ads

Monday, November 08, 2010

sAmaN eKorrrrrrrrr......................

eRmm...pergh..macam dah berkurun lama aku tak jengah sini... hukhukhuk... memang camni lah kalau secara dengan sengaja nya penyakit malas melanda diri... time bawak keta tuh, melambak2 ide2 yg kuar kat kepala utk aku post kan kat sini..tp bila jer mengadap papan kekunci (pergh..penggunaan bahasa melayu..sangat jarang dipraktikkan...)..ni pun tergerak nak tulis bila terasa suara halus silent reader atau senyap pembaca blog nih..hahahaha (ada ker??? Macam tk percaya, ada ke??? Entah ler..)...arghh malas nak komen panjang2 atau nak bagi intro panjang2 sebab semua ni tak penting...

so...straight to the point..... (sekali lagi, bahasa penjajah lagi banyak dari bahasa ibunda...)

selain dari berita kemalangan ngeri, banjir dan gempa bumi yg menyelubungi dada2 akhbar sepanjang minggu lepas..aku tertarik pada berita tempatan berkaitan pak2 menteri kita berbahas di dewan parlimen tentang pemansuhan saman ekor... adakah ianya wajar atau tak???...tapi seperti biasa, semua usul ini ditolak akhirnya..maka pada anda2 yg ada beberapa ketul saman ekor silalah jelaskan sebelum JPJ menggagalkan permohonan anda utk memperbaharui cukai jalan kereta2 anda...


so...apa yg penting sangat tentang bende nih???? Kau rasa wajar utk dimansuhkan atau diteruskan..????

Entahlah...secara dasarnya, aku setuju dengan tindakan pihak berkuasa tempatan wujudkan saman ini utk menyedarkan pengguna2 jalan raya supaya mematuhi peraturan dan had laju yg ditetapkan.. kalau kau perasaan la..boleh dikatakan hari2 ada sajer berita kemalangan maut yg berlaku di Malaysia nih...kau tak rasa cam nyawa pengguna dijalan raya ni tak bernilai...ya betul..aku tau, ajal maut adalah ketentuan Yang Maha Esa... tapi seboleh2nya, biarlah jumlahnya itu berkurangan...

Kalau kau tanyer pendapatan aku yg tak seberapa nih..aku boleh cakap wajar Cuma pelaksanaan dan kaedahnya diperhalusi lagi...sebab banyak kes, saman ekor ini tiada kena mengena dengan pemilik kereta..contohnya, plat kenderaan adalah palsu...saman tetap saman..yg jadi mangsa pemilik kenderaan..sedangkan pihak berkuasa tidak dapat tentukan yg pesalah itu adalah pemilik kenderaan..

Satu perkara lagi...jika ingin diteruskan..pastikan pengguna diberitahu had kelajuan maksimum..kena ada extra speed limit yg dibolehkan..katakan kelajuan adalah 110km/j..kita kena tahu, ada pengguna guna had 110 tapi ada kenderaan yg ingin memotong, pasti memerlukan lebih dari had 110...kenapa aku highlight bende nih..sebab aku pernah kena saman ekor utk kelajuan 113 km/j utk had laju 110km/j...kawasan yg aku kena tu menuruni bukit...hanya sebab terlebih 3km/j aku kena bayar RM300...

Aku tak kata saman ekor ni wajar dimansuhkan kerana banyak yg komplen n bising...pada aku ianya bagus utk mengajar kita agar lebih berhemah dijalan raya..Cuma macam aku cakap tadi...agar pihak2 berkuasa memutuskan utk menggunakan kaedah ini bagi mengajar pengguna, silalah perhalusi undang2 yg nak digunakan...


Tolong yer...







nota hidung kembang aku: ada dua saman ekor yg belum setel...tu yg mengharap sangat tuh agar dimansuhkan...hukhukhuk

No comments: