
Khalifah-Cintaku Dewi Kamala (tekan sini utk melayan...)
Enggey Mala wonggey Mala Padamu si gadis manis genit jelita Wahai mala sini Mala Takku sangka dalam diam ku jatuh cinta Pada Mala sama Mala Anak gadis yang jelita dari India Siang ku rasa malam rasa siang Pejam celik ku terasa adanya dia Tepi telaga dalam hutan rimbaKu tak hirau walaupun ku berdepan si ular sawa Kerana cinta sayangku Mala Biar apa pun juga ku redahkan jua Daku tak kira dirimu ku cinta Chorus:Bersinar purnama di bawah pohon mangga Sambil ku menyanyi lagu lalalalalalala Lagu cinta…wahai Dewi Kamala Cintamu luar biasa Hingga tergoda semua pria yang ada Aduh Mala… Yinggey Mala wonggey Mala Kalau kau tinggalkan aku rasa kecewa Sini ada sana pun ada Semuanya hanyalah palsu cinta sementara Percaya padaku Dewi Kamala Jangan peduli apa pun orang nak kata Aku tak kisah dan aku tak kira Solo Ulang Chorus Kerana cinta hati dah suka Biar apa jua mesti ada batasnya Memang cinta itu buta Cinta tak memandang kulit atau pun paras rupa Kalau hati sudah suka Semuanya rasa bagai indah belaka Dalam bercinta dua dunia Cintaku pada Dewi Kamala |
ni nak promo sket la (promo ek..jangan salah baca ker porno plak...) n untuk Awen...(ni lagu terbaru diorang..tak tau la lu dah dengar ker tak...layan beb...), skang aku tengah melayan lagu ni. Lagu dari kumpulan Khalifah, Cintaku Dewi Kamala.... lagu ni aku dah dengar lama kat radio tapi susah giler nak dapatkan album diorang...lagu ni pun aku dapat setelah berbulan2 mencari akhirnya dikongsikan oleh rakan alam maya aku....thank you guys..... tapi maybe ramai yg tak dengar lagi lagu ni walaupun agak popular di radio berteraskan KERAJAAN..sebab radio diorang jer lah yg agak sudi memutarkan lagu anak tempatan ni..radio lain yg berteraskan swasta n globalisasi katernyer lebih mementingkan lagu2 luar especially dari seberang la...bukan menidakkan atau membandingkan karya luar dan tempatan tapi hakikatnya lagu2 anak tempatan ni banyak yg bagus2....(pergh serius giler utusan aku ni...hahahhha..lantak ler kalau ader yg nak banned aku....ni pendapat peribadi aku ler....pendapatan orang lain, sendiri mau ingat la...)
Pengenalan sket...Kumpulan Khalifah wujud setelah penyanyinya..Yabang dan gitaris Harry (dier ni ler diantara yg mencipta lagu Kasihnya Laila....mantap lagu lu bro...) kluar dari kumpulan Jinbara atas sebab perselisihan paham sesama mereka,..yg mana aku sendiri pun tak faham...(sayang ler beb...Yabang suara lu pada gua dah seiring n sejalan dengan muzik Jinbara ni....tapi nak buat camner kan....hidup kena diteruskan...).. Sebab pada aku..tone suara Yabang ni unik n kebolehan dier untuk berQhasidah dengan baik amat sesuai untuk muzik2 sebegini (contoh lagu Kasihnya Laila, Siapa Laila, Kita Kawan..sekadar menyebutkan beberapa lagu...)...Kira rock diorang ni (Jinbara n Khalifah..) lain dari yg lain ler.
So atas inisiatif Yabang untuk terus hidup di arena muzik tempatan beliau menubuhkan kumpulan Khalifah... Lagu ni (Cintaku Dewi Kamala) kalau tak silap aku adalah single terbaru diorang dari album kedua yg turut menjadikan tajuk lagu ni sebagai judul album terbaru..setelah mengeluarkan album pertama KELAHIRAN yg popular dengan lagu Siapa Laila....
apa pun..untuk kawan2 korang layan jer lah lagu ni.....pada Yabang n rakan2 Khalifah, Chepot n rakan2 Jinbara teruskan perjuangan korang dalam industri ni..aku as peminat akan menyokong and support korang dari belakang...
Wassalam....
(p/s: pergh..sempat aku hantar posting ni sementara tunggu contractor pasang heated line kat site...Fairul, lu kalau baca ini posting tolong jangan sebarkan pada Ivan n Henry....hahahhaahaha..masak aku nanti....)