ads

Thursday, January 06, 2011

kEjaYaaN sBg LanGkaH pErUbaHan.....

eRmm...3 post sebelum ni semua berkaitan dengan muzik jek...so kita tukar mood la plak....


rasanya aku adalah orang terakhir kut yg post kat wall ni tentang kejayaan skuad 'Harimau Malaya' yg kemungkinan akan ditukar kepada 'Harimau Malaysia' plak lepas nih, menjuarai Kejohanan Piala AFF Suzuki 2010....


...bukan tak patriotik atau takder semangat kewarganegaraan yg tinggi, walhal aku antara penyokong yg sanggup merungut2 ngan makcik owner kedai makan area bandar melaka yg empunya LCD TV 42" siap berbekalkan Sound System hampir sehebat konsert DT tempohari hanya bila minta dier tukar siaran ke Siaran Langsung bola dier bleh cakap..."makcik tak minat bola..lagi pun kedai2 sebelah semua dah bukak bola.."....hadoi makcik..patut la kedai makcik kosong jek malam tuh...kedai lain yg berbekalkan tv petisejuk (ni kalau owner kedai tu baca..mampus aku...) bersaiz 23" penuh ngan manusia....hampasss sungguh...makcik kalau bukan sebab sy dah order makanan makcik yg serius tak sedap tuh...dah lama saya blah cari kedai mamak... 
dah..membebel plak...kan suro citer tentang kejayaan...aper ke hal kau bebel pasal makcik tu plak....


ok...n jangan salah faham tentang entri ni plak...sebab aku malas nak citer tentang kejayaan skuad kita kali nih...bukan tak bangga dengan kejayaan, cuma rasanya biar lah aku bercakap dari sudut yg lain plak...lagipun dah ramai kat luar sana yg cerita tentang kejayaan nih..kalau tak..takkan la si Khairul Fahmi tu boleh ngetop kat Tweeter..siap awek dier menerima cercaan n komen di Facebook kan...si Safee sali plak dioffer oleh kelab2 dr Indonesia n Vietnam...huhuhu...


ada beberapa sebab kenapa kejayaan kali nih mendapat liputan yg sangat luar biasa...baik dari pak menteri sampai lah ker kak kiah...hantu kak limah...pak jabit..n seluruh pelusuk penduduk di Malaysia nih ler....media elektronik n media massa hampir 2 3 page sehari cerita tentang skuad Harimau Malaya kali nih...(alamatnya ramai la artis2 wanita n para2 wanita kita yg kejar player2 nih..boleh jadi WAGS cam player2 luar sana tu hah....upss...terlebih la plak...ni ayat cari gaduh nih...huhuhu...)


eRmm..malas nak bg penerangan sebab2 kenapa menjadi fenomena plak kejayaan skuad kita kali nih.. rasanya korang kat luar sana lagi tau kut dari aku yg cetek pengetahuan nih....


ok..berbalik kepada intipati sebenar posting nih....aku bukan jealous atau sakit hati dengan beberapa imbuhan yg diberikan kepada pemain2 nih yg dah mengorbankan tenaga utk mengharumkan nama Malaysia dipentas antarabangsa...
kalau kita peratikan...selepas jek kejayaan Piala AFF suzuki...macam2 pihak yg sudi menyumbangkan imbuhan...ada yg beri dari segi wang ringgit...n ada yg sumbang dari segi kebendaan...


sifat memberi ni memang bagus...sebab rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat murah hati...tu yg melambak kes2 buang bayi tuh...sebab murah hati ler tuh...(apa kena mengena ngan kes bola plak nih....)


cuma pada aku la..pemberian tu biar ler berpatutan..ini kerana kita taknak..pemain2 nih rasa kejayaan ini adalah pencapaian seumur hidup..takut bila mereka rasa selesa dengan gelaran tuh..mereka akan lupa perjuangan sebenar dalam bola sepak bukan utk menang AFF suzuki jek..tapi kalau boleh nak letak skuad Harimau Malaya nih dalam senarai 32 team yg bertanding dalam kejohanan WORLD CUP...


kalau boleh kita jangan manjakan pemain2 nih dengan imbuhan yg terlebih2... fokus utk membuat perubahan bagi meningkatkan mutu permainan masing2 supaya setaraf utk bertanding diperingkat ASIA n DUNIA plak...selain tu kita nak letak dalam fikiran supaya kejayaan yg kita capai nih sebagai pemangkin kepada kejayaan yg lain plak...aku yakin..skuad yg ada nih mampu utk menaikkan balik nama HARIMAU MALAYA tu sendiri yg dah lama sangat tidur....


adios....








nota hidung kembang aku: apa salahnya kekalkan nama HARIMAU MALAYA????

No comments: