ads

Wednesday, December 01, 2010

Double Trouble Live Concert in JB...album review...


eRmm…pergh..belek punya belek baru perasan cuma ada 2 post jek utk bulan sebelas…aper kejadahnya yg telah terjadi kepada aku nih..aper ke heiy nyer yob…hukhuk…argh..sindrom malas melanda dan boleh dianggap berada dalam level yg sangat crucial. Tapi ada aku kesah (haha..pinjam ayat pattern azwan ali…)..malas nak citer panjang2 buat lenguh jari jer menaip…so kita teruskan ke agenda yg sepatutnya….

Dah agak lama aku tak review album2 baru yg aku beli..nak buat camner..braper kerat sangat la album baru yg nak diterbitkan skang nih…last album yg aku review rasanya album Faizal Tahir..Adrenalin...----> KLIK SINI…lepas tuh aku tak beli mana2 album pun until last 2 weeks…pusing2 nyer pusing kat kedai speedy@ikano terpandang kelibat album DOUBLE TROUBLE LIVE CONCERT IN JB 2010….

PerghhhhhhhhhhhYabedabedugempaksentulsangaphampesssssssss(cuba la try cakap cam iklan celcom…)..ada gak bende yg aku boleh bazirkan duit hari tuh…hahaha..(cakap macam ler banyak duit..hampesss….).kenapa aku teruja+teruji+terkesima tentang album nih??? Ntah ler..mungkin aku salah soragg yg berpengalaman merasai kehebatan concert nih kat bukit kiara bulan 5 harituh...---> KLIK SINI…..Cuma yg kecewanya rakaman live ni dijalankan time diorang buat di JB….

Berbalik kepada album nih….kita start dgn kulit luarnya..sangat simple hanya meletakkan ucapan2 terimas dari ahli search n wings dan senarai mereka2 yg belakang tabir yg turut terlibat dalam rakaman album nih..selain tuh hanya gambar2 aksi setiap ahli kumpulan search n wings..nama pun rakaman live kan…apa lagi yg korang harap nak diletakkan?? Takkan la nak letak lirik setiap lagu yg ada..aper ke heiy nyer..kater peminat tegar takkan la tak hapal lagu2 nostalgia diorang nih….

Bercakap soal track list album nih…ada 21 track yg dibahagi kepada 2 album…menyusuri lagu2 yg tersenarai dalam album nih..aku boleh cakap hampir 100% adalah lagu2 yg diorang perform masa di bukit kiara.. dan aku sangat yakin 21 lagu nih rasanya bukan kesemua lagu yg diorang perform time di JB haritu…tapi sedikit sebanyak dapat la mengimbas kembali kehangatan perjalanan concert nih dulu…lagu2 yg diletakkan dalam album nih boleh dicakapkan lagu wajib setiap kali search n wings perform…starting ngan Gemuruh dan berakhir ngan RNR Lu Punya Suka n Pasti…sama cam di bukit kiara…beza disc 1 n disc 2..aku boleh cakap disc satu lebih kepada fast number song..Cuma ada lagu Isabella n gema di inderaloka sahaja yg slow..berbanding disc 2 yg lebih kepada lagu2 nostalgic..turut dimuatkan rangkaian lagu slow medley terbaek diorang spt rozana+semalamYghangat+Gadisku+tamanRashidahutama+menitiTitianusang+misteriMimpisyakila….

Bercerita pasal kualiti sound..aku boleh cakap sound di JB lebih baik berbanding di Bukit kiara..aku tak pasti samaada mereka telah edit utk lebih baik atau sememangnya kualiti sound system yg diorang gunakan memang baik..dan aku boleh cakap, tenaga kerja rakaman album nih tak mengubah banyak bende sebab kita boleh dengar beberapa part yg menyaksikan sedikit kesumbingan suara awie n amy…mereka still terbaik…so jangan salah sangka..tapi apa yg korag boleh harapka utk concert selama 2 jam yg rata2 lagu semua berada dalam scale sakit tekak..dan ini concert rock dude..mana ada yg perfect pitching kan…pada masa yg sama korang boleh dengar sendiri kesilapan kecil amy yg lambat time lagu pelesit kota n beberapa bende2 kecil yg biasa terjadi dalam concert besar…hahaha…

so kepada mat2 rock tegar, rasanya album ni wajib utk dijadikan collection..setahu aku selain cd format diornag turut jual dalam bentuk DVD n VCD format utk mereka2 yg tak berkesempatan nak ke stadium time tuh...so apalagas...cargasss....




Nota hidung kembang aku : Tak dapat nak turut serta 25/12 nih utk penutup DT di Sunway Lagoon...tunggu n kumpul duit utk layan WINGS kat IB jer lah bulan april tahun depan.,...

No comments: