ads

Saturday, January 23, 2010

~xPdC rEuNioN - rAsoPaRisO 'bUdiBaik'~

akhirnya...minggu ni berjaya gak aku dapatkan album ni kat pasaran..jauh bai aku beli..kat sabah tu hah..(kebetulan aku keje kat sana minggu lepas..jalan2 jumpa kedai cd terus angkat album ni..)

memang dah lama aku nantikan gabungan line xpdc ni..izo(guitar)..zua(bass)..amy(drum) dan mael(vocal) yg kali terakhir album penuh diorang aku dengar dan miliki album Brutal..(memang brutal album tu..) yer lah..setelah 12 tahun baru diorang ni nak bergabung n hasilkan album baru semula..memang berutal...so aku malas nak citer tentang sejarah diorang..nak buat per kan..sebab aku rasa korang kat luar sana lagi tau pasal band ni dari aku..kita fokus pada intipati album ni ler...
mengambil Rasopariso yg bermaksud budi baik sebagai tajuk album aku rasa dah sangat gempak dah..gimik ni sama cam masa diorang kuarkan album ketiga diorang dulu Kita Peng-Yu(kita kawan)...dalam album ni ada 9 lagu baru
1)Sanasinisamasaja
2)Aku Tetap Aku
3)Ntahnye NtahTidak
4)Rasopariso
5)Rasa
6)Puing Cinta
7)Sampai Bila
8)Curahan Rasa
9)Menentang Arus

serta 4 lagu yg aku rasa identiti xpdc yg telah remastered semula..
10)Raja Kertas
11)Talam Dua Muka
12) Bahalol
13)Tak Nak Jadi Soh Chai
Setelah mendengar album ni berulang kali setiap kali pergi n balik kerja..hanya satu yg ada dalam fikiran aku...ALBUM TERBARU NI ADALAH YG PALING 'LEMBUT' dalam senarai album2 xpdc sebelum ni...

kenapa aku cakap camtu????

Ini kerana..dari 9 lagu baru dari album ni hanya ada 2 lagu sahaja yg betul2 pada aku heavy metal muzik..dan 2 lagu ni lah yg aku nanti2kan sebab dah menjadi satu tanda atau signature pada xpdc dengan muzik ala2 Metallica..sayang..(sedikit kecewa disitu...)

Dan yg menariknya untuk album ni..takder satu lagu pun yg boleh dikatakan berjiwa lentok macam album2 terdahulu..kalau korang harap diorang akan bagi lagu seperti titian perjalanan..C.I.N.T.A..n sewaktu dengan nya jangan harap ler....

7 lagu selebihnya adalah aku boleh cakap dalam range moderate laa...ada beberapa lagu yg muziknya dan iramanya seakan2 Semangat Yg Hilang atau Sakinah..kalau korang dengar lagu2 dari album ni mungkin korang akan paham aper yg aku cakap....
kita tinggalkan dulu bab lagu2 dari album ni sebab mungkin ini adalah pembaharuan dan mungkin percubaan dari xpdc kali ni untuk menarik penggemar2 muzik ketika ini yg lebih terarah kepada muzik indie..

Bercakap padal performance line up ni..aku rasa takder pertikaian lagi kut.sebab diorang ni dah sangat mahir dan otai dalam heavy metal muzik ni..diorang tahu apa skill yg diorang perlukan untuk xpdc..riff guitar n solo dari izo pada aku still terbaik dari dulu hingga sekarang..mungkin sebagai tanda pada sentuhan izo ni dier still maintain guna 'Cry Baby Wah-Wah'..hahaha kalau korang nak tau aper kejadah nya bende ni..rujuk2 la majalah2 muzik.korang akan tau ler..
pukulan Amy plak tak payah cakap ler..mantap bro..walaupun dulu tempat lu diambil oleh lola..namun aku still prefer lu sebagai kaki pukul xpdc...Zuar seperti biasa..bass nya tetap garang macam imej dier juga ler...dan akhirnya..ornag pertama yg kuar dari Xpdc sebelum ni,.Mael..walaupun vocal lu selalu dipertikaikan tapi pada aku...lu patut bersyukur dengan kurniaan Allah bro..sebab vocal lu pada aku sangat lah rare kat dunia nih..sebab vocal lu memang semula jadi dah beridentiti kan Rock..tak kira lah lu nyanyi lagu selembut sutera ker..atau sekeras batu bata ker..suara lu still rockin...keep up bro2 xpdc...

walaupun sedikit kecewa dengan hasil album ni..tapi aku rasa berbaloi gak la untuk memiliki album ni..yer lah kan..mungkin diorang ni nak follow idola diorang dulu Metallica yg pernah kuarkan album yg paling lembut iaitu album Load..so mungkin diorang nak cuba sesuatu yg baru ler ni..

pada peminat2 xpdc kat luar sana...jangan amik keseluruhan ulasan aku nih..tapi beli album ni n korang nilai sendiri..aku ada pendapat aku sendiri..begitu juga dengan korang kan..saper lah aku nak menilai muzik2 diorang ni..

adios..

2 comments:

Niniekartini said...

teringat aku time sekolah dulu..

hanya aku dari kalangan budak perempuan yang layan lagu kepala gila ko nih..huhu..

PutRaMetaL said...

hahaha....jangan di ingat zaman yg dah berlalu tuh..banyak sangat memori indah masa tuh,,.