...
so pada aku..bende2 macam ni tak perlu terjadi kut..sebab kepercayaan yg pasangan kita dah bagi utk kita gunakan sebarang laman sosial bukan utk dijadikan medan menunjukkan aset yg khas utk suami atau menjadi medan bercengkerama..tapi gunakan lah kepercayaan tu utk kebaikan...

utk mengelakkan bende2 ni jadi..aku rasa baik fikir dulu matlamat asal kenapa nak ada menatang nih..kalau rasanya matlamat tu songsang, baik tak payah teruskan..n satu lagi, utk mengelakkan sebarang syak wasangka, ada baiknya username n password kita tu diketahui oleh pasangan masing2...kenapa tak boleh kan...kita hidup suami isteri kena ada sifat percaya dan tidak ada selindung2 nih...

bukan aper..biarlah keputusan berpisah atau terjadinya sebarang perpisahan dalam perkahwinan tu adalah disebabkan oleh ajal maut dan ketentuan dari ALLAH SWT..dan bukannya disebabkan oleh menatang FB nih....

so...aku malas nak bebel lebih2 sebab aku ada isteri yg aku perlu jaga n pastikan perkara macam ni tak jadi kat aku...

adios....




nota hidung kembang aku: kalau dah tak suka cakap.....

Friday, July 16, 2010

mUkabUku aKa fAcebOok...??????

fAcebook.....naper aku rasa berminat plak nak ulas tentang menatang nih...entahlah..dah takder cerita kut nak aku kongsikan atau sebenarnya ada tapi takder mood nak menulis kepada perkara2 yg sangat kompleks... tapi yg pastinya sebab facebook ni tengah jadi kegilaan kut...

tapi aku bukan nak cerita pasal apa itu facebook ker???saper pencetusnya??? n apa kegunaannya??? tapi ada bende lain lagi yg aku nak highlightkan...so kita start cerita serba sedikit cmner aku pun boleh terjebak dalam FB nih...aku sebenarnya dah malas nak layan laman2 sosial nih, dulu aku ada akaun friendster,,n apa jadik??? bende tu berkarat camtu jek...
then bila wife aku start berFB nih..aku tak setuju sangat sebab dier banyak habiskan masa main game yg ada dalam FB nih...bercucuk tanam ler..masak2 ler..ternak ikan ler....macam2 ler...
itu antara sebab kenapa aku tak setuju ngan bende alah nih...buang masa wei....
then bila ada kawan2 yg dalam kelab kata,...man, buka lah akaun FB wei..boleh kita kongsikan n perluaskan lagi kelab kita nyer empayar...katernyer ler...bila fikir balik, mungkin betul juga...

pada mulanya, aku ingat just nak buka akaun FB utk kelab aku jerk..tapi dah jadi polisi FB nih yg hanya membenarkan akaun dibuka atas nama persendirian jek..maka aku buka juga lah guna nama aku n buka page utk KELAB aku.....
so layari lah ---> gb4bmeru (promo la sket kan...hehehe)

ada beberapa perkara menarik yg aku perasan bila aku ada akaun FB nih...

1st...
dah jadi macam jejak kasih plak..sebab aku jumpa kembali kawan2 zaman sekolah sampai ler ke zaman dah keje nih...boleh tahu perkembangan kawan2 la...n yg penting..monitor perubahan saiz n bentuk badan...hehe

2nd...
bila ada apa2 occasion jek,..dah tak payah ler nak sms2 nih..just sent invitation jek n diorang akan bagi respon immediately...(benda ni berbeza berbanding sms...yer lah kan..seposen tu mahal nak balas sms compare kalau kita beli kasut timberland ker...tukar sportrim 22" ker kan...)

3rd..
aku rasa pengasas FB sangat bijak..sebab dier buat laman sosial yg sesuai utk berbagai peringkat usia...tak kira lah kau umur 67thn ker..atau kau berumur setahun setengah (ni kalau baby nih reti ler nak bersosial kan...)..kalau nak compare kepada myspace n friendster..rasanya FB nih penggunaannya lagi luas ler..

tapi....
dalam banyak2 perkara positif yg ada..aku perasaan ada beberapa perkara yg taksedap langsung utk mata aku tengok dan membuatkan aku rasa nak membebel jap..hehehe (petanda usia makin lanjut...)

1st...
penggunaan ayat bila someone to nak share something kat wall dier atau komen something kat wall sendiri atau orang lain...kadang2 ada yg kluarkan ayat2 tak seronok nak dibaca ler senang cakap..tak kira lah lucah atau pun kasar...aku tahu..aku akan dapat jawapan..lantak ler..dah wall aku, kau nak sibuk kenapa...tu aku tak kisah ler..cuma nak ingatkan...TAHAP KEIMANAN SESEORANG ITU DI NILAI DARI AYAT PERTAMA YG KLUAR DARI MULUT2 MEREKA... aku tahu aku tak ler bagus mana bab2 agama nih..sekadar utk mengingatkan diri aku sendiri n kawan2 jugak...samaada nak terima atau tak terpulang....

2nd...
aku tak berapa gemar bila ada yg kluarkan POST terlalu ABSTRACT....seperti...
..i'm fLy.....(tanpa meletakkan apa2 gambar yg menggambarkan apa yg dier tulis...)
..~BLANK~ n macam2 lagi ler..aku rasa pada yg ada FB nih confirm perasan benda alah nih...kenapa aku persoalkan menatang nih..pada aku kalau kita nak luahkan something atau nak buat sesuatu kita kena ada matlamat...tapi kalau dah tulis ~BLANK~ camnih...baik tak yah tulis langsung..entahlah..tapi mungkin nak biarkan wall dier cantik kut...entahlah...
pada aku..takder masalah kalau ada yg tulis..'ok bye..nak balik dah...'..at least aku paham ler hasrat utamanya...dari benda2 abstract yg lain...nanti apa yg kita nak sampaikan takut disalah tafsirkan oleh orang lain...kan ker tak bagus camtu...

3rd...
penggunaan bahasa atau typo stail SMS....wei..tolong lah...kalau SMS tu aku tak kisah sangat sebab nak jimatkan space...tapi kat FB bukan kena bayar pun...apa lah salahnya tulis dengan penuh atau kalau malas sekalipun takkan la tak leh guna shortform yg boleh difahami...entahla...

sorry ler..kalau aku ada berkasar bahasa dalam menterjemahkan apa yg aku alami dengan kegilaan FB nih....cuma dah rasa annoying n penat sangat ler...kan bagus kalau kita gunakan jaringan sosial ni utk meningkatkan lagi kehidupan n kematangan dalam diri kita...

sekadar meluahkan rasa...pada yg terasa, mohon maaf aku pinta...pada yg tak paham, lantak ler...

adios...
..

Saturday, July 10, 2010

sEjaRah aWaL mUziK mEtaL daLam hIdup aKu....

tErasa cam nak kongsikan sesuatu jek...aku rasa aku tak pernah reveal lagi camner influence muzik metal boleh masuk dalam jiwa aku...

pembabitan awal aku dalam meminati muzik rasanya hanya berkisar kepada lagu2 popular zaman sekolah rendah dulu, tapi memang yg nyata dari kecik lagi aku suka dengar muzik..tapi masa tuh mana ada istilah donlod2 nih, yg ada radio kecik berkuasakan bateri AA atau A jek..layan ler lagu2 rock kapak yg kluar time Pilihan Bersama Radio Muzik n carta 10 nescafe...(masa nih sanggup dengar radio dari bawah umah orang sebab radio kat umah rosak....)

sO aku hanya dengar aliran muzik yg kluar dari corong radio masa tuh jek sehingga sepupu aku saudara APAI yg minta aku dengar satu lagu kumpulan FTG lagu Spirit To Rebel...

korang dengar la sket..hehehe tu pun kalau jiwa korang boleh terima muzik camnih la...


1st time dengar memang rasa cam tak leh terima sebab terlalu keras (berbanding lagu2 biasa yg aku dengar laa..)..then selang 3 4 bulan lepas tu aku teringat balik kat lagu tuh, aku tanyer sepupu aku apa nama kumpulan n apa tajuk album tuh...dengan berkat mengumpul duit hasil duit blanjer sekolah n berjaya memujuk mak aku utk bagi sket sumbangan aku cari album penuh kumpulan nih...
album spirit to rebel dari FTG keluaran tahun 1994 camtu kut.....album kedua diorang atau boleh consider yg ketiga la sebab album pertama diorang just kluar EP jerk bertajuk Freedom That's Gone sempena maksud kumpulan diorang FTG...

album ni aku layan kat walkman n lama2 aku jatuh cinta ngan muzik Metal nih, walaupun aliran utama kumpulan ni Thrash Metal seperti kumpulan Cromok...

yg membezakan FTG ngan Cromok pastinya susunan muzik dan penyampaian nya..FTG pada aku lebih soft sket dari Cromok dan penyampaian vocal n lirik yg lebih jelas...Cromok plak memang aku tak paham apa yg sam / din nyanyikan..hahaha (tu nanti aku reveal kemudian la...)

Alang2 aku dah cerita pasal FTG nih..aku cerita la serba sedikit latar belakang kumpulan nih...kalau tak silap aku laa...(kalau salah tolong betulkan ler...), muzik cam diorang ni memang hanya underground scene sahaja yg menerima diorang..line up asal kumpulan nih..
Ibat karim / Bart - vocal
Mohd Isa Mohd Rafli / Jac - guitar
Mohd Nizam Mohd Shariff / Zam - Drum
Azmie Ibrahim / Mie - bass

tapi skang rasanya line up diorang dah tukar, Bart dah digantikan ngan Tajul, Mie plak dah digantikan ngan hashim (ex-sil khannaz, brain dead, the pilgrims)...kenal ker???hahaha aku pun tak berapa kenal, tapi band cam Sil khannaz n The pilgrims pernah ada dalam senarai kaset yg ada dalam koleksi aku ler..(retro giler, kaset tuh...)

oK..since then aku dah jadikan FTG sebagai akunyer band idol n pemangkin minat muzik mEtal dalam hidup aku..
apa yg aku boleh kata, muzik diorang adalah Thrash Metal dan lirik2 lagu diorang kebanyakan nya adalah luahan rasa pemberontakan dalam hidup dan perjuangan atau survival dalam kehidupan..(trend nih memang standard bagi band aliran underground...)..boleh tengok dari title2 lagu2 diorang la..contoh
Spirit to Rebel
Freedon That's Gone
Farewell to goodness
60 days in hell....
(sekadar menyebut beberapa lagu yg aku hingat la...)..



















dua kat atas nih adalah 2 generasi album yg sempat aku miliki...kenapa aku cakap 2 generasi??? sebab.. album To The Front (1996) adalah album terakhir Bart selaku Vocalis dan album full inggeris diorang yg aku boleh consider yg terakhir la...
pastu bila Bart undur diri, Tajul ganti ngan vocal yg lebih garang dan kluar la Full album Melayu pertama diorang Aku Tak Peduli...dari segi muzik masih kekal identiti FTG yg berbeza pastinya vocal..

dari 2 album kat atas nih, aku rasa To The Front adalah masterpiece bagi FTG..aku pun payah nak cakap kenapa aku minat, mungkin dari segi susunan muzik yg matang dan killer song yg banyak dalam album nih....
salah satunya lagu kat bawah nih...lagu Song From The Unwanted Son...lagu ballad pertama yg diorang buat...pertama kali dengar tergezut gak, walaupun cam sedikit kelakar dari segi penyampaian Bart tapi layan gak la...cuma lirik dier aku tak sanggup nak nyanyikan sebab aku Sayang Mak Ayah aku...dan aku berdoa aku takkan jadi seperti MakAyah yg diorang gambarkan dari lagu nih...


dan satu lagi lagu killer song yg pada aku adalah perintis kepada irama 60an yg dimetalkan..fenomena ni jadi dalam akhir 90an bila XPDC kenalkan lagu Hidup Bersama dalam album Brutal...tapi pada aku, FTG adalah perintis kepada Muzik nih sebab album ni lahir tahun 1996 setahun lebih awal dari XPDC...FTG metalkan lagu Dendang Remaja yg pada aku sangat catchy dan lain dari yg lain lah....
so aku lampirkan gak lah kat sini utk halwa telinga saper2 yg minat....


erm..rasanya cukup kut perkongsian idea aku tentang sejarah awal muzik metal influence dalam hidup aku....kalau korang tanyer kenapa, sukar untuk aku gambarkan n beri jawapan....

utk FTG, aku rasa diorang masih ada lagi kut..cuma material baru aku tak pasti lah ada ker tak...pada FTG, gua salute lu orang...

utk sejarah2 lain dalam hidup aku..nanti2 la aku kluarkan kat sini...hahaha..rasa dah macam buat buku sejarah jek....

adios...

Thursday, July 08, 2010

aPa yG pErLu aDa daLam pErhUbuNgan....

erm....aku pernah dipersoalkan sekali lagi tentang apa sebenarnya yg perlu ada dalam satu2 perhubungan itu????

biasanya aku akan tanyer balik, apa sebenarnya yg kau mahu dari sesuatu perhubungan itu????

tapi secara jujurnya, agak sukar utk meletakkan sesuatu asas dalam perhubungan tu...masa mula2 aku hendak memulakan sesuatu perhubungan yg serius dengan seseorang wanita itu, aku letakkan 3 perkara asas sebagai panduan dalam perhubungan kami...

yg pErtama....
jUjur....
napa benda ni penting???pada aku lah kalau dalam sesuatu perhubungan itu tiada kejujuran rasanya baik tak payah ada perhubungan pun...secara logik akalnya, kita mahu pasangan kita jujur dengan kita, begitu jugalah dia hendakkan kejujuran kita dalam setiap perhubungan...






yG kEdua....
aManah....
napa aku letak bende ni as 2nd important thing???sebab jika ada kejujuran dalam perhubungan tu pun tapi tiada amanah dalam menjalankan sesuatu perhubungan tu, rasanya seperti makan roti canai tanpa kuah kari/dal...dull jer kan rasanya..hehe (macam harram contoh yg aku bagi ni...)...

pada aku kita kena amanah la dengan cinta kita, itu sebab dalam hubungan aku dan isteri tiada istilah, hp mu hp mu dan hp ku hp ku, apa yg kita nak selindungkan jika kita amanah n jujur dengan perhubungan kita kan...

yG kEtiga...
bErterus-tErang...
ini adalah jawapan akhir bagi melengkapkan yg 2 diatas...bEnar..ada perkara yg kita perlu rahsiakan atas nama kebaikan, tapi pastikan perkara itu hanya kita sahaja yg tahu, jika ada terdapat kawan2 kita yg tahu especially yg berlainan jantina ngan kita, ada baiknya kita bErterus-tErang...

bende ni pun sebenarnya ada banyak kebaikan sebab, banyak perkara yg melibatkan perpisahan sesuatu perhubungan itu atas sebab kesukaran utk memahami perasaan masing2...

aku akui, menerima sesuatu kebenaran itu sememangnya pahit, tapi kita tengok pasa sudut yg lain plak, pasti ada satu kemanisan jika kita dapat menerima kelemahan diri utk kebaikan kita bersama...

entahlah..aku bukan nyer mahir sangat dalam bende2 macam nih..tapi dah orang tanyer..so aku jawab jer lah...samaada korang paham atau tak ngan apa aku tulis kat atas ni,..aku tak pasti lah..pepandai ler..hehehe

adios....


Saturday, July 03, 2010

aDolf HitLer pUn sEtuju....

eRm..aRtikel ni mungkin dah terlambat utk aku kongsikan tentang kekejaman puak2 yahudi israel ni kepada rakyat di Palestin...tapi aku tertarik dengan satu Quotes dari Adolf Hitler dalam helaian akhbar 2 minggu lepas...

"I could have annihilated all the Jews, but I left some of them to let you know why I was Annihilating them." adolf hitler

"The Jews are definitely a race, but they are not human". adolf Hitler..

secara perlahan aku akui hakikat kenyataan si Adolf Hitler nih...entah la...sampai bila perkara macam ni nak berterusan....

aku tau aku takder kuasa utk menukar kekejaman puak2 yahudi ni..hanya doa dan doa sahaja yg mampu aku titipkan menjadi penguat kepada saudara2 seislam ku di Palestin agar terus tabah dan percaya kekuasaan Allah SWT.....

terus teringat rangkap lagu XPDC- Sampai Bila dipetik dari Album Rasopariso...

Ya Allah Ya Tuhanku
Selamatkanlah mereka
Dari azab sengsara
sedihnya ku terasa

musnah segalanya nyawa dan harta
musnah segalanya angkara si durjana

sEandainya..ku punya kuasa sakti
ingin ku menghampirimu kawan...

Seandainya ku punya kuasa sakti
ingin ku membebaskan mu dari cengkaman
kesengsaraan...

Allahhu Akhbar....

Wednesday, June 30, 2010

oLder bRotHer...

aKu pernah dengar dan saksikan sendiri pengorbanan seorang abg yg sanggup mengenetepikan kebahagiaan diri sendiri semata2 utk membahagiakan adik2nya...aku pernah lihat dan dengan seorang abg sulung yg sanggup hidup tanpa seorang teman bergelar isteri selagi tidak melihat adik2nya berjaya dalam hidup dan selamat dibawah jagaan orang lain...

aKu sedar, aku bukan seorang abg yg sempurna sifatnya...banyak keperluan adik2 aku yg gagal aku penuhi permintaannya...namun, hati seorang abg, walaupun sekeras2 sifatnya still ada kelembutan dalam diri...

hati kecil aku tersentuh seketika bila melihat kegagalan seorang adik utk mencapai apa yg dihajati setelah puas berusaha....serius, aku hampir susah utk lelapkan mata mengenangkan wajah kecewa yg terbit dari air mukanya jika tidak kerana kepenatan terlampai...berkali2 aku nyatakan pada isteri perasaan aku nih..
dAn...bertambah kecewa lagi bila dia mensalah tafsirkan niat aku utk membantu dia mencapai apa yg dia inginkan hanya kerana salah faham dalam mentafsir kata2 aku kepada adik seorang lagi...

dimasa yg sama, aku turut tersentuh hati menerima sms dari adik aku yg aku sifatkan sebagai pertama kali dalam sejarahnya dia menghantar isi sms yg macam tuh...
kAdang2 agak susah utk seorang abg (bukan aku sorang jer kut yg rasa camni...) meluahkan apa yg dia rasa dalam diri...menzahirkan setiap permintaan dalam masa yg singkat dan memuaskan hati semua orang...
aku bukan seorang abg yg suka mengungkapkan alasan pada setiap perbuatan aku pada adik2...AKU LEBIH RELA DAN SANGAT2 GEMBIRA JIKA MEREKA TIDAK BERTERIMA KASIH KEPADA SETIAP BENDA YG AKU LAKUKAN UTK MEREKA ASALKAN MEREKA MEMAHAMI APA YG AKU LAKUKAN...

entahlaa...kadang2 penat utk memuaskan hati orang, lagi2 kepada orang2 yg berada dalam lingkungan orang2 yg tersayang..dah jadi tanggungjawab aku bila lahir selaku ABG SULUNG utk memastikan setiap keperluan dan permintaan ahli keluarga dapat dipenuhi...

aku harap korang paham satu hari nanti....

adios...

Friday, June 25, 2010

kAdaNg2 gUa peLik nGan dUnia hiBuraN ni.....

mAlam tadi emosi aku agak terganggu sket, mungkin sebab badan dah terlalu penat ditambah lagi ngan kekalahan Italy yg sangat memalukan lagi la bertambah2 aku nyer hangit satu badan..then bukak internet ingat nak baca la berita2 akhbar arus perdana sebab tak berkesempatan langsung nak baca...selak punya selak, terpandang satu artikel yg aku sifatkan atau aku rasa sangat PELIK atau lebih tepat lagi JELIK ngan penulisan wartawan2 hiburan kat malaysia nih...

bErita nya bukan la gempar sangat tapi isi yg cuba disampaikan pada aku adalah sangat2 JELIK...

korang baca la dulu artikel kat bawah ni pada sesiapa yg tak berkesempatan utk baca semalam...

Hal prinsip Shahir Hal prinsip Shahir

MENYAMPAIKAN lagu duet Ketika Cinta Bertasbih, Shahir berdiri jauh daripada Siti sehingga terpaksa merakamkan semula lagu tersebut.

JUJURNYA, masa orang sibuk bergosip pasal seorang artis baru nama Shahir, Marilyn tertanya-tanya, siapa mamat ni? Mukanya pun Marilyn tak dapat bayangkan macam mana, jauh sekali lagunya. Tapi bila Marilyn kata Marilyn tak kenal siapa Shahir, geng gosip yang duduk di hadapan Marilyn minggu lalu kata Marilyn ni macam katak bawah tempurung. Mereka kata, Shahir ini tengah meletup sekarang lepas jadi juara Akademi Fantasia 8 (AF8) baru-baru ini.

Marilyn kata pada mereka, sorrylah Marilyn memang tak hafal budak-budak AF yang terlalu melambak. Jadi Marilyn memang tak dapat kenal Shahir ke siapa ke.

Cuma yang Marilyn tertarik nak jentik Shahir sikit sebab geng gosip Marilyn meluat dengan prinsip dan peraturan yang dibuat Shahir. Kata mereka, Shahir ni macam nak tiru prinsip Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi yang ada peraturan bila bergambar. Shahir boleh bergambar dengan perempuan, tapi tak boleh mesra. Tak boleh juga bergambar rapat-rapat.

"Kami bukan nak suruh cium ke peluk ke dukung ke. Kami minta gambar mesra dari segi mimik muka saja atau letak tangan atas bahu. Tapi dia tak mahu. Kami hormatlah," kata seorang geng gosip Marilyn yang juga dapat pesanan berjuta kali tak benarkan gambar mesra Shahir dengan artis perempuan dirakamkan.

Dia pun tak nak pakai seluar pendek walaupun di bawah lulut. Ada yang melawak mungkin Shahir tak ada bulu kaki sebab tak nak pakai seluar pendek.

Paling Marilyn kelakar, teman Marilyn yang membuat liputanRakaman Aidilfitri Lebaran Diva Datuk Siti Nurhaliza yang menjemput Shahir sebagai penyanyi undangan memberitahu rakaman duet Siti dan Shahir terpaksa diulang kerana kedudukan Shahir dan Siti terlalu jauh.

"Sampai Siti terpaksa melawak, Datuk K tak ada di sinilah," kata teman Marilyn.

Tak cukup dengan itu, ada lagi geng gosip Marilyn kata, sewaktu ditanya tentang pendiriannya, Shahir lebih kurang berkata dia tak akan buat benda yang dia tak suka dan tak pernah buat.

Oh, macam tu ke Shahir. Marilyn tak kisahlah dengan prinsip Shahir. Tak ada masalah. Cuma Marilyn rasa, Shahir lupa agaknya, masa di dalam AF, dia kena juga bersentuhan dengan pelajar wanita sewaktu persembahan. Ada juga adegan mesra-mesra.

Satu lagi, Shahir kan tak pernah ambil gambar dengan media untuk promosi dulu. Jadi kenapa buat sekarang? Jadi sajalah artis, tak payah nak buat promosi sebab kerja ni pun Shahir tak pernah buat dulukan. Tak gitu Shahir?

Tapi Marilyn tak tahulah kalau prinsip Shahir ini juga 'dibantu' oleh pihak pengurusannya. Mungkin pihak pengurusan nak jaga agar Shahir kalis gosip, tapi mereka lupa, prinsip-prinsip seperti inilah yang akan membuat orang mengata artis anda.

Lagipun Marilyn percaya, pihak pengurusan sepatutnya sudah cukup masak dengan ragam dunia hiburan sebab ini bukan artis pertama yang dijaga. Sudah melambak. Marilyn harap pihak pengurusan atau Shahir tak melenting dengan teguran ini. Marilyn cuma tulis bagi pihak teman-teman media lain yang rasa sedikit meluat dengan prinsip dan pesanan-pesanan daripada 'penaja'.

Marilyn:Kalau semua tak boleh, jangan masuk AF, tapi masuk pencarian Imam Muda. Gerenti tak kena pakai seluar pendek atau ambil gambar dengan perempuan.






aKu kuarkan citer ni bukan sebab aku peminat Shahir atau peminat AF atau aper2 lagi ler...apa yg aku cuba nak sampaikan kat sini adalah KENAPA MESTI BENDE2 ALAH MACAM NI YG MEREKA2 (WARTAWAN HIBURAN) NAK KUARKAN DI AKHBAR2 DIORANG.....

"Cuma yang Marilyn tertarik nak jentik Shahir sikit sebab geng gosip Marilyn meluat dengan prinsip dan peraturan yang dibuat Shahir. Kata mereka, Shahir ni macam nak tiru prinsip Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi yang ada peraturan bila bergambar. Shahir boleh bergambar dengan perempuan, tapi tak boleh mesra. Tak boleh juga bergambar rapat-rapat.

"Kami bukan nak suruh cium ke peluk ke dukung ke. Kami minta gambar mesra dari segi mimik muka saja atau letak tangan atas bahu. Tapi dia tak mahu. Kami hormatlah," kata seorang geng gosip Marilyn yang juga dapat pesanan berjuta kali tak benarkan gambar mesra Shahir dengan artis perempuan dirakamkan."

HaL bergambar sesama artir berlainan jantina..kan ke elok prinsip penyanyi lelaki nih nak buat..apa wartawan hiburan ni suka agaknya anak2 melayu kita yg sah2 ISLAM bergambar berpeluk2kan...memang tak dinafikan yg kebanyakan artis kita ni kalau kat akhbar amik gambar punyalah sopan tapi kat belakang berpeluk cium bagai...tapi itu urusan dia dengan ALLAH...kita berbalik pada artikel kat atas, kan bagus kalau kita menyokong tindakan artis ni yg ingin menjadi contoh kepada anak muda generasi skang yg semakin kurang sifat KEMALUAN dalam diri...setiap orang ada cara mereka utk berdakwah n menerapkan nilai2 murni dalam kehidupan sebab diorang ni public figure dah sah2 menjadi tumpuan dalam setiap gerak geri diorang...

"Dia pun tak nak pakai seluar pendek walaupun di bawah lulut. Ada yang melawak mungkin Shahir tak ada bulu kaki sebab tak nak pakai seluar pendek."

ni satu lagi ayat mangkak yg kluar dari penulisan diorang, samada sluar pendek tu bawah lutut atau atas lutut, bila duduk atau mencangkung dah sah2 akan nampak gak lutut tu kak oii....aduyai..jahilnya lah diorang nih..patut la bila ada artis yg bergambar dedah sana dedah sini pakat2 buat senyap jek...

aku rasa dah penat kut utk aku ulas bende macam nih, setiap orang ada prinsip dan cara hidup tersendiri. hanya sebab terjun ke dunia glamour sementara nih kau kena korban prinsip n nilai2 murni yg dah sah2 mak ayah terapkan, so kita kena hanyut jugaklah...patutlah sekarang AGAMA kita seperti ditunjal2 oleh agama lain sebab penganut agama ALLAH ni sendiri yg meletakkan kedudukan nya utk dikeji..

dah lah..gua dah rasa JELIK..buat kurang pahala aku jer harini sebab marah2 n mengeji orang2 yg camnih...

adios...







Tuesday, June 22, 2010

mEtaLaSia......kAt mAna sKang eK????

dAh lama aku tak dengar tentang band Metal yg satu nih..Metalasia...kemana diorang menghilang ek, haritu ada gak dengar ura2 tentang band nih nak bua album tapi sampai skang senyap jek..mungkin ada kena mengena ngan keadaan muzik kat malaysia skang nih..

Ni contoh band yg berteraskan Power Metal..camner bleh jadi power metal instead Heavy Metal, apa yg aku boleh bagitau, power metal lebih kurag sama dengan heavy metal tapi ianya dilajukan lagi muziknya, dari segi guitar work and structure heavy metal muzik tetap sama dan Power Metal lebih mementingkan solo yg laju n berskill tinggi...

oK..kita soroti lah serba sket tentang band nih...mereka wujud pada tahun 1997 dengan line up yg diketuai oleh Saudara King Shah (lead guitar), Ritz (lead n 2nd guitar), Sam Maya (Bass/Drum), n cocalist undangan Cd Sil Khannaz (vocal n guitar)..mereka menghasilkan album pertama yg berjudul Khalifah Alam Maya, so pada kawan2 aku yg pernah dengar aku sebut tentang khalifah alam maya nih, dari sini la tercetusnya ayat tuh...
aku tak sempat beli album nih, sebab masa tu aku nyer minta lebih kepada heavy metal muzik n establish band jek..(tapi sebenarnya..aku masih jahil lagi pasal muzik masa tuh..hehe)
ni line up terkini Metalasia yg aku tau lah...
dari kiri:King Shah(lead Guitar), Sam Maya(Drum), Muix (vocal), Zen(bass) n ritz (2nd Guitar)

Aku hanya sempat berkenalan ngan band ni bila aku tergerak nak beli album Live AT Metal Wars, masa ni kalau tak silap aku adalah gabungan band2 heavy metal terbaek kat malaysia masa tuh..yg ada tak silap aku XPDC, Rusty Blade..ada 2 band lagi tapi aku tak hingat...
so dari album ni lah aku terjatuh cinta ngan muzik Power Metal nih, walaupun ada dengar rungutan dari wartawan yg cover konsert ni mengatakan yg gabungan 3 lead guitar pada band nih termasuk CD Khanzab (lead guitar kumpulan Sil Khannaz) terlalu penuh n vocal tak dengar...pada aku itulah yg menarik tentang muzik Heavy metal atau Power Metal nih sebab bukan vocal yg kita pentingkan tapi Muzik itu sendiri dah memberitahu kita tentang 'perasaan yg ada dalam lagu tuh'...

tHen pada tahun 2002, mereka mengeluarkan Album Silantra...Bermulanya Sebuah Epik yg mana telah sahkan dalam Guiness Book of Record Malaysia selaku artis/band pertama yg mengeluarkan album berbentuk penceritaan yg mana setiap lagu yg terhasil dari track pertama hingga akhir adalah chapter2 sebuah komik...memang susah..tapi hasilnya TERBAEK.....
masa kelahiran album ni, diorang buat promosi dengan mengadakan concert percuma yg diadakan di PWTC kepada pembeli2 album nih...n you know what, i'm the lucky ribuan peminat yg ada masa tuh..terima kasih pada awen n eddy yg ada skali masa tuh...dah la sesat2 nak gi PWTC, almaklumlah orang jahil jalan KL..tp still enjoy....dari live performance yg aku nampak, memang line up MEtalasia nih antara yg terbaek dalam negara nih...

tapi tulah lepas jer album ni kluar, sampai skang diorag tak kluarkan apa2 album pun..yg ada hanya lah single Puspasari Penawar Puteri duet bersama Ning Baizura...

so pada King Shah n the geng..bila lagi nak kluar album baru..n aku pasti, aku antara orang terawal yg akan beli album lu orang....

so utk tatapan kawan2 semua..layan jer lah klip kat bawah ni..mungkin korang akan paham apa yg aku maksudkan dengan Band nih....


adios..