ads

Wednesday, May 19, 2010

aPa yG pAra sUami hArapkan...

lama dah aku biarkan ruangan ni kosong utk diisi..namun coretan yg ingin dinukilkan hanya berada dalam lingkungan daya imaginasiku dikala penumpuan ku seharusnya diberikan sepenuhnya kepada jalan raya..tapi disaat jari jemari menyentuh petak2 kecil bertemankan screen lebar yg menyilaukan nih, semuanya jadi kaku dan gelap..otak aku kosong umpama gas detector yg baru aku calibrate semalam..hahaha..(ajer giler nyer ko ayat pembukaan nih..)

bercakap mengenai institusi kekeluargaan..seringkali kesalahan akan terus dilemparkan pada sang suami..memang tak dinafikan, kegagalan sang suami utk mengemudi bahtera rumah tangga menjadi segala punca benda nih....(tapi bukan ini yg aku nak nukilkan..)

di office..aku mendengar luahan rasa mengenai kelemahan, kebangangan, ketidak sempurnaan sang suami...
di blog..aku membaca rintihan pilu sang isteri akibat dari ketidakfahaman sang suami dalam mentafsir hati2 para isteri...
di tv..tatkala melayan adamaya(kantoi..aku bleh layan citer nih..hukhuk..lepas ni nak tukar tagline blog nih..pada putradalamhatiadataman...)..melihat contoh2 ketidaksempurnaan dan kegelojohan sang suami..(sebaik kau adam menyelamatkan maruah lelaki..hukhuk..)

....(ini ker yg aku nak cerita..????)

Luahan rasa Lelaki....

..kami tak sempurna sayang2 sekalian...walaupun luaran nya gagah, tapi kami bukan malaikat yg tidak berbuat dosa dan salah..kami masih manusia biasa..sering lupa n lalai..even kadang2 bila kami berseorangan dan bermuhasabah dengan diri kami, kami sering merasa sangat kecewa dengan apa yg kami dah lakukan..bukan sahaja pada orang sekeliling sahaja, tapi apa yg telah kami lakukan utk diri kami sendiri...

..berilah kami peluang dan ruang utk memperbaiki kelemahan dan kekhilafan dalam hidup ini,..seharusnya, kehadiran isteri dalam hidup kami adalah utk menjadi pendukung dan pemangkin kepada kekuatan kami..

..kadang2 keegoan kami yg menyebabkan kelemahan yg ada lam diri kami terpapar dihadapan mata kamu semua..tapi kena ingat, kerana keegoan ini jugalah yg membolehkan kami memilih dan mengambil kamu2 sebagai peneman dalam hidup kami...

nota betis kaki besar aku:..cerita nih tak habis lagi..nanti2 la aku sambung..sebelum tu aku nak tengok gak feedback nya..tak pasal2 aku kena banned plak nanti...

apa pun...adios..

2 comments:

mrs azman said...

tatau nk komen ape..
just...i love my hubby!

suriani said...

Lelaki, suami, jantan, adam adalah dari jenis yang sama. aku sebagai perempuan dan masih seorang isteri rasa terpanggil untuk memberi komen mengenai perasaan lelaki.(lelaki ada perasaan ke. setahu aku perasan ada la). kekadang keeogaan melebihi segala yang ada. aku tak pernah dengar pun semua lelaki yang ada dekat sekeliling aku minta maaf walau pun diorang tahu memang terang2 salah diaorang. Emmmm lelaki. penting sangat ke lelaki dalam hidup perempuan ni ?