ads

Friday, July 31, 2009

KhaLifah....CinTaku Dewi KamaLa....

hi Assalammualaikum....

Khalifah-Cintaku Dewi Kamala (tekan sini utk melayan...)

Enggey Mala wonggey Mala
Padamu si gadis manis genit jelita
Wahai mala sini Mala
Takku sangka dalam diam ku jatuh cinta
Pada Mala sama Mala
Anak gadis yang jelita dari India

Siang ku rasa malam rasa siang
Pejam celik ku terasa adanya dia
Tepi telaga dalam hutan rimbaKu tak hirau
walaupun ku berdepan si ular sawa
Kerana cinta sayangku Mala
Biar apa pun juga ku redahkan jua
Daku tak kira dirimu ku cinta

Chorus:Bersinar purnama di bawah pohon mangga
Sambil ku menyanyi lagu lalalalalalala
Lagu cinta…wahai Dewi Kamala
Cintamu luar biasa
Hingga tergoda semua pria yang ada
Aduh Mala…

Yinggey Mala wonggey Mala
Kalau kau tinggalkan aku rasa kecewa
Sini ada sana pun ada
Semuanya hanyalah palsu cinta sementara
Percaya padaku Dewi Kamala
Jangan peduli apa pun orang nak kata
Aku tak kisah dan aku tak kira

Solo
Ulang Chorus

Kerana cinta hati dah suka
Biar apa jua mesti ada batasnya
Memang cinta itu buta
Cinta tak memandang kulit atau pun paras rupa
Kalau hati sudah suka
Semuanya rasa bagai indah belaka
Dalam bercinta dua dunia
Cintaku pada Dewi Kamala

ni nak promo sket la (promo ek..jangan salah baca ker porno plak...) n untuk Awen...(ni lagu terbaru diorang..tak tau la lu dah dengar ker tak...layan beb...), skang aku tengah melayan lagu ni. Lagu dari kumpulan Khalifah, Cintaku Dewi Kamala.... lagu ni aku dah dengar lama kat radio tapi susah giler nak dapatkan album diorang...lagu ni pun aku dapat setelah berbulan2 mencari akhirnya dikongsikan oleh rakan alam maya aku....thank you guys..... tapi maybe ramai yg tak dengar lagi lagu ni walaupun agak popular di radio berteraskan KERAJAAN..sebab radio diorang jer lah yg agak sudi memutarkan lagu anak tempatan ni..radio lain yg berteraskan swasta n globalisasi katernyer lebih mementingkan lagu2 luar especially dari seberang la...bukan menidakkan atau membandingkan karya luar dan tempatan tapi hakikatnya lagu2 anak tempatan ni banyak yg bagus2....(pergh serius giler utusan aku ni...hahahhha..lantak ler kalau ader yg nak banned aku....ni pendapat peribadi aku ler....pendapatan orang lain, sendiri mau ingat la...)

Pengenalan sket...Kumpulan Khalifah wujud setelah penyanyinya..Yabang dan gitaris Harry (dier ni ler diantara yg mencipta lagu Kasihnya Laila....mantap lagu lu bro...) kluar dari kumpulan Jinbara atas sebab perselisihan paham sesama mereka,..yg mana aku sendiri pun tak faham...(sayang ler beb...Yabang suara lu pada gua dah seiring n sejalan dengan muzik Jinbara ni....tapi nak buat camner kan....hidup kena diteruskan...).. Sebab pada aku..tone suara Yabang ni unik n kebolehan dier untuk berQhasidah dengan baik amat sesuai untuk muzik2 sebegini (contoh lagu Kasihnya Laila, Siapa Laila, Kita Kawan..sekadar menyebutkan beberapa lagu...)...Kira rock diorang ni (Jinbara n Khalifah..) lain dari yg lain ler.

So atas inisiatif Yabang untuk terus hidup di arena muzik tempatan beliau menubuhkan kumpulan Khalifah... Lagu ni (Cintaku Dewi Kamala) kalau tak silap aku adalah single terbaru diorang dari album kedua yg turut menjadikan tajuk lagu ni sebagai judul album terbaru..setelah mengeluarkan album pertama KELAHIRAN yg popular dengan lagu Siapa Laila....

apa pun..untuk kawan2 korang layan jer lah lagu ni.....pada Yabang n rakan2 Khalifah, Chepot n rakan2 Jinbara teruskan perjuangan korang dalam industri ni..aku as peminat akan menyokong and support korang dari belakang...

Wassalam....

(p/s: pergh..sempat aku hantar posting ni sementara tunggu contractor pasang heated line kat site...Fairul, lu kalau baca ini posting tolong jangan sebarkan pada Ivan n Henry....hahahhaahaha..masak aku nanti....)

6 comments:

neaa.voguetique said...
This comment has been removed by the author.
cempeDak_wanGi said...

Jinbara.. Khalifah.. Yabang..
Tiga name yg cukup sinonim. Mengetengahkan muzik rock yg cukup unik bg aku. Ade rock padang pasir mcm lagu yg bertajuk 'Khalifah' dr album pertama Khalifah sendiri.Muzik rock yg digabungkan dgn suara unik berqhasidah Yabang. Mane ade penyanyi di Malaysia ni yg boleh buat cam dia. Mawi ade la bwak skit dlm lagu Al-Jannah. Aku mula minat Jinbara ni start dr album kedua diorang iaitu sekitar tahun 2002 yg popular dgn lagu Kita Kawan. Mase tu kite second year kat UPM bro. Lepas album ketiga, Yabang keluar dr Jinbara dan mula menubuhkan Khalifah bersama Harry. Sekarang Khalifah sudahpun mengeluarkan album kedua. Dan berita terbaru yg aku bace, Yabang dah buat perniagaan 'pembekal senjat api'. Yabang melalui syarikatnya membekal senjata api untuk TLDM Lumut. Syabas Lu BRO.
Last skali, aku nak carikla cd2 lagu Jinbara album 1 & 2 ngan Khalifah ni. Mane nak carik ar? Carik kat speedy ke memang x jumpe la.

PutRaMetaL said...

Ingat bro...tapi gua masih ingat lagu album 1st diorang TOTO (tolong orang tipu orang)..lagu yg memperkenalkan Yabang n Jinbara(sebelum ni Tropika..)
pergh tak tau plak aku dier dah jadi tokey senjata api...dahsyat...
Album diorang confirm susah nak dapat...even lagu diorang pun agak susah nak dengar kat radio...
ini ler nasib artis kita....

Anak Kera Disusukan...Anak Sendiri Mati Kelaparan...

cempeDak_waNgi said...

Bro!..
Kalau x silap ayat anak kera disusukan anak sendiri mati kelaparan tu ade dlm lirik lagi TOTO kan..
gua pun ingat ingat x ingat lagu tu.. itula kalu bole nak carik cd diorg ni.
Kumpulan Tropika popular dgn lagu 'cinta pantai merdeka'. kalu kt karaoke jamban lagu ni mesti wajib ade. Otai rock macam Faizal Ismail aka FBI mesti hafal lagu ni. maklumla.. dah termaktub keotaian beliau melalui cabaran otai rock dlm hot fm pg td. haha.. aku masih ingat lg lagu cinta pantai merdeka ni, kalau x silap popular mase aku form 4 kat sambest. video klip lagu ni selalu gak kuar kt tv. ade member aku ckp muka aku mcm cepot. hehehe... lu perasan x bro?

Admin said...

Bro

Siapa lagi dalam kumpulan Khalifah ni. Bro ade pernah dnegar Al Farabi Band. layan diaorang plak bro. BEST

khairul said...

Smekom brader putrametal n all fwen..gua niey bwu F5..gua nk cter sket psal jinbara ngan khalifah neh..gua anak gitariz kmplan sejati, izan..gua jgk anak sdare/murid harry..dier gua pnye pkck sdare..kayh..start cter..jinbara..original..yabang-vocal,hery-g.lead,ahtan-drum,akin-bass,cepot-g.rythm..akin n cepot x-tropika..lagu hits 'kasihnya laila' cptaan hery..last2..hery gado ngan producer dier coz lagu ksihnya laila uh x dpt komisen..dier xdpt pape..dier ngan yabang kuar jinbara wat band baru Khalifah..jinbara gitariz ganti anjang budak sungkai, vocal tiar bdak sg dusun..tiar/shamsul bakhtiar uh membe skola mak aku..bekas vocalist kmplan platinum..anggota khalifah....yabang-vocal,harry-g.lead,moyang-bass,tony-drum..sowg ag men keyboard n g.rythm..lagu hits 'Cintaku Dewi Kamala'..lagu niey hery cpte lpas dier trnampak adik makcu gua kat bwah pohan magga..mase makcu gua kawen..dier main band kat knduri uh..knal2..kawen..sbb uh dlm lirik lagu neh 'bersinar purnama, di bawah pohon mangga, sambil ku menyanyi lagu lalalalaalaa'..k r..thanks bro..chow..contak gua..krulez_fender@yahoo.com..MS/FB..