ads

Monday, February 01, 2010

gUa mAsiH Lagi bErfiKir..?????


kesentalan aku minggu ni agak kronik juga ler..lebih2 lagi bila check kat bank takder pertambahan nilai pun atas baki akhir yg kluarkan minggu lepas..<----situasi yg agak parah nih...

dan kesentalan aku mencapai tara klimax pada hujung minggu semalam bila berseorangan dan bersendirian kat umah..banyak benda yg berlegar dalam kotak fikiran meliputi segala organ dan saraf dalam otak aku nih...bukan bertujuan untuk menjadi seorang pemikir cuma takder benda jer yg aku nak buat masa tue dan atas sifat kemanusian yg telah didik dalam diri untuk tidak menggangu hidup kawan2 lain untuk meluagkan masa bersama keluarga masing2...hukhukhuk...

So..ketika fikiran terawang2...aku terkenang kembali kepada beberapa persoalan yg dilampiaskan kepada aku..aku pun tak paham kenapa soklan2 camni diorang bleh tanya kat aku..sedangkan kehidupan aku pun pnuh dengan persoalan..kira ok ler tue, bila diorang bertanya bermaksud diorang percaya dan yakin dengan aku..<---ayat seperti merendah diri...tapi nampak mempoyokan diri itu lebih lagi... soklan pertama..
Kenapa lelaki lebih mementingkan kawan2 n keluarga dari isteri masing???

Jawapan ikhlas aku....kenapa ek??? cuma yg aku boleh cakap ler..ini untuk perhatian isteri2 khususnya laa..kehidupan lelaki ini penuh dengan istilah TANGGUNGJAWAB...confirm akan disalah ertikan sebagai klise dan salah satu agenda untuk melarikan diri dari persoalan diatas..tidak...sebenarnya kehidupan lelaki setelah berkahwin terbahagi kepada 3..satu bahagian untuk keluarganya...satu bahagian untuk kawan2 sepermainan nya..dan bahagian terakhir kepada isteri dan keluarga mertuanya...
lelaki bukan seperti wanita yg bila dah berkahwin seluruh jiwa raga akan diserahkan kepada suami masing2..itu memang lahiriah hidup wanita dan wanita jangan la mempersoalkan benda yg sama kepada lelaki..walaupun sudah berkahwin..tanggungjawab seorang lelaki kepada keluarga tetap seperti dahulu..makan minum pakai keluarga nya tetap diambil tahu..<---so persoalan kenapa lelaki kena dahulukan keluarga terjawab disitu...

untuk persoalan kenapa lebihkan masa untuk kawan2..kenyataan ini silap kerana..aku amik contoh hidup aku ler..(sebab ianya dekat ngan aku...)..dalam seminggu kita ada 7 hari yg mana aku peruntukan 2 malam sahaja untuk kawan2..satu malam untuk layan bola kat stadium dan satu malam untuk main futsal..kenapa bende ni penting..kerana hanya ada 2 malam ni jer yg aku akan tahu perkembangan kawan2..masa ni lah untuk tahu perkembangan kawan2 dan mengeratkan hubungan...sebagai contoh la kan..kalau kita meninggalkan kawan2 setelah berkahwin...kawan2 confirm akan pulaukan kau ler kan.. tiba2 satu hari berlaku kemalangan, xnak kemalangan ler..kita letak kerosakan kereta..saper yg kau nak minta bantuan??? minta bantuan dengan isteri?? confirm kereta tu takkan bergerak kemana2 pun kan.. so dekat sini lah peranan kawan2...<---kawan2 tolong bagi kreadit lebih sket kat aku pasal jawapan nih...


Soklan kedua....kenapa bila satu2 perkara yg disuruh oleh isteri akan diambil mudah dan dilewat2kan penyelesaianya???/

Jawapan tak berapa ikhlas aku....ini aku tak bleh nak kater per lah..mungkin bukan semuanya camni tapi kebanyakan nyer yg aku nampak camni..kalau korang pernah peratikan berapa cepat respon anda kepada sms atau call kawan2 berbanding dengan respon bila isteri suro gi kedai beli belacan atau betulkan mentol lampu bilik air yg terbakar???hahaha..jawapannya confirm korang akan jawab n balas sms member2 dulu ler kan..mentol tu biasa ler..esok2 lusa bleh tukar..kalau gelap pun bukannya tak bleh buang air kan..pastu hal belacan..tu semua masakan melayukan..takyah belacan pun bleh makan per..huhuuhu...
jawapan diatas bukan alasan tau tapi cuba korang (isteri2...) fikir..sebenarnyer lelaki dah dahulukan hal isteri lama dulu..masa bercinta dulu lelaki dah korbankan masa n tenaga untuk wanita..kalau awek cakap kul 10 kat umah, 9.59 korang dah sengal tunggu awek anda yg masih lagi bersiap..kalau tetiba awek memalam nak makan tau fu fa, even cuaca masa tu tengah ribut petir, confirm lelaki akan carikan juga la..tu semua pengorbanan tue, so kalau skang korang persoalkan tentang hal nih, lain kali jangan suro lelaki buat perngorbanan dulu ekk...hahahha<---- atas jawapan ini, confirm isteri aku akan pelangkung aku dengan baldi warna merah kat bilik air tu nanti...


hahaha..tu diantara soklan yg berlegar dalam tempurung kepala hotak aku minggu nih..banyak lagi sebenarnyer..tapi aku hanya berkesempatan untuk jawab 2 tu jer lah..lain kali ler aku kuarkan lagi dalam harddisk kepala aku nih...

adios..

9 comments:

mrs azman said...

siape la isteri awak tu yea??!!!!
kalo saya jd isteri awak, saya xpelangkung pki baldi tp saya hambat pki batang mop kt bilik air tu.

PutRaMetaL said...

ni macam kenal jer tagline batang mop dibilik mandi...serangan peribadi nih...

Niniekartini said...

wakakakak.... memang tergelak aku baca posting ko tuh.. baca pulak komen mrs azman..wakakakakakka

tergolek2 aku kat cni.. huhu

cempeDak_wanGi said...

hahahahaha....

apela korang... ganas jugak pakai baldi ngan batang mop dlm pergaduhan suami isteri. haha..
salute lu bro.. memang otak lu sentiasa berfikir dan seterusnya meluahkan ayat2 bernas dlm penulisan lu.

PutRaMetaL said...

ni semua mrs azman nyer hal ler nih..citer bilik air pun nak highlight dalam blog nih..rosak2...

mrs azman said...

rosak?...
tu br cite bilik air...blom bilik tdo lg.

PutRaMetaL said...

confirm makin rosak threat nih...aku kena kuarkan entri baru secepat mungkin nih...

Mrs GB4B said...

haduyaii...sye sokong mrs azman!. kalau x ckup btg mop ke baldi ke..sye leh dapatkan supplier.

PutRaMetaL said...

alermak..sudah ada kroni ler plak..ni mesti mrs2 yg dah mendera suami masing2 dulu nih..tu yg menyokong jer usul2 sesama kaum nih..