ads

Thursday, October 21, 2010

tEguRan...tAnDa sAyaNg....

 eRmm...pernah tak kita fikirkan bagaimana perasaan menjadi seseorang yg lebih dewasa dan bertanggungjawab besar???? entah la..rasanya perkara ni kita akan fikirkan bila dah berkeluarga dan mempunyai cahayamata sendiri...selagi kau tak kawen n ada anak rasanya beban utk kau memikul tanggungjawab tu tak terfikir kut...kalau ada pun rasa tanggungjawab kepada ahli keluarga jek...dan diingatkan, ianya sama sekali tak sama ngan perasaan apabila kita ada anak sendiri...aku takder anak lagi tapi rasanya dari apa yg aku dengar dan lihat..itu lah apa yg aku nukilkan kat sini...tak caya korang bleh survey sendiri....

kAdang2 susah utk kita sebagai anak ni memahami apa yg cuba disampaikan oleh ayah n mak...sebab kita rasa pemikiran mereka dah ketinggalan dengan arus dunia masa kini...kita rasa yg kita lagi bijak utk merencanakan hidup kita dengan acuan kita sendiri....

adakah apa yg kita fikir itu benar?????

tapi serius..memang payah utk ayah dan ibu cuba utk memahamkan anak2 tentang keperihatinan mereka..begitu juga utk anak2 payah utk beritahu kepada ayah dan ibu supaya memahami yg anak mereka sudah mencapai usia yg mampu utk bergerak dengan kaki sendiri....

so camner nak settle bende ni?????

pada aku...kita kena ingat RESTU ayah ibu adalah yg paling utama dalam hidup...MakAyah kalau mereka melarang kita dari buat sesuatu yg pada kita adalah sangat remeh temeh, malahan kita pernah buat yg lagi teruk dari tu lagi, semua tu ada sebabnya..sebab per???? SEBAB MEREKA SANGAT SAYANGKAN KITA...
tidak ada MakAyah yg tak sayangkan anak mereka sendiri...kalau kita tengok berita skang ni pun macam2 kejadian yg dulunya adalah berita2 janggal..skang dah jadi macam perkara biasa..kes bunuh n rogol boleh dikatakan setiap hari ada kuar kat akhbar2...so sebagai orang tua, kerisauan mereka itu ada asasnya...

kita sebagai orang yg muda..tidak rugi jika mengikut kata mereka..jangan lah kerana mereka larang kita buat sesuatu perkara tu..kita dah cop makayah tak sporting n cerewet..semua tu dosa2 kering jer yg dapat...
malas nak cakap banyak...

korang kan dah besar panjang...pepandai la pikir sendiri....aku sekadar perantara sahaja....



nota hidung kembang aku : ada mata pandang, ada akal pakai, ada mulut diam...

Friday, October 08, 2010

LagU unTuk aDindA ~ kHaLifaH......

eRmm....dah lama tak buat preview lagu2 baru...lagu ni diperkenalkan oleh sahabat baik aku lebih kurang 2 3 bulan lepas kut...setakat ni aku baru 2 kali kut dengar kat radio tu pun disaluran radio kerajaan..saluran radio swasta seperti biasa la, mana nak mainkan lagu2 anak tempatan ni kalau kau bukan bernaung dibawahnya atau pun kau ada kepentingan besar ataupun kau tersangat popular...setakat kumpulan yg tak ramai orang tahu nih eventhough lagu2 nya bagus..rasanya payah kut....so kreadit to Awen la utk lagu nih....

So korang dengar dulu la lagu kat bawah ni sesambil baca apa yg aku nak ulas n bebelkan dibawah...hahaha...
So sekadar berkongsi, ni adalah lagu baru kumpulan Khalifah yg diketuai oleh pemilik vocal unik kumpulan ni Yabang...jika sebelum ini mereka popular dengan lagu Cintaku Dewi Kamala dari album kedua dan Siapa laila dari album pertama....


Kalau diamati lagu ni sepenuhnya, arrangement lagu ni n lagu Cintaku Dewi Kamala tak la jauh beza..mungkin lagu Cintaku Dewi kamala ada diselitkan instrument muzik india utk menghidupkan lagu tuh...berbanding lagu ni..mewujudkan elemen muzik melayu sket la kan...yer lah kan dah lagu utk adinda mesti lah melayu kan...hahaha...Dan menambahkan keunikan lagu ni adalah alunan suara Yabang tu sendiri...kerana pada aku arrangement muzik dan skill permainan music instrument individu kumpulan ni tak la terlalu menonjol..memang diorang gunakan sepenuhnya kekuatan n keunikan suara yabang tu sendiri....memang payah la nak jumpa tone sore camnih..hahaha..keep it bro....

Apa yg pasti...aku rasa lagu ni senang utk diterima oleh peminat2 rock kat luar sana,...sebab ianya sangat catchy n mudah la masuk telinga...tapi pada yg tak minat rock tu...mereka akan kata bingit...hahaha..nak buat camner dah itu lahiriah muzik rock kan...satu lagi, lagu camni kalau gi karok confirm akan menjadi pilihan ramai la...

So..camner hasil sepenuhnya album terbaru diorang ni aku tak tahu..harap2 ianya akan lebih baik dari album2 terdahulu la kan....takkan nak maintain n kekal dengan arrangement n material yg lebih kurang sama jek...pada peminat2 muzik Khalifah. please la support our local artist dgn membeli album atau download lagu ni secara HALAL...tau,ada sumber utk yg haramnya...tapi aku xnak la berkongsi disini...sebab aku sendiri menyokong artis2 tempatan kita...

so...adios....



nota hidung kembang aku: lagu ni kalau aku nyanyikan kat wife aku sebelum tidur..mau kena tidur luar seminggu....hadoyai....(tak rock tul la....)

Wednesday, October 06, 2010

mAteRiaLisTik.....pErlu kEr????

eRmm...klip ni aku terima dah lebih 3 bulan kut...tapi tak sempat nak komen lebih2...penyakit M melanda walaupun hati bengkek(lama dah tak dengar bende nih) giler dengar apa yg pompuan ni ngomel...pada yg tak dengar lagi klip ni, lu orang layan dulu lah then lepas tu, buka hati n perasaan plak utk baca aper yg aku ngomel plak lepas nih...(budget macam ada yg baca jek apa yg kau ulas kat sini.....)

dah layan dah???? pada lelaki yg dengar mungkin akan kluar carutan kepada pompuan nih...pada perempuan plak separuh mungkin bersetuju ngan tindakan pompuan nih manakala yg separuh lagi kesian ngan lelaki tu tapi still bersetuju ngan apa yg pompuan tu buat,..apa yg diornang tak suka maybe the way pompuan tu berkata mengenai lelaki tu....

apa yg dah jadi??? aku ulas sket la..kesimpulan dari klip kat atas dimana, seorang lelaki mengadu kepada dj radio mengenai rasa kecewanya bilaTUNANGnya meninggalkan dia utk bersama dengan lelaki lain denganALASAN dia hanyalah PENJUAL BURGER jalanan...(kena paham ek..sebab kalau dier owner mc'D mungkin dier akan disayangi tapi sebab dier hanyalah penjual burger jalanan yg tak berapa nak popular cam Otai burger mahupun Ramly burger sekalipun....)

habis jer aku dengar klip kat atas...aku cuma kesal dengan CARA WANITAtu....aku pun rasa dj radio tu turut bersetuju ngan aku...tak comel n tak der ciri2 kemelayuan n ketimuran langsung...haha...pada aku lelaki tu tak perlu kut utk rasa kecewa kerana bunga bukan sekuntum lagipun tidak lama harum..hahaha..(ni ayat puaka aku amik dari lagu aper ntah..Jamal kut...belasah jer lah...)dah tersasar jauh cerita kau nih ngan title topik kat atas....

ok kembali kepada urusan sebenar...MATERIALISTIK...aper kejadahnya bende nih,,menurut kamus dewan edisi keempat...(matérialistik) berkaitan dgn ke­bendaan, bersifat kebendaan, mengutamakan (mementingkan) kebendaan.... itu apa yg terungkap di dewan bahasa n pustaka la...dan kita boleh andaikan wanita diatas sedemikian rupa la kiranya...

penting sangat ker utk ada sifat materialistik...kalau dulu mungkin kita cakap tak perlu kut...tapi pada zaman yg serba moden ni perkara ni dah menjadi seperti perkara biasa..yer lah kan..skang semua bende perlu duit..kau gi toilet kat shopping kompleks pun kena bayar 3posen..apa lagi dalam hidup berkeluarga ni kan..macam2 yg kena difikirkan..

sebab per wanita2 skang berfikiran camtu???..ada beberapa perkara lah yg kira boleh amik kira...1) dari segi lahiriah pun kita tau yg Pompuan ada 9nafsu n 1akal..manakala lelaki ada 9akal n 1nafsu...so atas kehendak 9nafsu ni lah diorang gunakan 1 akal yg mudah yg mana dapat menundukkan satu nafsu lelaki yg ada 9akal tapi gagal utk dimanfaatkan sepenuhnya utk memenuhi segenap keperluan diorang...biasalah pompuan semua ingin ada handbag ala2 gucci yg berharga tak munasampah langsung...nak merasa pakai kasut jimmy choo yg diorang akan suka tempoh setahun paling lama n lepas tu cari kasut lain..tapi harga macam beli motor 3 4 bijik...gilos....

2) hidup hanya sementara..kan aku cakap awal tadi..BUNGA bukan sekuntum n tak lama 'HARUM'..jadi selagi tengah 'harum' ni maka baik digunakan sebaik2nya utk kepentingan masa depan...

3) banyak kes2 skang nih yg kita lihat bila berlaku penceraain yg merana adalah wanita...so pada diorag baik sediakan payung sebelum hujan...

ni sebahagian yg aku lampirkan..malas nak panjang2kan isu...pada aku tidak salah utk menjadi materialistik...sebab apa yg dilakukan adalah utk diri sendiri...kalau ada 2 lelaki yg perlu dipilih, seorang hanya berpendapatan rm2000 sebulan manakala seorang lagi berpendapatan rm6000 sebulan..mestilah diorang akan pilih yg berpendapatan tinggi walaupun rupa paras yg berpendapatan rm2000 tu sehensem model2 kat luar sana...sebab..rupa paras n cinta tidak menjamin kebahagiaan...(betul ker...entah lah sebab ada gak yg kawen ngan dato' yg dah ada isteri..last2 merana gak...duit membahagiakan ker??? sementara kut...)

berbalik kepada klip kat atas...aku sebagai lelaki paham kenapa pompuan tu buat camtu,,,tidak salah utk mementingkan kebendaan dalam hidup yg sementara nih,..cuma yg aku tak gemar n suka adalah the way cara dia seperti menghina lelaki ini yg hanya menjual burger...betul kalau kita lihat dari segi pendapatan mungkin ianya nampak tidak stabil n perlu masa yg panjang utk mengumpul harta...tapi kita kena lihat kepada rezeki seseorang itu..jangan ingat peniaga2 burger tidak mampu utk hidup mewah n berjaya...kalau kita lihat kepada mereka2 yg berjaya semua nyer bermula dari peringkat yg susah n atas usaha keras n rezeki pemberian Yang Maha Esa semua nya boleh terjadi....mungkin harini mamat ni hanya penjual burger dijalanan mana tahu setahun dua lagi dier ada 500 cawangan seluruh negara????saper tahu..semua tu tak mustahil...n jangan ingat lelaki yg dia pilih itu akan selama2nya kaya...jika Allah ingin ambil rezeki seseorang tu tak perlu tunggu 2 3 tahun..sesaat pun boleh...

so berpadalah...JANGAN LA HINA kalau dah tak suka...TIDAK SALAH BERTERUS TERANG TENTANG KEINGINAN HIDUP...macam aku cakap hidup adalah sementara...

itu jer kut..aku pun tak pasti samaada apa yg aku cakap kat atas ni menepati tajuk kat atas tuh..lantak lah...apaadahal...siapa jer yg nak baca bende2 ngarut nih...hehehe


adios....


nota hidung kembang aku : jika.. diulangi ek..JIKA aku wanita...cukuplah suami aku berpendapatan tetap dan halal...hidup sementara kan..so curahilah hidup dengan kasih sayang.....

Sunday, October 03, 2010

seLamAt uLanGtaHun......

sElamat uLang tAhun sAyang......
tiada ungkapan khusus yg mampu aku lampiaskan disini...hanya iringan doa semoga pertambahan usia ini mengiringi pertambahan kebaikan n kebahagian dalam hidup sayang...

sYg..doa abg agar....

....diberi kesihatan yg baik..
....dimurahi dengan rezeki yg halal...
....dilimpahi dengan kebahagiaan hidup dalam apa jua yg sayang buat...

abg juga berharap agar hubungan kita makin erat dengan kasih sayang...semoga segala impian kita akan tercapai...last but not least.....

Abg bersyukur memiliki sayang sebagai suri dalam hidup abg....

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG.....