ads

Friday, June 11, 2010

wOrLd cUp 2o1o...

kUrang dari 24jam sebelum sepak mula piala dunia tahun ni yg julung2 kali diadakan di benua afrika...aku cam biasalah, diantara berbilion peminat bola yg akan bersengkang mata melayan menatang nih..cuma mungkin aku tak macam sesetengah dari mereka yg akan layan every kesemua 64 perlawanan.

memang dah habit aku, layan bola kepada pasukan yg aku sokong atau perlawanan tumpuan jek..cuma sedikit ralat la sebab setiap 4 tahun kejohanan ni, still tak nampak lagi bila kelibat team Harimau Malaya kita nka beraksi sama, sama macam diorang gelarkan Blue Samurai kepada Jepun..kan best kalau tetiba diornag review team kita n sebut Harimau Malaya dalam pelat mat saleh..haha..entahlah....

sEtiap kali berlangsung nya temasya nih, aku akan set 4 team sebagai team pilihan aku utk muncul sebagai juara..kena pilih 4??? ntah senang kata kalau pilih 4 nampak senang sket team yg aku pilih berkemungkinan utk juara, kalau pilih satu payah tuh...hehe

ok utk tahun ni aku pilih THE AZZURRI, THE SAMBA BOYS, THE THREE LIONS n THE ORANGE...
pilihan utama aku utk tahun ni aku rasa brazil mampu utk mengembalikan maruah diorang yg terjejas dalam kempen 4 tahun lepas..satu antara punca naper aku cakap camni sebab brazil atau team amerika latin sangat menyerlah bila world cup berlangsung diluar eropah..kalau tak caya korang boleh kaji selidik sendiri...aku dah buat cuma malas nak kongsi jek..

cuma team ni agak kurang popular dari segi pemain bintangnya, berbanding sebelum2 ni yg rata2 bermain diliga eropah..team kali ni hanya Kaka, Robinho, julio cesar n beberapa jer yg aku kenal..yg lain aku tak pasti...

iTaly...aku masih lagi sokong team nih since tahun 2000 setelah diorang tewas ngan france kat euro..cuma tahun ni aku rasa diorang akan pulang lebih awal berbanding 4 tahun lepas..walaupun dilatih semula oleh Marcelo lippi yg membawa kejuaraan kat diorang sebelum ni..tapi skuad kali ni boleh dikatakan sebagai team kuda tua, kederat cannavaro, zambrota, buffon, camoranesi, pirlo, guttuso masih menjadi pilihan...aku tak terkejut kalau diorang hanya mampu pergi sampai suku akhir jek..bukan tak yakin ngan kemampuan pemain berpengalaman ni, tapi bola sepak moden mementingkan kepantasan dan aku tak nampak cannavaro mampu utk bertindak macam mana dia buat 4 tahun lepas hingga muncul Pemain terbaik dunia.....apa pun Forza Italiaaa.....

bElanda..walaupun pernah jajah bumi melayu nih..tapi sebab the beutiful of football menyebabkan aku pilih diorang...holland memang terkenal diantara negara yg mengamalkan corak permainanan menarik n skill individu yg tinggi selain dari brazil..cuma diorang ni selalu tak bernasib baik...cuma nasib sedikit malang bila robben plak injured..satu petanda yg kurang bagus utk team nih...

n the last team...England..skali lagi negara penjajah ni gak yg aku pilih..napa???sebab aku dah kenal hampir keseluruhan team nih...lagipun diornag dah terlalu lama tak pegang piala dunia nih yg pertama n terkakhir yg diornag pegang tahun 1966 tu pun sbb main kat england...cuma utk tahun ni diorang memerlukan LUCK sangat2 sebab sebelum2 ni diornag tewas akibat dari kesilapan pemain n kekalahan dari penentuan penalti...

cuma yg menjadi sedikit masalah bila team ni kekurangan pemain penyerang yg berkaliber..hanya mengharapkan pada sentuhan magis rooney..tapi yg bagus ngan team nih adalah general2 kat tengah padnag yg sangat penting dalam bola sepak..diorang ada, gerard, lampard, barry, carrick, joe cole, milner n beberapa nama lain lagi lah...

yg nyata..antara sebab kenapa aku rasa england mampu pergi jauh sebab kredibiliti capello..dier diantara coach/pengurus yg sangat bagus dan ada karisma sendiri..

cuma tulah yg aku boleh cakap..team ni memerlukan sangat2 LUCK...


so kepada peminat bola..layan2 gak tapi jangan sampai ramai yg ponteng kerja..hahaha..n aku pasti sangat gejala mc akan bertambah n EL pun akan bertambah gak...

adios...

3 comments:

ARG said...

emm..sedara, belanda penah jajh malaya ke??..bukan enggeris & portugis je ke...ngeh3

ARG said...

camana pun, gua belanda beb..hahaha

PutRaMetaL said...

der..indon tu kira malaya ler tuh..diorang jek yg tak nak mengaku sebahagian dari malaya...