ads

Sunday, June 06, 2010

LagEndA bUdaK sEtan

aHadiat aKashah salah satu penulis peberet aku zaman skolah dulu..(ayat pembukaan ni jer dah menelanjangkan sifat diri yg dalam hati ada taman2 kristal kaler pink...) tapi aku pelik sangat, mahakarya die yg satu nih haram aku tak pernah baca pun..kewujudan buku di alam maya ni dalam tahun 84/85 camtu tapi sampai dah jadi filem pun, aku tak pernah baca..erm...mungkin dah tua kut aku nih...

aKu admire cara penulisan ahadiat nih..sebab apa yg dia tampilkan dalam watak2 cerita novel2 dier kebanyakannya senario yg ada dizaman sekolah dan kolej masa tuh...aku pun dah lama sangat tak membaca novel2 penulis skang..ntah la..dah kurang minat utk membaca novel2 meruntun jiwa ni kut..
entah lah...

sEmalam, aku dan isteri berkesempatan utk melayan movie Lagenda Budak Setan(LBS) ni di pawagam..sampai ke Alor Star aku layan..kebetulan aku gi melawat isteri kat sana, so nak mengempiskan dompet aku yg sedia kempis, kitorang layan la movie ni..
ada beberapa sebab kenapa aku n isteri nak layan cerita nih, 1st sebab tertarik dengan novel tu sendiri..saper tak nak tengok wei, novel yg dianggap paling laris skali dipasaran...2nd sebab tertarik dengan trailer movie ni, tertarik dengan cinematografi filem ni yg pada aku dalam kelas tersendiri...3rd sebab tengok barisan pelakonnya...

aku tak memberi harapan yg terlalu tinggi sangat kat filem nih sbb sebelum2 ni bila aku letak harapan yg menggunung tinggi utk filem Melayu, apa yg aku dapat lepas kuar panggung..KECEWA...so utk filem ni aku sekadar meletakkan diri aku sebagai penonton yg kuar ke shopping kompleks nak layan movie pastu dah tak tau nak tengok cerita per sbeab cerita yg nak ditengok fullhouse..pastu sebab kat dompet ada duit lebih rm10 yg abah pagi tadi pastu kalau tak guna sayang plak, so nak habiskan dengan cepat aku beli jer tiket wayang nih...(melampau tak alasan nih..aperaderhal..aku nyer blog..hehe)

saat kluar jer list nama2 mereka2 dibelakang tabir filem nih..

aku boleh letakkan filem ni sebagai BERBALOI UTK KORANG KUARKAN RM10 UTK TENGOK FILEM NIH...so adik2..akak2..bro2..der2.. yg lahir sebelum tahun 1985 rasanya korang patut spendkan masa utk layan cerita nih...

sekadar berkongsi apa yg ada dalam kepala aku lepas habis layan cerita nih...

apa yg boleh diharapkan sangat utk movie berdurasi 1jam40minit ni berbanding novel asal yg tebal 1000++ page..pasti sangat sukar kan..bagi aku yg tak pernah membaca novel ni mungkin boleh terima lagi filem ni, namun pada mereka yg memang admire ngan novel nih n mereka2 yg dah hafal susur galur watak2 kasyah, ayu, azmi n even katerina mungkin akan rasa sedikit kecewa la..

pada pendapat aku lah..filem ni patut dihasilkan dalam 2 part, part 1 adalah pada zaman kolej n 2nd part utk selepas ayu berkahwin..napa aku sebut bende nih sebab,dah tajuk filem LAGENDA BUDAK SETAN tapi perilaku setan yg kasyah n the geng lakukan hanya berjaya diterjemahkan tak sampai 3 scene dalam filem nih..pada aku sangat sayang la sebab penghasilan awal novel nih berteraskan pada perasan memberontak seorang lelaki yg membesar tanpa ibu dan ayah n kejadian silam yg meyebabkan dia anti perempuan...
Movie ni pada aku tersangat la laju...kat sini yg rasa sayang sangat, sbb mungkin filem ni akan lebih menarik jika watak kasyah n lelain dikembangkan...ini pun pendapatan peribadi aku lah yg cukup2 makan utk aku n isteri dan tak berapa tahu sangat pasal filem nih..maklumlah tengok movie pun kalau ada duit lebih bapak bagi....hahaha..

yg paling aku puji adalah watak kAsyah dari farid kamil n Azmi dari Que haidar...lakunan korang sangat superb..2tumbs up aku bagi...farid kau berjaya jadikan watak kasyah ni hidup dan buat aku percaya wujudnya lelaki yg sangat setia pada cintanya...kira cinta agung tahap dewa nih..
utk Que plak, aku rasa kau dah boleh la gantikan pelakon2 lelaki senior yg lain..kau berjaya mengubah expresi lakunan dari watak seorang yg cool n secara tiba2 boomm..meletup n kemudian menangis kekesalan..memang terbaek dari ladang watak kau nih...n aku percaya kau boleh menang pelakon tambahan lelaki terbaik utk anugerah akan datang...watak2 lain bukan tak berjaya tapi sangat berjaya contohnya watak katerina lakunan Nurfazura walaupun sekejap tapi impact dier sangat kuat, tapi 2 watak dari farid n que terlampau terbaek...keep it up...

so malas nak panjang2kan cerita, korang just pergi panggung sana n layan..tak rugi per pun...


***ada beberapa perkara yg aku rasa ralat sangat sepanjang aku berada kat panggung tu semalam..
pertama..susun atur kerusi kat panggung ni yg meletakkan tangga di tengah2 panggung..sedangkan kat situ lah view paling terbaek utk layan movie..dah la movie ni mula tepat pada waktunya yg pada ketika itu tengah ramai orang lalu lalang cari seat..sangat terganggu...
second..2 3 budak perempuan belakang kitorang yg sangat annoying...sepanjang layan movie tu,.ada jer yg tak kena pada mata diorang..ada jer bende yg nak dikomen..tolong la weh..jangan jadi macam orang tak pernah masuk panggung..bende tu sangat mengganggu, even perut pelakon pompuan dalam filem tu pun korang nak komen..macam la korang tuh perfect sangat...kalau ikut nafsu amarah syaitan dalam hati aku mau aku tempeleng barang sekeping 2 kat diorang nih..sebaik aku layan kat tempak hangpa..kalau hangpa mai sini mau aku tabuh..

akhir kata...
sembang kemaih..kencin beteraboq...

adios...

No comments: