ads

Friday, March 26, 2010

AdreNalin - fAizaLTahir...

akhirnya..antara album yg aku tunggu2 dah aku miliki hari rabu lepas..adrenalin dari Faizal Tahir(FT)..memang lama nak tunggu album ni sebab album 1st dier dulu pun keluar tahun 2007 n ni tahun 2010 baru kuar album kedua...macam mana hasilnya??? kita layan dulu...
aku memang meletakkan harapan yg sangat tggi pada album nih sbb 1st album dulu memang terbaik n sangat layak utk menang album terbaik AIM2007..album ni diterbitkan sepenuhnya oleh Audi Mok n FT sendiri, memang tak dinafikan kimia yg terhasil dari 2 makhluk special ni memang superb...ada 8 buah lagu baru, 1 rakaman akustik dan 1 ending version.
1) Adrenalin
2) Superhero
3) Selamat Malam
4) Karma
5) Hanyut
6) Bencinta
7) Muzik
8) Hanyut (akustik)
9) Semesta

setelah menyusuri lagu2 dalam album ni setiap kali ulang alik kerja atau gi site..aku dapat rumuskan yg Faizal Tahir tahu apa yg dia mahu dan peminat inginkan..walaupun pada awalnya bila single Bencinta keluar, penerimaan peminat terhadap lagu ni sedikit perlahan sbb diorang still harap FT dapat hasilkan lagu seperti Coba, Sampai Syurga atau sekurang2nya Mahakarya Cinta...

FT n Audi Mok, berjaya menghasilkan irama Rock versi mereka tersendiri, sbb kalau kita lihat kepada kump2 rock yg lain kebanyakannya ada influence tersendiri, seperti XPDC dengan Metallica, Buncface dengan Greenday n yg lain2 lah..

menyusuri dari track 1 ke track 10, kita seperti mengembara dengan muzik FT nih..cuma pendapat aku, penyusunan lagu agak kurang menarik berbanding album Aku.Muzik.Kamu dulu..contohnya, aku lagi prefer lagu Superhero sebagai opening act utk album nih berbanding lagu adrenalin sbb superhero nya range agak pantas dan sesuai sebagai pembuka bicara sperti lagu Batu dan Golek dalam album lepas..satu kelaianan dari susunan muzik, FT suka meletakkan lagu feveret atau yg bakal hit di tengah2 berbanding lagu terakhir yg biasa artis lain buat..apa pun yg FT n Audi lakukan mungkin ada sebab diorang sendiri...
hehe..aku nak citer banyak pasal sound, riff n sebagainya rasanya tak layak kut..so kalau dari 9 lagu yg ada dalam album ni top 5 yg aku pilih...
1)Selamat Malam
2)Hanyut(acustic version)
3)Superhero
4)bencinta
5)muzik

yang lain2 bukan tak minat atau tak bagus,.still bagus tapi biasalah setiap orang ada pilihan mereka sendiri kan..dan aku rasa..lagu Hanyut bakal jadi killer song utk album nih selepas, bencinta n selamat malam...tapi utk lagu nih, aku prefer kepada acustic version sbb bila FT sampaikan dengan diiringi petikan guitar Jamie Wilson(betul ke namanya..kalau salah betulkan aku ler..) memang kena n sangat menyentuh jiwa ler... versi satu lagi bukan tak best, rasanya utk lagu nih aku prefer kepada yg simple..apa yg penting ianya sampai...so kat sini, aku selitkan gak ler, lagu Hanyut versi radio edit utk tatapan n penilaian korang yg tak beli album lagi...



so dari membiarkan aku membebel bende yg tak sepatutnya..dari 5 Metali (ni aku nyer versi..jgn ada yg complain ek..)..aku bagi 4 setengah Metal...

dan...aku still prefer..Aku.Muzik.Kamu as Faizal Tahir masterpiece..kalau korang tak caya, korang boleh beli 2 2 album n buat penilaian sendiri...

adios..


2 comments:

Noor said...

i love FT

tashamomo said...

aik ema?? asal ko bole follow abg ipar aku ni?? hahaha