ads

Tuesday, April 27, 2010

pOlitik dipEjabat???? aDa kEr???

bEnda ni aku hanya fikir terjadi pada syarikat2 yg besar jerk..yg mempunyai pekerja melebihi 50orang yg mana ada bermacam2 department dan ada berbagai kerenah2 ketua2 department masing2,,(braper punya banyak 2 nih...)

aku tak sangka yg aku sendiri akan menghadapi dengan menatang nih...ingatkan company kecik cam company aku nih, benda2 ni aku tak perlu la hadapi..tapi still ada juga..

itu lah orang2 lama ada cakap..kita manusia rambut sama hitam, tapi hati lain2..dan hati yg lain2 ni lah yg paling bahaya sebab kita tak tau agenda tersembunyi dalam diri masing2...aku sebenarnya malas nak berhadapan dengan benda2 alah nih..faedah akhir yg akan dapat adalah BOSS kita sendiri sebab pekerja2 dia dah jalankan kerja utk dia...dia hanya dengar n amik tindakan..at the end, relationship yg ada dalam office tu semakin jauh..

yg paling mendapat kreadit adalah syaitan2 yg sentiasa mengekori kita..menatang nih dah berjaya mengubah hati manusia dari putih kepada hitam...

akhir kata..aku kecewa n sakit hati jika perkara2 nih jadi..sepatutnya kita sama2 berganding bahu utk memajukan diri masing2 bukan dengan MEMIJAK KEPALA ORANG LAIN UTK NAIK KETINGKAT ATAS..kan bagus kalau guna anak tangga naik satu tingkat ke tingkat seterusnya..semua orang happy...

sampai bila wei???????????????

Friday, April 09, 2010

cEriTa dAri sAbaH....

setelah 4 hari menghirup udara borneo di tawau sabah, harini aku sampai ke pondok buruk yg kesunyian nih..badan n kepala penat sebab masalah system yg ntahapantah...nak kater ada banyak citer dari sabah pun tak juga, nak kater takder cerita pun tak leh gak, takkan la 4 hari kat sana takder cerita kan??...kalau aku nak cerita pasal kerja aku confirm korang dah tekan tanda pangkah kat sebelah kanan atas tu kan, sebab takder aper yg menarik tentang kerja aku pun, even isteri aku sendiri pun boleh bantai tido dengar aku cerita pasal kerja...(aper yg aku membebel ke laut nih...)



Cerita pertama yg aku nak kongsi..erm..kat sini (sabah) aku mempelajari apa yg dinamakan ENTERTAIN CUSTOMER..dulu aku sekadar dengar cerita dari abg2 senior time buat praktikal dulu dan aku berharap aku tak berhadapan dengan bende nih..tapi kini aku dah pun MENGHADAPINYA...yg aku paham mengenai ENTERTAIN adalah bawak makan, n gelak2 jer lah, sekadar mengeratkan hubungan antara customer n supplier..tapi apa yg aku hadapi di Sabah jauh berbeza dengan apa yg aku paham..memang aku kena belanja makan n minum diorang tapi bukan kepada AIR KENCING SYAITAN..dan aku hampir2 menjadi mangsa pujukan diorang utk cuba benda tuh..nasib baik la diorang ni pun ada rasa hormat tentang pegangan aku..walaupun aku sendiri kadang2 ada rasa sangsi dengan makanan yg masuk dalam badan aku nih tapi aku takkan sekali2 menyentuh MINUMAN tuh..dalam gelak2 n borak2 tuh diorang boleh habiskan 6 botol sedangkan aku terpaksa membatalkan puasa AIR BERKABONAT yg hampir sebulan bertahan, giler..terpaksa aku order air coke walaupun kena gelak n kena kutuk jer ngan GRO2 kat situ...argghh...pi lantak la dengan kutukan diorang asalkan bukan Yang Maha Esa kutuk aku sudah...(diakhir cerita, aku bernasib baik sebab aku takperlu bayar kos minuman diorang. diorang bayar sendiri mungkin sebab tak sampai hati tengok aku yg seperti rusa masuk kampung..)



cerita kedua plak still berkisar ditempat ENTERTAIN CUSTOMER tadi...sedikit ralat kat aku bila ada diantara customer yg ikut aku adalah ORANG ISLAM n kesemua GRO yg ada kat situ boleh aku katakan ORANG MELAYU..dan dengan selamba meneguk AIR KENCING SYAITAN...dan nak menambahkan ilmu pengetahuan dari aku bila MUMMY yg uruskan GRO2 nih cerita kenapa tak datang semalam (means hari sebelum kitorang datang ler..) sebab ramai BULAN n BINTANG (cewek2 lah...) n kebanyakan diorang adalah belasan tahun dan ada yg akan amik SPM tahun nih..alasan gadis2 nih buat part time kat tempat tuh sebab KALAU DIORANG TAK KERJA KAT SITU DIORANG AKAN BERPELESERAN DENGAN PAKWE MASING2 N DARI DIORANG HABISKAN BERGELI2AN DENGAN PAKWE YG DAH TENTU2 TAK BERAPA NAK LOADED BAIK DIORANG BERGELI2AN DENGAN CUSTOMER KAT SITU, AT LEAST ADA BAYARAN..YER LAH DARI BAGI ORANG RASA SECARA PERCUMA BAIK 'ORANG MEMBERI KITA DIRASA'..bila aku dengar camtuh, aku speechless..tak tahu nak komen per..apa yg aku buat sekadar amik air tin coke aku n minum pelan2 supaya tak habis cepat..


ni lah realiti yg jadi kat bandar sekecil Tawau..apa agaknya yg ada kat bandar sebesar KUALA LUMPUR ek???????


adios...

Sunday, April 04, 2010

bOlaSepAk iTu kEjam....


malam nih agak mengecewakan n sedikit mengganggu emosi hidup aku..semuanya mengenai nasib pasukan bola sepak sokongan ku...

memang benar kata2 orang yg BOLA SEPAK ITU KEJAM...

malam nih 2 pasukan sokongan ku tumbang..yg plaing mengecewakan ialah keputusan melibatkan saingan Piala FA antara Selangor dan Negeri Sembilan..yg lebih mengecewakan adalah kemenangan yg diraih hanya sekadar penyedap mata melihat keputusan,,hakikatnya selangor gagal utk layak ke final atas tiket jaringan gol ditempat lawan..
yg lebih mengecewakan aku atas kelemahan pengadilan dalam liga malaysia nih..tidak manis utk meletakkan kesalahan atau kegagalan setiap pasukan itu kepada pengadil semata2..

tapi inilah yg dinamakan KEKEJAMAN dalam bola sepak...bila pengadil gagal utk menjalankan tugas dan memberi setiap keputusan dengan tepat maka akan ada pihak yg kecewa dan terpaksa menerima kekalahan..BENAR, selaku pengadil, mereka hanya ada beberapa saat sahaja utk membuat keputusan berbanding dengan kita yg menyaksikan dirumah yg ada ulang tayang 4 5 kali..tapi dalam kes perlawanan malam tadi, semua penyokong yg berada distadium sendiri menjadi saksi takkan la 2 org pengadil tidak dapat melihat dan membuat keputusan yg benar..dan jika keputusan itu diambil mungkin keputusan akhir akan berubah...

nak buat camner kan..kena la terima kekalahan..kita kena terima hakikat tahun ini bukan tahun selangor utk menjulang piala fa...dan sepatutnya selangor kena melihat kepada kelemahan pasukan sendiri sebelum meletak kesalahan kepada bende lain atas kegagalan ini...

so..adios...