ads

Saturday, July 10, 2010

sEjaRah aWaL mUziK mEtaL daLam hIdup aKu....

tErasa cam nak kongsikan sesuatu jek...aku rasa aku tak pernah reveal lagi camner influence muzik metal boleh masuk dalam jiwa aku...

pembabitan awal aku dalam meminati muzik rasanya hanya berkisar kepada lagu2 popular zaman sekolah rendah dulu, tapi memang yg nyata dari kecik lagi aku suka dengar muzik..tapi masa tuh mana ada istilah donlod2 nih, yg ada radio kecik berkuasakan bateri AA atau A jek..layan ler lagu2 rock kapak yg kluar time Pilihan Bersama Radio Muzik n carta 10 nescafe...(masa nih sanggup dengar radio dari bawah umah orang sebab radio kat umah rosak....)

sO aku hanya dengar aliran muzik yg kluar dari corong radio masa tuh jek sehingga sepupu aku saudara APAI yg minta aku dengar satu lagu kumpulan FTG lagu Spirit To Rebel...

korang dengar la sket..hehehe tu pun kalau jiwa korang boleh terima muzik camnih la...


1st time dengar memang rasa cam tak leh terima sebab terlalu keras (berbanding lagu2 biasa yg aku dengar laa..)..then selang 3 4 bulan lepas tu aku teringat balik kat lagu tuh, aku tanyer sepupu aku apa nama kumpulan n apa tajuk album tuh...dengan berkat mengumpul duit hasil duit blanjer sekolah n berjaya memujuk mak aku utk bagi sket sumbangan aku cari album penuh kumpulan nih...
album spirit to rebel dari FTG keluaran tahun 1994 camtu kut.....album kedua diorang atau boleh consider yg ketiga la sebab album pertama diorang just kluar EP jerk bertajuk Freedom That's Gone sempena maksud kumpulan diorang FTG...

album ni aku layan kat walkman n lama2 aku jatuh cinta ngan muzik Metal nih, walaupun aliran utama kumpulan ni Thrash Metal seperti kumpulan Cromok...

yg membezakan FTG ngan Cromok pastinya susunan muzik dan penyampaian nya..FTG pada aku lebih soft sket dari Cromok dan penyampaian vocal n lirik yg lebih jelas...Cromok plak memang aku tak paham apa yg sam / din nyanyikan..hahaha (tu nanti aku reveal kemudian la...)

Alang2 aku dah cerita pasal FTG nih..aku cerita la serba sedikit latar belakang kumpulan nih...kalau tak silap aku laa...(kalau salah tolong betulkan ler...), muzik cam diorang ni memang hanya underground scene sahaja yg menerima diorang..line up asal kumpulan nih..
Ibat karim / Bart - vocal
Mohd Isa Mohd Rafli / Jac - guitar
Mohd Nizam Mohd Shariff / Zam - Drum
Azmie Ibrahim / Mie - bass

tapi skang rasanya line up diorang dah tukar, Bart dah digantikan ngan Tajul, Mie plak dah digantikan ngan hashim (ex-sil khannaz, brain dead, the pilgrims)...kenal ker???hahaha aku pun tak berapa kenal, tapi band cam Sil khannaz n The pilgrims pernah ada dalam senarai kaset yg ada dalam koleksi aku ler..(retro giler, kaset tuh...)

oK..since then aku dah jadikan FTG sebagai akunyer band idol n pemangkin minat muzik mEtal dalam hidup aku..
apa yg aku boleh kata, muzik diorang adalah Thrash Metal dan lirik2 lagu diorang kebanyakan nya adalah luahan rasa pemberontakan dalam hidup dan perjuangan atau survival dalam kehidupan..(trend nih memang standard bagi band aliran underground...)..boleh tengok dari title2 lagu2 diorang la..contoh
Spirit to Rebel
Freedon That's Gone
Farewell to goodness
60 days in hell....
(sekadar menyebut beberapa lagu yg aku hingat la...)..



















dua kat atas nih adalah 2 generasi album yg sempat aku miliki...kenapa aku cakap 2 generasi??? sebab.. album To The Front (1996) adalah album terakhir Bart selaku Vocalis dan album full inggeris diorang yg aku boleh consider yg terakhir la...
pastu bila Bart undur diri, Tajul ganti ngan vocal yg lebih garang dan kluar la Full album Melayu pertama diorang Aku Tak Peduli...dari segi muzik masih kekal identiti FTG yg berbeza pastinya vocal..

dari 2 album kat atas nih, aku rasa To The Front adalah masterpiece bagi FTG..aku pun payah nak cakap kenapa aku minat, mungkin dari segi susunan muzik yg matang dan killer song yg banyak dalam album nih....
salah satunya lagu kat bawah nih...lagu Song From The Unwanted Son...lagu ballad pertama yg diorang buat...pertama kali dengar tergezut gak, walaupun cam sedikit kelakar dari segi penyampaian Bart tapi layan gak la...cuma lirik dier aku tak sanggup nak nyanyikan sebab aku Sayang Mak Ayah aku...dan aku berdoa aku takkan jadi seperti MakAyah yg diorang gambarkan dari lagu nih...


dan satu lagi lagu killer song yg pada aku adalah perintis kepada irama 60an yg dimetalkan..fenomena ni jadi dalam akhir 90an bila XPDC kenalkan lagu Hidup Bersama dalam album Brutal...tapi pada aku, FTG adalah perintis kepada Muzik nih sebab album ni lahir tahun 1996 setahun lebih awal dari XPDC...FTG metalkan lagu Dendang Remaja yg pada aku sangat catchy dan lain dari yg lain lah....
so aku lampirkan gak lah kat sini utk halwa telinga saper2 yg minat....


erm..rasanya cukup kut perkongsian idea aku tentang sejarah awal muzik metal influence dalam hidup aku....kalau korang tanyer kenapa, sukar untuk aku gambarkan n beri jawapan....

utk FTG, aku rasa diorang masih ada lagi kut..cuma material baru aku tak pasti lah ada ker tak...pada FTG, gua salute lu orang...

utk sejarah2 lain dalam hidup aku..nanti2 la aku kluarkan kat sini...hahaha..rasa dah macam buat buku sejarah jek....

adios...

2 comments:

mrs azman said...

bingit!!!!

PutRaMetaL said...

at least kebingitan tu kurang 5 minit...ni layan twilight..braper jam tu kesengalannya??????