erm..Tahniah dari aku untuk team bola sepak Malaysia yg berjaya layak ke pentas final setelah kali terakhir pada tahun 2001 (sedih aku mengenangkan masa tue...) dengan harapan kemarau emas bola sepak sukan sea selama 20 tahun akan tamat khamis ni...lama sangat dah tunggu...
bukan pasal bola sepak aku nak cerita..tu just mukadimah jek..tapi fokus aku pada sukan yg aku paling suka..sukan yg aku paling sayang..dan sukan yg paling aku cintai..SEPAK TAKRAW...aku rasa sangat2 kecewa dengan pencapaian skuad sepak takraw Malaysia sekarang ni, dan aku tak tau kat arah mana nak jari aku nak tuding tentang kemelesetan sukan ni kerna setiap kali aku tuding satu jari, 4 jari akan tunjuk kat aku balik...
kemana arah tuju sepak takraw kita ni...aku sayang sangat sukan ni..masa aku aktif dulu, (dulu tu bila..hahahah zaman aku kurus laa...zaman sekolah...), kalau cikgu bagi pilihan, sukan mana aku pilih, aku akan pilih sepak takraw..kenapa??? pada aku inilah sukan sejati anak melayu..inilah juga sukan kebanggaan kita..tapi sekarang, aku tak rasa anak muda zaman skang akan bangga bila kita cakap Sepak Takraw ni adalah cetusan idea anak Melayu diperkembangkan ke seluruh rantau..maybe kalau tanye diorang, diorang akan highlight, ni sukan negara Thailand ler....(padahal..kita dulu la yg ajar diorang sukan ni..kemudian gabungkan antara thailand n Malaysia, jadilah sepak takraw...nak tau detail sejarah sila rujuk tempat yg sepatutnya...)


atau..kita hantar regu2 terbaik kita untuk join liga2 sepak takraw di Thailand sana..supaya pemain2 ini mantap dari segi fizikal dan terdedah dengan permainan peringkat tertinggi..jangan la asyik berlatih antara sendiri dan hantar kejohanan2 kecil di Thailand sebagai pendedahan..padahal kejohanan2 tu bukan lah disertai oleh pemain2 utama thailand..
atau... aktifkan kembali sukan ni diperingkat akar umbi..aku rasa ramai anak2 remaja kat kg2 tu haa yg berbakat dalam sukan ni..cuma diorang tak nampak sinar harapan dalam sukan ni..amik contoh pemain2 utama kebangsaan sebelum ni yg tarik diri untuk fokus pada kerjaya diorang..sepatutnya orang2 yg berkedudukan diatas sana fikir2 kan pasal perkara ni..sayang sangat la..kita ramai bakat2 muda kat luar sana...
aku bercakap ni bukan sebab aku pandai sangat..tapi sebab aku SANGAT2 SAYANGKAN sukan ni...air mata aku hampir menitis masa aku tulis posting ni...aku harap satu hari nanti pasukan kita akan kembali digeruni...Amiiinnn...
untuk tatapan akhir..lihat lah aksi2 pemain otai sepak takraw kita suatu masa dulu..inilah dia wajah sebenar pemain2 sepak takraw kita...
No comments:
Post a Comment