ads

Thursday, September 30, 2010

JikA iNgin mEngunGkapkan kAta....

eRm...aku pun tak pasti kenapa 2 posting sebelum ni sangat meluahkan rasa...hehehe...sangat emorsional..entah lah..tapi nak kata posting selepas ni akan aman tak juga kut sebab ni pun nak luahkan apa yg aku rasa n apa yg aku boleh keluarkan pandangan..Bukan niat utk mengeji atau menyokong atau membangkang mana2 pihak..cuma aku rasa luahan rasa aku ini perlu kut utk kita sama2 fikirkan atau sekurang2nya jadikan panduan pada sesiapa yg rasa boleh dijadikan petunjuk la....

cerita ni dari semalam lagi aku nak keluarkan tapi internet kat umah plak macam musibat...so aku terpaksalah amik masa sket kat opis ni dengan alasan buat report padahal ...(sendiri mau ingat..)..

kenapa aku nak keluarkan sangat posting ni sebab aku terbaca di Harian Metro semalam seperti yg terlampir dibawah ni lah....
Aper yg aku sibuk2 kan nih???????....dari pemahaman aku baca artikel dibawah, tuan menteri kita meminta agar pengundi2 Dun Galas supaya memperbaiki kesilapan kerana sebelum ini yg memilih calon dari parti pembangkang memerintah instead of Parti Kerajaan skang ini...

Kenapa aku nak ulas menatang nih????...pada aku sangat tidak wajar pak menteri kita menuding jari kepada rakyat....NEGARA MALAYSIA berlandaskan DEMOKRASI yg mana memberi sepenuhnya kuasa kepada rakyat utk memilih siapa pemimpin yg dirasakan wajar utk mentadbir dun, parlimen atau negara....jika pak menteri kita meletakkan kesalahan dibahu rakyat maksudnya pak menteri kita sendiri menolak hukum demokrasi itu sendiri....

Pada aku..KESILAPAN yg dinyatakan pak menteri tersebut harus ditujukan kepada pemimpin2 yg dipilih..atas apa kesilapan yg membuatkan rakyat tidak memilih mereka berbanding dengan pemimpin lain dari parti yg berlainan..aku rasa bende ni wajar difikir dan renungkan oleh barisan kepimpinan yg diatas sana..lagi skang ni yg rajin PM kita war2 kan..RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...

KENAPA aku highlightkan bende nih?? sebab,...keputusan pilihanraya sebelum ni dah memberi satu tanda yg pengundi2 skang ini tidak memandang kepada sejarah lampau atau kenangan2 lampau...pengundi2 skang ini melihat masa hadapan dan ingin melihat perubahan sperti yg di gembar-gemburkan...tiada lagi istilah manis mulut...skang masa utk pemimpin menyinsing lengan bekerja utk kemajuan bersama rakyat....

aku bukan lah bijak pandai dalam bidang politik n sebagainya...aku bercakap sebab aku ada hak selaku pengundi berdaftar dinegara ini...dan pada aku jika pak menteri meletak kesilapan atas bahu pengundi seperti aku...aku marah kerana aku ada hak...begitu juga pengundi di Galas..mereka ada hak...dan jika pemimpin yg diplih gagal itu bukan kesilapan diorang tapi PEMIMPIN ITU YG TIDAK AMANAH kerana gagal utk menjalankan kewajipan dan amanah yg diberi....

so fikir2kan lah.....



nota hidung kembang aku: satu jari menuding kelain, 4 jari lagi menuding kearah diri kita sendiri....

No comments: