ads

Sunday, October 04, 2009

kEnaPa sUsaH sgT?????

aku rasa minggu ni adalah minggu yg menyedihkan bagi umat Islam...walaupun kita baru sahaja meraikan kedatangan bulan syawal, kita dikejutkan dengan gempa bumi di Padang, Indonesia yg meragut lebih dari 1000 nyawa dan dianggarkan masih terdapat 3000 org yg masih tertimbus di bawah2 bangunan...yg menyedihkan, kebanyakan dari mereka adalah umat islam...Ini mungkin peringatan dari Yang Maha Esa kepada umatnya...

tapi ada berita yg pada aku agak menyedihkan juga lah yg berlaku dinegara kita ini, negara yg terlindung dari lingkaran gunung berapi, negara yg pemimpin2 kita katakan sebagai negara islam tapi bila HUKUM SYARIAH nak dijalankan keatas umat islam yg sememangnya bersalah AMAT SUSAH NAK DILAKSANAKAN..bagaikan ada tembok batu macam di Gaza setiap kali hukum Allah nak dijalankan...aku merujuk kepada kes model sambilan Kartika Sari Dewi yg didapati bersalah meminum arak dan dijatuhkan oleh mahkamah sebatan sebanyak 6 kali dan denda...BESAR SANGAT KER HUKUMAN NI BERBANDING KESALAHANNYA?????

Banyak pihak yg meminta hukuman ini diringankan, ada yg minta agar digugurkan hukuman ini, ada yg minta pihak Kartika untuk melakukan rayuan padahal tuan punya badan dah bersedia untuk menerima hukuman..KENAPA????? yang terbaru cadangan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters in Islam (SIS) supaya dimansuhkan hukuman sebat yg terdapat dalam islam yg mana ianya disifatkan sangat keterlaluan.. Hukum Allah keterlaluan ker?????

Dari Anas bin Malik r.a,
"Sesungguhnya seorang lelaki yang meminum arak telah dihadapkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, kemudian baginda telah memukulnya dengan dua pelepah kurma sebanyak empat puluh kali"

adakah Nabi kita kejam orang nya?? tidak berperi kemanusiaan ker??? pergh..mengucap banyak2 aku dalam hati bila benda ni dipersoalkan....hukuman yg diberikan bukan nya untuk menyiksa orang, tapi untuk memberi pengajaran, kalau tak buat macam ni, makin ramai umat islam akan sewenangnyer minum arak tanpa rasa takut...buat per nak takut, bayar denda jek...berapa ler sangat denda tuh...

sedangkan, Surah Al-Baqarah, ayat ke 219 yg bermaksud...
"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebihan dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir."

Surah Al-Maaidah, ayat ke-90 yg bermaksud..
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."

entahla..entahla..fikir2kanlah...

No comments: