ads

Tuesday, December 28, 2010

Ni hAo mA ~ kHaliFah...

eRmmm....sorry la wen, lambat plak nak kluar kan posting nih...tak berkesempatan ler...huhuhu...(sambil buat muka ala2 manja minta simpati...sumpah buruk siuutt..)
dah seminggu aku pegang album nih n ntah berapa banyak kali plak aku ulang dengar pun aku tak pasti..haha..aku rasa owner album ni pun tak dengar sebanyak yg aku dengar..huhu..(baik2 bai..kang hilang lagi album orang..aduyaiii..)

aku percaya..tak ramai yg perasaan kewujudan album nih..even kalau aku dengar lagu n orang tanyer band mana ni bai??? bila aku jawab KHALIFAH semua melopong..tanyer band baru ker???..hehehe...boleh dikira otai gak band nih..sebab album yg baru nih adalah album ketiga diorang wei..kalau tnayer naper tak berapa kenal?? korang pikir n jawab sendiri laa...aku malas...hehehe

NI HAO MA bila ditranslatekan ke bahasa melayu jadilah satu pertanyaan APA KHABAR yg dijadikan judul album ketiga kumpulan KHALIFAH nih..album 1st diorang KEHIDUPAN 2008 n CINTAku DEWI KAMALA 2009 adalah album kedua diorang...(aku hanya dengar album 1st jek...album kedua pun aku dengar lagu cintaku dewi kamala jek...huhuuh...apa daa, kater mat rock tegar...caesss..)..album ni memuatkan 11 buah lagu yg mana 9 lagu baru dan 2 lagu saduran SiJantung Hati n Cik Mek Molek....dah jadi trademark kumpulan ni kut utk menyelitkan lagu2 saduran macam ni sebagai pelengkap album diorang, sebab kalau saper yg peka n tidak pekak, album 1st diorang ada terselit lagu MADU dan RACUN, album kedua ada SINGKONG n KEJU....tapi serius, aku sebenarnya kurang gemar dalam kes sadur menyadur nih..sebab per?? entah, mungkin dah muak kut..lagipun, bila kita nak menyadur lagu2 lama nih kita kena pastikan kualiti arrangement music adalah lebih atau sangat baik dari yg asal..kalau setakat adjust riff n tambah guitar work bagi sound berat sket n tinggikan pitch lagu nih tak memadai lagi bagi aku ler...(cakap macam la terre sangat arrange music...pui...)


sEtelah diulang dengar n beberapa analisisa dah ku lakukan maka.......(ayat macam nak buat service report jek...pui..)...aku senaraikan top 5 lagu yg menarik perhatian aku dalam album nih.....jeng jeng jeng.....drum roll please....

1) MUNGKINKAH JADI NYATA
~~lagu yg berada di track ke-6 hasil ciptaan Mala dan lirik oleh Mie 'rawa'... sebuah lagu yg catchy walaupun liriknya agak jiwang karat gak ler berbanding dengan jiwa rock yg ada dalam lagu nih...hehehe..apa yg unik tentang lagu nih..intro lagu ni kedengaran ada sentuhan ala2 broadway music sket..(aku pun tak pasti rujukan sebenar intro nih..samada broadway atau pun cabang music yg lain..tapi kalau kita amati kedengaran seperti pernah didengari sebelum nih..kat mana aku pun tak pasti..huhu..) ..kalau korang dengar mungkin korang akan faham apa yg aku maksudkan nih...

bagaimanapun originality lagu ni kemungkinan boleh dipertikai la...tapi apa adahal dalam seni music kan..sebab chord n note yg diguna sama sajer..so kalau arrangement music n alunanan dier seakan2 sama tu kita tak leh nak elak la kan..apa yg penting pada aku...aku suka lagu nih..sentuhan lagu n lirik seimbang dan kena rencahnyer ler...

lagu ni bertambah cantik dengan kelebihan yg ada dalam tone n alunan vokal yabang..terbaik pada aku.,lagi2 part tarik tuh....Yabang..serius..kau buatkan aku rasa nak sangat ada tone sore cam lu..n dengan rasa rendah diri...malu nak nyanyi karaoke lagu lu..sedih sangat tone sore aku nih.
double tumbs up dari aku utk lagu nih.....

2) LAGU UNTUK ADINDA
~~ lagu hasil gabungan Mala dan Mie ‘rawa’ sekali lagi…entri pasal lagu ni aku pernah kluarkan
sebelum nih…sila KLIK DISINI... sebuah lagu yg sangat catchy and mencerminkan identity kepada kumpulan khalifah,,,pada aku lagu ni seperti kesinambungan kepada lagu2 seperti Kasihnya Laila dan sebelum ni Cintaku DEwi Kamala..lagu ni takder masalah utk menarik minat sesiapa pun even baru pertama kali dengar…Radio friendly kaya urang banjar berpadah

3) YANG CANTIK
~~ Lagu ketiga pilihan aku dan berada di track ke-5 adalah hasil dari Yabang sepenuhnya..lagu yg berentak moderate and sangat catchy..first time dengar intro otak kanan aku terus menerawang terkenang lagu kumpulan Himalaya..ala kumpulan yg popular ngan lagu Junaidah 365 tuh..lagu ini seakan2 lagu tu ler..tapi tak ler sama pun Cuma mungkin berada dalam track n trend yg sama jek…lagu ni ada sedikit sentuhan agogo..so kalau tengah drive confirm bleh ketuk2 stereng ler..


Satu yg unik tentang lagu nih..tengah sedap2 ketuk stereng layan lagu nih n dengan secara tiba2 arrangement muzik utk tarian agogo tiba2 boleh bertukar ke keroncong..hahaha…(kau bior benor yabang oii….)..tapi serius aku boleh maafkan tentang bende nih..haha..pada aku unik n jarang orang nak buat la..sekurang2nya susur galur muzik melayu tu ada dalam jiwa rock kental yabang nih..hehehe..janji rock…aperaderhal…

4) NI HAO MA
~~ Sekali lagi lagu hasil gabungan Mala dan Mie ‘rawa’ ygmenjadi pilihan aku..lagu yg berada di track pertama..selalu orang cakap identity muzik sesebuah kumpulan atau penyanyi itu terletak pada track pertama setiap album..dan lagu Ni Hao Ma ni pada aku memang sewajarnya boleh dikatakan sebagai petunjuk atau pencermin muzik Khalifah…kalau didengar lagu ni..kita akan Nampak kekuatan setiap anggota kumpulan tu sendiri..dan aku rasa, solo Harry utk lagu nih adalah yg paling aku ingati berbanding baki lagu2 dalam album nih…


Dan kat lagu nih lah wujud satu lagi nama perempuan yg menjadi pujaan Khalifah..sebelum ni dengan Laila la, Mira la, Dewi Kamala la, Cikgu Ayu nya, adinda lagi…dan utk lagu nih..LIM SIEW PING plak…humangyaii.…saper amoi nih???? cer citer..cer citer... Korang dengar sendiri laa…

Cuma yg kurang best n mencacatkan sket..bila suara pompuan yg melambangkan amoi nih..alunan suara tu ala2 gadis india..dan cara alunan seperti penyanyi dangdut sket..pada aku, ianya langsung tak mencerminkan seorang amoi la..hehehe..ke Lim Siew Ping nih dah lama duk kat estet n feveret dier layan lagu dangdut tu aku tak tau ler..

5) WALI CINTA
~~ Lagu terakhir pilihan top 5 aku…sekali lagi hasil gabungan Mala n Mie ‘rawa’…lagu yg berdurasi 4.08s bermula dengan intro yg agak rancak n berat..memula budget lagu yg agak agresif ler..sekali bila rangkap pertama kluar..alermak..sedikit spoil sebab alunan penyanyi ni agak lembut n seakan2 alunan penyanyi band2 lemah gemalai yg wujud akhir 90an dulu…aku percaya bukan sore Yabang…maybe Harry atau anggota lain..tidak dinyatakan plak dalam album nih..tapi…tapi…tapi…


Bila masuk rangkap kedua dengan yabang kembali merampas microfon..baru lah lagu nih benar2 hidup..getaran serak2 basah yabang dengan kelebihan berqasidah dier…pada aku lagu ni patut dijadikan tumpuan,..

Dan aku boleh cakap..lirik lagu nih adalah kesinambungan tentang cerita LAILA dalam hidup khalifah…hehehe…selepas Kasihnya Laila n Siapa Laila..wujud plak wali cinta bernama Laila..Cuma arrangement muzik plak..pada aku..KASIHNYA LAILA adalah paling ampuh…sorry….


eRmm…macam aku cakap memula tadi..aku hanya dengar album pertama n album ketiga diorang nih..so kalau bak buat perbandingan pun..aku hanya ada 2 material ni jek..so dari pengamatan aku ler yg tak pandai mana pun…bangang gak bab2 muzik nih…tapi berlagak sket nak ulas album2 ornag nih..hahaha…
dari segi lagu2 yg terhasil..aku rasa album ni lagi menarik berbanding album 1st dulu…arrangement muzik yg segar..Cuma satu yg jadi persoalan…sebenarnya apa hala tuju muzik KHALIFAH sebenarnyer,..dari album 1st n 3rd nih..aku boleh cakap akar umbi adalah rock atau progressif rock pada kiraan aku la…Cuma beberapa elemen2 tambahan yg ditambah kat lagu2 yg ada mungkin sedikit mengelirukan..tapi pada aku itu lah seni n art kumpulan Khalifah..lantak diorang la kan nak adjust lagu2  yg dihasilkan kepada bentuk apa pun..yg penting penerimaan orang..

satu yg menjadi trademark khalifah dalam pemilihan lagu2..bila diorang still akan selitkan satu lagu yg pada hemat aku..jauh amat la dengan konsep kumpulan diorang nih…kalau album 1st dengan lagu SAIBA..lagu dikir barat popular kat klate sana tuh…utk album nih ada satu lagu slow yg berkedengaran seperti lagu nasyid..n aku rasa ini adalah vocal yabang paling lembut laa…huhu…

dari pengamatan telinga besar aku gak…aku rasa hanya YABANG n HARRY yg benar2 menyerlah dalam album nih…mungkin diorang lebih berpengalaman berbanding yg lagi 2 la…vocal yabang pada aku berada pada tahap terbaik dier..dan kelebihan pada alunan vocal n tone dier sangat kena dengan muzik2 seperti nih…harry plak sangat mantap di posisi lead guitar…Cuma teguran sedikit la kan…sorry yer Harry…aku rasa kau nih guitarist yg baik..Cuma kalau boleh please create satu SOUND kau sendiri…dari segi skill pada aku takder masalah sangat..Cuma sound dier sedikit kureng la…please jadikan Joe Wings rujukan..sebab bila ada solo jek kita dah tau dah..itu adalah JOE sebab dier dah create dier nye sound n skill dier sendiri…bukan per..utk kemajuan gak la kan…hehehe

utk drum n bassis…masih ada ruang utk bagi groove lagi pada muzik khalifah nih…ia sangat penting sebab groove2 tambahan nih akan buatkan sesuatu lagu tu lagi menarik n cantik…

ok lah..pandangan terakhir aku tentang album nih…lagu2 dier pada aku masih belum cukup utk membawa Khalifah pergi ke JUARA LAGU…sorry to say ek..
aku bagi 3.5* utk album nih sepenuhnya…huhuhu..(pepandai aku jek bagi grade…hahaha…)

so dapatkan lah dipasaran..pergh..dah bebel panjang2.tu jek yg kau nak ucapkan...caesss..tak rugi rasanya kluarkan sedikit duit sebab kepuasan utk melayan album nih masih ada…




nota hidung kembang aku: mamat yg tulis artikel nih..cam bagus sangat...album ni pun pinjam orang..pui...

6 comments:

cempeDak_wanGi said...

terbaik der lu huraikan satu persatu..
der! kalu lu nak album yg kedua wa ade la der.. lu ble la rip plak yg tu.

PutRaMetaL said...

haha..tu yg amik masa berhari2 tuh...napang kadak berpadah yg ikam ada...tp xper ler, bila2 free kang aku pinjam..

Anonymous said...

suka album ni, paling suka lagu cikgu ayu...

ijad23@gmail.com said...

salam...pepun muzik dorang bes brO pnambahan elemen dlm irama y dorang bwk mjd keunikan telinga mendengar...tp syg mrk hnye popular dok kt youtube ko tgk view bpe ramai tol x?ak msh ingat lg kumpulan spider tenggelam sblm popularitinye muncul dgn lgu aladin mse.2 ak zaman dak2 skolah lg...bpe taun dia da kuar sgle dgn vokal tam,puncanye 1 kurang promosi bl mletup rela kupujuk trus rangkul juara lagu..itupun dorg haslkan telemOvie gosok mse.2 xsilap aku....pepun slm rOck n meTal 4evr..

Unknown said...

Komen yng membangun n berguna

Unknown said...

Komen yng membangun n berguna