ads

Wednesday, June 02, 2010

pErasAan Lelaki????

2 3 hari ni aku sempat belek2 balik posting2 lama aku...tak sangka plak dah lebih 50 posting yg aku keluarkan kat blog ni. tapi bukan itu yg aku nak highlightkan kat sini.. dari kebanyakan posting yg aku keluarkan, aku perasaan pembukaan ayat aku mesti pasal 'kecelaruan fikiran' dan 'ketensenan' aku..rasa macam dah jadi satu signature plak atau lebih kepada klise yg kepoyoan terlampau...

jadi..apa kena mengena pembukaan aku yg diatas dan yg sebelum2nya berkaitan dengan title posting kali ni????

jawapannya...TIDAK ADA LANGSUNG...(macam harram pun ada gak jawapan ni??? arghh lantaklah...yg baca pun aku sendiri....)

ok..berbalik kepada perasaan seseorang yg bernama LELAKI yg pada lahiriahnya nampak macho diluaran (ataupun bahasa budak2 skang nih..HOT la kunun...pigidah...) padahal hanchor didalam..(aperader hal...dah nama pun lelaki...)..yg mana still...

LELAKI pun ada perasaan,

kalau tak takkan la ada perempuan yg sanggup bergaduh sebab rebutkan seorang lelaki, ini menunjukkan lelaki ada perasaan ingin berkasih sayang...
kalau tak takkan la ada kes penderaan fizikal, mentaliti and sexualiti kalau lelaki takder perasaan amarah dalam diri...
(sekadar amik beberapa contoh la kan...saja jer kasi yg buruk2 kat lelaki sebab perempuan memang suka baca bab2 yg macam ni..kalau boleh segala puji2an harus dihadirkan utk wanita sahaja...hukhukhuk...)

aku pernah ditanya atau yg lebih tepat kita boleh klasifikasikan kepada 'kenyataan' oleh seorang yg bernama WANITA yg mana antara lain mereka menyatakan...

"aku hingatkan LELAKI macam korang ni tak reti nak amik hati...."

merujuk kepada pernyataan diatas ni, aku boleh beri satu kesimpulan awal mengenai WANITA yg mana, mereka ini yg dikatakan hati serapuh roti tisu, perasaan seperti berlari sambil membawa semangkuk penuh air yg mana harus dipastikan tidak akan ada setitis air yg tertumpah...TIDAK MENGAMBIL BERAT LANGSUNG TENTANG PERASAAN LELAKI....

macam ni lah cik kak, cik adik yer..,
lelaki biasanya ada polisi pendirian tersendiri...bende ni tak ada dalam akta pekerja 1955 malahan dalam akta hasutan sekalipun...polisi prinsip ini memang semulajadi ada dalam diri kami yg mana kami meletakkan HAD2 tertentu dalam sesuatu sebelum mengambil sebarang tindakan selanjutnya...
dalam kes diatas terjadi adalah hasil dari polisi prinsip hidup kami yg sebelum ini memberi cukup ruang utk bergurau senda, cukup ruang utk mengenali tahap limit amarah kami dan cukup ruang utk memperbaiki KECELUPARAN mulut dari seorang yg kami sayangi iaitu WANITA...
(aku pun tak pasti..korang paham ke tak dengan apa yg aku nak sampaikan nih...)

Yg nyata, limit2 diatas ini juga bergantung kepada keadaan seseornag itu juga..seperti wanita yg mana akan ada dalam sebulan hari yg penuh moody, begitu juga kami..dan nasib anda adalah tidak baik jika mengandaikan yg kondisi fikiran dan kewajaran fikiran kami adalah sama seperti semalam, adalah sama seperti sebulan atau sama sepanjang masa..

senang cerita...

"masuk kandang kambing mengembeekkk...masuk kandang buaya..Pweewiitt (bunyi ni terhasil bila cikgu masa aku form 5 dulu minta buat bunyi haiwan, n kitornag lelaki sependapat untuk menggayakan bunyi buaya seperti bunyi diatas)...."

adios...

No comments: