ads

Wednesday, October 06, 2010

mAteRiaLisTik.....pErlu kEr????

eRmm...klip ni aku terima dah lebih 3 bulan kut...tapi tak sempat nak komen lebih2...penyakit M melanda walaupun hati bengkek(lama dah tak dengar bende nih) giler dengar apa yg pompuan ni ngomel...pada yg tak dengar lagi klip ni, lu orang layan dulu lah then lepas tu, buka hati n perasaan plak utk baca aper yg aku ngomel plak lepas nih...(budget macam ada yg baca jek apa yg kau ulas kat sini.....)

dah layan dah???? pada lelaki yg dengar mungkin akan kluar carutan kepada pompuan nih...pada perempuan plak separuh mungkin bersetuju ngan tindakan pompuan nih manakala yg separuh lagi kesian ngan lelaki tu tapi still bersetuju ngan apa yg pompuan tu buat,..apa yg diornang tak suka maybe the way pompuan tu berkata mengenai lelaki tu....

apa yg dah jadi??? aku ulas sket la..kesimpulan dari klip kat atas dimana, seorang lelaki mengadu kepada dj radio mengenai rasa kecewanya bilaTUNANGnya meninggalkan dia utk bersama dengan lelaki lain denganALASAN dia hanyalah PENJUAL BURGER jalanan...(kena paham ek..sebab kalau dier owner mc'D mungkin dier akan disayangi tapi sebab dier hanyalah penjual burger jalanan yg tak berapa nak popular cam Otai burger mahupun Ramly burger sekalipun....)

habis jer aku dengar klip kat atas...aku cuma kesal dengan CARA WANITAtu....aku pun rasa dj radio tu turut bersetuju ngan aku...tak comel n tak der ciri2 kemelayuan n ketimuran langsung...haha...pada aku lelaki tu tak perlu kut utk rasa kecewa kerana bunga bukan sekuntum lagipun tidak lama harum..hahaha..(ni ayat puaka aku amik dari lagu aper ntah..Jamal kut...belasah jer lah...)dah tersasar jauh cerita kau nih ngan title topik kat atas....

ok kembali kepada urusan sebenar...MATERIALISTIK...aper kejadahnya bende nih,,menurut kamus dewan edisi keempat...(matérialistik) berkaitan dgn ke­bendaan, bersifat kebendaan, mengutamakan (mementingkan) kebendaan.... itu apa yg terungkap di dewan bahasa n pustaka la...dan kita boleh andaikan wanita diatas sedemikian rupa la kiranya...

penting sangat ker utk ada sifat materialistik...kalau dulu mungkin kita cakap tak perlu kut...tapi pada zaman yg serba moden ni perkara ni dah menjadi seperti perkara biasa..yer lah kan..skang semua bende perlu duit..kau gi toilet kat shopping kompleks pun kena bayar 3posen..apa lagi dalam hidup berkeluarga ni kan..macam2 yg kena difikirkan..

sebab per wanita2 skang berfikiran camtu???..ada beberapa perkara lah yg kira boleh amik kira...1) dari segi lahiriah pun kita tau yg Pompuan ada 9nafsu n 1akal..manakala lelaki ada 9akal n 1nafsu...so atas kehendak 9nafsu ni lah diorang gunakan 1 akal yg mudah yg mana dapat menundukkan satu nafsu lelaki yg ada 9akal tapi gagal utk dimanfaatkan sepenuhnya utk memenuhi segenap keperluan diorang...biasalah pompuan semua ingin ada handbag ala2 gucci yg berharga tak munasampah langsung...nak merasa pakai kasut jimmy choo yg diorang akan suka tempoh setahun paling lama n lepas tu cari kasut lain..tapi harga macam beli motor 3 4 bijik...gilos....

2) hidup hanya sementara..kan aku cakap awal tadi..BUNGA bukan sekuntum n tak lama 'HARUM'..jadi selagi tengah 'harum' ni maka baik digunakan sebaik2nya utk kepentingan masa depan...

3) banyak kes2 skang nih yg kita lihat bila berlaku penceraain yg merana adalah wanita...so pada diorag baik sediakan payung sebelum hujan...

ni sebahagian yg aku lampirkan..malas nak panjang2kan isu...pada aku tidak salah utk menjadi materialistik...sebab apa yg dilakukan adalah utk diri sendiri...kalau ada 2 lelaki yg perlu dipilih, seorang hanya berpendapatan rm2000 sebulan manakala seorang lagi berpendapatan rm6000 sebulan..mestilah diorang akan pilih yg berpendapatan tinggi walaupun rupa paras yg berpendapatan rm2000 tu sehensem model2 kat luar sana...sebab..rupa paras n cinta tidak menjamin kebahagiaan...(betul ker...entah lah sebab ada gak yg kawen ngan dato' yg dah ada isteri..last2 merana gak...duit membahagiakan ker??? sementara kut...)

berbalik kepada klip kat atas...aku sebagai lelaki paham kenapa pompuan tu buat camtu,,,tidak salah utk mementingkan kebendaan dalam hidup yg sementara nih,..cuma yg aku tak gemar n suka adalah the way cara dia seperti menghina lelaki ini yg hanya menjual burger...betul kalau kita lihat dari segi pendapatan mungkin ianya nampak tidak stabil n perlu masa yg panjang utk mengumpul harta...tapi kita kena lihat kepada rezeki seseorang itu..jangan ingat peniaga2 burger tidak mampu utk hidup mewah n berjaya...kalau kita lihat kepada mereka2 yg berjaya semua nyer bermula dari peringkat yg susah n atas usaha keras n rezeki pemberian Yang Maha Esa semua nya boleh terjadi....mungkin harini mamat ni hanya penjual burger dijalanan mana tahu setahun dua lagi dier ada 500 cawangan seluruh negara????saper tahu..semua tu tak mustahil...n jangan ingat lelaki yg dia pilih itu akan selama2nya kaya...jika Allah ingin ambil rezeki seseorang tu tak perlu tunggu 2 3 tahun..sesaat pun boleh...

so berpadalah...JANGAN LA HINA kalau dah tak suka...TIDAK SALAH BERTERUS TERANG TENTANG KEINGINAN HIDUP...macam aku cakap hidup adalah sementara...

itu jer kut..aku pun tak pasti samaada apa yg aku cakap kat atas ni menepati tajuk kat atas tuh..lantak lah...apaadahal...siapa jer yg nak baca bende2 ngarut nih...hehehe


adios....


nota hidung kembang aku : jika.. diulangi ek..JIKA aku wanita...cukuplah suami aku berpendapatan tetap dan halal...hidup sementara kan..so curahilah hidup dengan kasih sayang.....

No comments: