ads

Wednesday, December 09, 2009

FAM...ohHhh..FAM..

erm..pada ketika pasukan kebangsaan kita sedang berjuang di Laos untuk memartabatkan bola sepak Malaysia yg pada dasarnya nampak seperti tiada harapan lagi, tapi yg menyedihkan bila jawatankuasa yg bertanggungjawab dalam mentadbir dan kononnya memperjuangkan bola sepak Malaysia seperti melepaskan batuk ditangga...sebenarnya aku pun risau untuk komen pasal bende ni..tapi dah berada didepan mata,..kita nak cakap per lagi kan..


Kalau korang ada baca diakbar2 utama semalam berkenaan keputusan mesyuarat FAM kelmarin yg telah membuat keputusan, pasukan Harimau Muda selaku Juara Liga Perdana 2009 dibubarkan dan tempat nya diganti dengan satu2 nya pasukan yg tak pernah JATUH ke LIGA PERDANA, PAHANG...

bawah ni artikel yg aku amik dari akhbar KOSMO semalam....

Pahang dapat ihsan FAM




REKOD 'cemerlang' Pahang yang tidak pernah turun ke liga bawahan berterusan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan skuad Tok Gajah itu akan kembali bersaing dalam Liga Super 2010 yang ber- mula 9 Januari depan.

Pahang sebelum ini sepatutnya telah tersing- kir ke Liga Perdana 2010 setelah tewas 1-5 ke- pada Selangor dalam aksi terakhir Liga Super 2009 pada 25 Julai lalu, sekali gus menduduki tangga kedua tercorot.

Pada 15 Ogos lalu, Mesyuarat Majlis FAM juga mengesahkan bahawa Pahang akan turun beraksi dalam Liga Perdana 2010 bersama-sama pasukan tercorot Liga Super 2009 iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Namun, Mesyuarat Majlis FAM semalam yang dipengerusikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Presiden FAM bertindak 'menyelamatkan' pasukan negeri itu pada saat akhir sambil 'mengorbankan' skuad B-21 kebangsaan, Harimau Muda A.

"Hari ini (semalam) mesyuarat Majlis FAM telah membuat sedikit perubahan untuk pasu- kan-pasukan bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana musim depan.

"Setelah dibincang secara panjang lebar, Harimau Muda A dicadangkan untuk tidak beraksi dalam Liga Super 2010 supaya pemain-pemainnya dilepaskan beraksi untuk pasukan negeri masing-masing.

"Bagi menggenapkan 14 pasukan, Pahang dinaikkan semula ke Liga Super. Liga Perdana pula, kami akan jemput satu pasukan dari Liga FAM untuk menggenapkan 12 pasukan," kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Che Mat Jusoh pada sidang media semalam.


SULTAN AHMAD SHAH beramah mesra dengan pegawai yang hadir sebelum baginda
mempengerusikan Mesyuarat Majlis FAM di Wisma FAM semalam.


Mengulas lanjut perkara tersebut, Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Pahang dipilih menggantikan Harimau Muda A kerana 'kedudukannya' yang paling atas dalam senarai asal pasukan-pasukan Liga Perdana 2010.

"Tiada soal pilih kasih. Keputusan ini telah dipersetujui oleh suara majoriti dalam mesyuarat Majlis FAM hari ini (semalam).

"Harimau Muda B iaitu skuad B-19 kebangsaan akan kekal dalam Liga Perdana manakala Harimau Muda A di bawah jurulatih Azraai Khor Abdullah hanya akan dikumpul apabila ada tugasan antarabangsa," jelas Khairy.

Kosmo! pada 27 Julai lalu telah melaporkan tentang kemungkinan Pahang akan diselamatkan lagi oleh FAM daripada terjerumus ke saingan Liga Perdana.

Keputusan FAM semalam sebenarnya 'ulangan' kepada tindakan mereka ketika menukar format Liga Malaysia 2007 sejurus berakhir saingan musim 2006.


kesian kepada player2 Harimau Muda yg dah berhempas pulas tahun ni untuk capai keputusan yg baik..dan pasukan ni pun dah serasi dibentuk bersama..so bila ada keputusan untuk membubarkan team ni dan minta player2 ada untuk pergi ke pasukan negeri..aku rasa cara ni akan membunuh karier pemain2 itu sendiri..tak dinafikan yg ramai2 pemain2 Harimau Muda ni jadi rebutan..tapi adakah diorang jika bermain dengan pasukan negeri/kelab akan bermain 1st eleven...mereka ni player2 muda dan kebanyakan jurulatih pasukan negeri/kelab lebih berminat kepada player2 yg berpengalaman...

satu lagi..seperti ada yg tak kena..kerana setiap kali pasukan Pahang nak jatuh ke liga bawahan, pasti ada jer keputusan luar biasa yg FAM lakukan..jika sebelum2 ini, kerap kali liga malaysia diformatkan..sekarang pasukan Harimau Muda pula jadi mangsa untuk menyelamatkan pasukan Pahang dari bermain di liga bawahan...entahlah...

kalau begini la keputusan jawatankuasa tertinggi FAM, harapan untuk nampak pasukan bola kita untuk meningkat hanya harapan palsu sahaja..

fikir2kan lah...

adios...

No comments: